Tuesday, November 19

Career Attack by Talent Corp SFCF


Assalamualaikum .

Pada 12 November yang lepas aku telah menghadiri satu Career Attack dengan kerjasama UiTM dan Talent Corp bertempat di Anjung Seri Budiman UiTM Shah Alam . Anjuran Career Attack ini merupakan kali ke-5 bermula jam 8.30am – 5.00pm pada 12 – 14 November 2013 yang lepas . Bagi aku Career Attack ini dapat membantu para pelajar universiti untuk mencari kerja mahupun ketika LI . 


Tambahan lagi , dengan anjuran Career Attack dapat memudahkan para majikan khususnya dalam sesi temuduga pekerjaan . Selain itu , untuk Career Attack kali ke-5 , sebanyak 73 buah syarikat telah menyertai aktiviti temuduga yang berlangsung selama 3 hari ini manakala sebanyak lebih 3000 jawatan kosong yang ditawarkan . 


Antara syarikat yang melibatkan diri dalam aktiviti ini ialah , PWC , Symphony , AIG , SHELL , Sime Darby , KPMG , IBM , Genting , DiGi , Kimberly-Clark , Xchanging dan banyak lagi . Kalau korang pelajar di semester akhir , aku sangat sarankan untuk korang menghadiri aktiviti sebegini sebab banyak manfaat yang akan korang perolehi . Untuk tidak terlepas peluang daripada aktiviti yang macam ni , korang boleh LIKE Facebook SFCF ;


* Sponsored Post



Wednesday, November 13

One Month Later . . .


Assalamualaikum .

Genap sebulan aku tak update blog disebabkan memenuhi semester break bersama insan - insan tersayang gituuuu . Alhamdulillah , I am officially 20 on October 31st . Masih muda belia dan gagah perkasa ceittt . I am so grateful for what I have right now . Everything seems too beautiful . I'm so blessed . Thank you Allah , family and friends . 

Sebulan semester break aku dipenuhi dengan pelangi kehidupan dan sekarang masanya tiba untuk kembali ke arah jalan yang berliku - liku -,- Selamat datang Tahun 2 Semester 4 , sekolah undang - undang . Please be pretty nice to me okay ? Walaupun timetable semester ni macam taik unta tapi aku pasrah dan terpaksa menerimanya dengan hati terbuka sobss . 

For the third semester result , alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah and thank you Allah . Hard work pay off : ) Since aku dah masuk semester 4 ni bermakna aku ada lagi 2 long semester and 1 short semester before LI . In Shaa Allah kalau tak ada apa - apa halangan dan rintangan and please pray for me : ) Longgggg journey to go but for now I can just pray for the best and have a smooth journey , amin ya rabbal .

And the good news after one month break , I gained 2kg !!! Bermakna berat aku dah 42kg dan harapnya takkan turun kembali ke angka 40kg sighh . Lepas ni siapa panggil aku kepeng , keding , kering dan sewaktu dengannya aku sumbat mulut dorang dengan kasut size 8 !  A lot of peeps always telling me why are you so skinny ? Well , hello I've already ate A LOT but still in this body shape . MENGERTI ? K teremo pula haha .



Monday, October 14

NESTLE Drumstick Most Adventurous Challenge


Assalamualaikum .

Pada 6 Oktober yang lepas bertempat di Sunway Pyramid Blue Entrance , Nestle Drumstick telah mengadakan satu aktiviti yang mencabar persis Wipe Out gituuuu ! Walaupun aku tengah final exam time tu , tapi sanggup ku gagahkan diri untuk join aktiviti ini demi menyahut cabaran Nestle Drumstick eleyh : ) 


Seperti yang korang nampak illustrasi gambar diatas sebelum masuk kering , selepas masuk basah : p Dalam khemah besar tu kitaorang kena masuk sampai hujung dan terdapat sebuah kotak misteri dan kitaorang kena cari Nestle Drumstick dalam kotak misteri tersebut . Kemudian , dalam keadaan yang samar samar dengan pelbagai halangan yang harus ditempuhi kitaorang kena keluar daripada khemah besar tu dalam masa 5 saat ! !


Aku selalu tengok Wipe Out dekat tv rasa senang je cabaran dia tapi bila kena buat cabaran tu sendiri hah baru aku tahu betapa jauhnya Pluto dengan Bumi lol . Lihat la wajah – wajah bangga kitaorang setelah berjaya menyelesaikan cabaran Nestle Drumstick ! Dan yang menarik , NESTLE Drumstick Most Adventurous Challenge juga ada menyediakan contest untuk korang ! !


Hadiah yang ditawarkan memang lumayan . Rugi kalau korang tak join ! Contest NESTLE Drumstick Most Adventurous Challenge ini telah bermula dari 30 September 2013 sehingga 10 November 2013 . So apa tunggu lagi , sila klik links dibawah untuk info lanjut .


  
*Sponsored Post



Friday, September 20

ESCAPE !


Assalamualaikum .

Aku pengguna Celcom yang sangat lama since zaman sekolah so aku sangat teruja apabila Celcom melancarkan app yang super awesome ini yang dikenali sebagai ESCAPE ! Bagi pengguna iOS korang boleh pergi ke App Store dan search ESCnow untuk download sebagai contoh macam screenshot diatas . Selain itu , untuk pengguna Android , MacOS dan Windows juga korang boleh download ESCAPE ni dalam device korang ! Tapi pastikan yang korang juga pengguna Celcom .


Selepas dah download korang kena register di ESCnow dan boleh terus sign in . Bagi aku , yang paling menarik tentang ESCAPE ni , korang boleh enjoy tengok online movie tak kira la Hollywood / Korean / Indonesian / Hindi / movie tempatan kita juga terdapat dalam ESCAPE walau di mana korang berada as long as ada coverage ! : ) Tambahan pula , dengan ESCAPE korang boleh berhibur live events , live news , konsert dan rancangan bersiri juga turut terselit di dalam ESCAPE . AMAZING right ? !


Terdapat lebih 500 movies yang hanya bermula dengan RM0.80 sejam . Sangat murah dan berbaloi - baloi ! Kualiti video yang digunakan juga tinggi dan sempurna so korang akan rasa menarik dan tak bosan bila nak tengok movie menggunakan ESCAPE . So buat pengguna Celcom jangan tunggu lama lama , marilah download ESCAPE dalam device korang . Untuk pengguna iOS jangan gusar kerana app ini percuma saja . 

* Sponsored Post



Wednesday, September 18

NESCAFE Cans People Powered Music With Shaheizy Sam !


Assalamualaikum .

Pada 10 September 2013 yang lepas , bertempat di The Bee Publika telah berlangsungnya satu majlis perasmian kempen NESCAFE Cans “ On the Life ” . NESCAFE , jenama kopi terkemuka dan tidak asing lagi di Malaysia telah membuka peluang keemasan untuk berganding bahu dengan Shaheizy Sam bagi merealisasi pengembaraan muzik Shaheizy Sam bersempena dengan kempen ini .


Tambahan lagi , Shaheizy Sam mengalu – alukan idea kreatif daripada para peminatnya dan mereka digalakkan berkongsi idea dan inspirasi untuk lagu – lagu dan lirik baru menerusi media sosial dalam menjayakan single terbaru beliau . Umumnya , Sam lebih dikenal sebagai seorang pelakon tetapi beliau sebenarnya pernah merakamkan muzik di awal tahun 2000 bersama kumpulan M.O.B .


Selain itu , Audi Mok telah diberi kepercayaan sepenuhnya dalam pembikinan single terbaru Sam ini . Menurut Teo Heng Keat , Pengurus Eksekutif Perniagaan Nestle , demi menjayakan projek ini , media sosial telah dipilih sebagai platform untuk peminat Sam menyumbangkan buah fikiran mereka melalui aspirasi dan impian mereka yang akan dilahirkan dalam muzik Sam . 


So korang jangan buang masa lagi , ayuh hantarkan impian dan aspirasi korang di Facebook dan Twitter menerusi hashtag #NescafeOnSam . Tuah ayam nampak dikaki , tuah manusia siapa yang tahu , mungkin idea yang korang sumbangkan itu akan diketengahkan dalam single Sam yang akan datang . Untuk mengikuti perkembangan Sam dalam kempen NESCAFE Cans ini korang boleh layari :


* Sponsored Post by Nestle



Tuesday, September 17

DiGi Roaming !


Assalamualaikum .

Kepada sesiapa yang selalu travel overseas mesti korang amat memerlukan data roaming yang murah dengan kualiti yang bagus . Tanpa data roaming bil telefon korang boleh meningkat sehingga ribuan ringgit so aku cadangan korang untuk membuat research terlebih dahulu mengenai data roaming sebelum travel ke mana – mana supaya xdela membebankan korang apabila pulang dari travel dek kerana bil telefon yang mencecah ribuan ringgit !

Kita semua tidak asing lagi dengan rangkaian telco DiGi yang telah lama memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam dunia komunikasi . Telco DiGi juga ada menyediakan data roaming yang sangat worth it . Setiap penggunaan data 3MB dan ke atas akan di cas flat rate iaitu RM32 / RM36 / RM56 untuk sehari. Selain itu , untuk penggunaan dibawah 3MB , korang akan di cas seperti berikut :

RM10.66/MB dengan 10kb cas untuk RM32/sehari
RM12/MB dengan 10kb cas untuk RM36/sehari
RM18.66/MB dengan 10kb cas untuk RM56/sehari


Korang mesti tertanya - tanya macam mana pengiraan untuk 1MB kan ? Mudah saja , caranya bergantung pada pengguna itu sendiri . Sebagai contoh , 1 gambar bersamaan dengan 60kb so 15 gambar bersamaan dengan 1MB . Contoh lain pula seperti , setiap 1 mesej bersamaan 1kb so korang boleh hantar atau terima mesej sebanyak 1000 mesej melalui WhatsApp without attachment for 1MB .

Kalau korang masih risau bil telefon korang akan melambung tinggi setinggi KLCC , korang boleh aktifkan data roaming abroad dekat mana mana branch DiGi so dia takkan cas melebihi maximum kapasiti dalam sehari . Usah bimbang usah ragu sebab korang hanya akan di cas berdasarkan kapasiti penggunaan korang . Misalnya , kalau korang guna data sebanyak 1MB so korang just bayar sebanyak itu saja . ‘ Pay As You Use ’ ! 

Bagi aku data roaming ni sangat penting untuk traveller sebab dengan data roaming korang boleh update status Facebook , share gambar percutian korang di Instagram , boleh tolong korang cari direction dengan Google Maps , check email , dapat membantu korang mengetahui currency exchange , weather forecast dan yang paling penting language translation ! 


Tambahan pula , kalau korang aktifkan DiGi roaming dengan tanpa had langganan pada harga RM32 sehari , korang boleh send sebanyak mana WhatsApp yang korang nak instead of korang guna SMS yang lagi mahal untuk 1 SMS . DiGi roaming ini juga bukan saja boleh digunakan di smartphones tetapi di laptop dan juga tablet pun boleh diguna pakai . AMAZING ! Sangat berbaloi kalau korang travel dengan menggunakan DiGi roaming yang hanya RM32 sehari . Untuk maklumat lanjut korang boleh layari ;


* Sponsored Post



Friday, August 30

Astro Merdeka Campaign - Your Malaysian is showing + Go Beyond Positive Meter Launch !


Assalamualaikum .

Tanggal 31 Ogos 2013 maka genap lah 56 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan . Selamat hari jadi Malaysia ! Pada 24 Ogos 2013 yang lepas bersamaan dengan hari Sabtu dan bertempat di Midvalley Megamall , satu kempen merdeka telah dilancarkan oleh Astro bagi bertujuan untuk menyebarkan unsur positif dan kebahagian kepada semua rakyat yang berbilang kaum di Malaysia .


Usaha murni Astro ini membawakan kepelbagaian kandungan televisyen , online dan aktiviti menarik secara langsung bagi meningkatkan unsur positif dan kegembiraan . Antara aktiviti yang disediakan adalah seperti kempen #gobeyond dan #UrMalaysianIsShowing dan juga pelancaran muzik video yang bertajuk “Excuse me Sir , your Malaysian is Showing” . Korang boleh klik video diatas untuk tengok betapa ohsemmmnya video tersebut tetang keunikan Negara kita Malaysia !


Ketua Pegawai Operasi Astro, Henry Tan berkata , Kempen Hari Kemerdekaan tahun ini meraihkan pelbagai keunikan ! Selain itu , pihak Astro menggalakan rakyat Malaysia untuk melakukan sesuatu yang positif dan pada masa yang sama berkongsi kegembiraan bersama rakyat Malaysia yang lain . Tambahan lagi , pihak Astro juga menjemput semua rakyat Malaysia untuk menyertai kempen #gobeyond dan menggalakkan perkongsian hashtag #gobeyond di media sosial seperti di Twitter dan Instagram .


Dan yang palingggg menarik , Astro meraikan ‘Best of 1Malaysia’ dan kepelbagaian budaya di Malaysia dengan mengiktiraf lingo yang unik seperti Syok ! , Gostan , Brudder , Fuyoh , Macha , yang hanya difahami oleh rakyat Malaysia . Semua orang boleh menjadi sebahagian daripada ini dan memiliki lingo kegemaran mereka di T-shirt melalui #UrMalaysianIsShowing Facebook app . Hasil daripada jualan akan disumbang untuk kebajikan . Gambar dekat atas ni T-shirt yang aku design so kalau korang nak cuba design T-shirt korang sendiri , boleh klik sini .

Credit to Kak Sabby

Cantik , kreatif dan inovatif ! So kalau korang nak tengok Positive Engine ni dengan jarak yang dekat boleh lah ke pusat membeli belah Midvalley Megamall di aras 3 , berhadapan dengan food junction . Positive Engine ini juga , menampilkan pelbagai rekaan yang membawa mercu tanda unik Malaysia !


Okay selesai majlis pelancaran yang juga diturut serta oleh Lisa Surihani , Dato’ Haji Aznil Nawawi , Hanif (ERA fm) , Jie Ying , Geraldine Gan dan ramai lagi maka tiba lah ke kemuncaknya iaitu aktiviti berkumpulan . Kumpulan telah dibahagikan so aku dapat kumpulan 5 . Setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang ahli dan ahli kumpulan 5 ialah aku , Pond , Ashley dan Adam . Kitaorang diberikan tugasan sebanyak 27 tugasan ! Tugasan yang diberikan mudah sahaja tapi disebabkan internet yang LAJUUU macam siput sedut berjalan pun lagi pantas dan cepat makanya memang menguji kesabaran ! Hmm so saaad : (


Dalam pukul 5pm kitaorang bergerak ke Blu Meds The Gardens Mall untuk makan dan menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang ! Thank you Nuffnang and Astro for this ohsemmm event ! Untuk maklumat lanjut tentang Go Beyond korang boleh layari GoBeyond dan jangan lupa untuk dapatkan aplikasi Facebook untuk tetapkan nilai murni diri korang di laman web Astro GoBeyond . Sebagai contoh seperti gambar rajah dibawah . Selamat mencuba !


* Sponsored Post



Tuesday, August 13

DM STREET ONLINE !


Assalamualaikum .

Ingat lagi tak gambar diatas ? Cehh birthday Wadik bulan February yang lepas tapi sekarang baru nak share cerita mengenai kad yang aku kasi tuuu . Sooo Hanis Nasuha -,- Seperti sedia maklum , dalam entry two - two yang lepas aku bagi sejenis papan tanda sebagai pengganti kad hari jadi kepada Wadik . Aku memang tak suka bagi kad hari jadi konon old school sangat dan aku suka bajet nak buat yang pelik , unik , dan lain daripada orang lain . Very limited edition kbye merapu pftt . Tapi siapa yang masih suka dengan kad ucapan sila teruskan usaha murni anda agar tak lapuk di telan zaman lol .

Okay kembali kepada jalan yang lurus , nama dia bukan papan tanda okay tapi aku tak tahu nak klasifikasikan dia sebagai apa . Tapi dia boleh gantung dekat dinding as a hiasan gitu . Yang Wadik punya aku pun tak tahu sama ada dia gantung buat hiasan atau dia simpan dalam laci buat muzium heh . Okay tak kisah la korang nak panggil apa tapi papan tanda ni memang sangat flexible . Korang boleh bagi hadiah untuk couple set ke , anniversary ke , birthday ke , atau apa saja la . Dan yang paling best korang boleh buat design sendiri atau pilih design yang sedia ada . Pasal harga hmm aku dah lupa sorry but VERY REASONABLE and WORTH IT

Untuk sebarang tempahan atau pertanyaan korang boleh pergi ke INSTAGRAM dorang di :- @dmstreetonline . Yang tak ada Instagram sorry tak dapat nak tolong sebab dorang memang ambil order dari Instagram saja . Siapa yang nak buat jigsaw puzzle macam yang aku kasi masa birthday Wadik tahun lepas korang boleh klik sini untuk maklumat lanjut . Happy shopping peeps ! : )



Sunday, August 4

Ramadhan Buffet 2013 @ JW Marriott Hotel Kuala Lumpur


Assalamualaikum .

Since raya bakal menjelang tiba tak lama lagi dan semua student universiti dah mula bercuti walaupun aku cuma dapat cuti seminggu bermakna 12 Ogos 2013 kelas akan bermula seperti biasa pftt -,- Wadik dapat cuti 2 minggu hoii tak aci langsungggg ! K aku bukan nak cerita pasal ketidakpuasan aku terhadap cuuuuti . Semalam kami bertiga berbuka puasa di Marriott Hotel Kuala Lumpur . 

Tapi sebelum berbuka kitaorang lepak lepak dekat KLCC dan Pavilion duluuu cehh padahal tengok wayang dan duduk saja lol . Ohh aku tengok wayang movie The Conjuring yang tak seram tuu tapi sound effects dia power ahh . Bak kata Wadik , Momok 3 lagi seram . Soo Afif Wahdi -,-


Plan dia sebenarnya kitaorang nak iftar di DoubleTree by Hilton Hotel Kuala Lumpur sebab desert dia sedaaaap wey ! Tapi sebab fully booked even time aku call nak booked tu seminggu awal tapi dah full ! What the fishhh : | So kitaorang booked lah Marriott Hotel Kuala Lumpur dan aku rasa ramadhan buffet termurah 2013 untuk hotel luxury . Serius ! Secara peribadi aku tak pernah masuk Marriott Hotel tak kira lah dekat negeri dan negara mana sekali pun tapi bila masuk semalam k jakun gila dengan architecture dia . 

Bukan aku sorang yang jakun tapi kitaorang bertiga yang jakun sebab rasa dekat overseas k over gila : p House keeping dia punya uniform comel weyy ! Okay , kalau korang iftar dekat sini , terdapat 2 bahagian yang disediakan iaitu Poolside dan Conference Hall . Harga dia berbeza tapi makanan yang dihidangkan sama dan sebijik ! Kitaorang bertiga iftar dalam Conference Hall dan aku sangat berpuas hati dengan rasa setiap hidangan yang disajikan . YUMSS !



Kalau tempoh hari aku berbuka di Melting Pot Cafe @ Concorde Hotel Shah Alam masakan yang disediakan bertemakan selera Penang dan Johor , tetapi di Marriott Kuala Lumpur pula hidangannya adalah bertemakan warisan nenek . Siapa yang tekak melayu memang sesuai sangat nak berbuka di sini . Untuk sebarang pertanyaan dan juga tempahan korang boleh hubungi 03 2719 8666 atau email kepada bukapuasa@ytlhotels.com.my.

Resit yang korang nampak dalam gambar di atas adalah harga selepas ditambah dengan government tax dan service charge . Berikut adalah harga sebelum tax untuk ramadhan buffet 2013 JW Marriott Hotel Kuala Lumpur ;

Poolside

Dewasa : RM75.00 ++
Kanak - kanak : RM37.50 ++

Conference Hall 

Dewasa : RM65.00 ++
Kanak - kanank : RM32.50 ++

* P / S : See you when I see you Wadik ! lol 



Tuesday, July 23

Melting Pot Cafe @ Concorde Hotel Shah Alam


Assalamualaikum .

Pada Sabtu yang lepas , Wadik balik KL so kitaorang plan nak iftar sama - sama k tak tipu je . Sebenarnya Wadik balik KL sebab dia nak tambah bini sighhh . So before kitaorang pergi tempat iftar yang telah di booked , aku dengan pasrah dan redhanya teman la dia pergi Machines Setia City Mall . Sebelum sampai Machines Wadik ni dengan tawaduk dah decide nak beli Macbook Pro tapi sampai tempat kejadian dia buat drama melayu pula tak tahu nak beli Macbook Pro atau Macbook Air . What the fish -,- Selepas 2 jam baru kitaorang keluar dari Machines : p


Dalam pukul 7.05pm baru kitaorang sampai di Concorde Hotel Shah Alam . Dan kitaorang pilih untuk berbuka di Melting Pot Cafe @ Concorde Hotel Shah Alam . Untuk pengetahuan korang , kalau korang nak iftar dekat Concorde Hotel ni dia ada 2 lokasi untuk korang beriftar . Yang aku dengan Wadik ni booked dekat Melting Pot Cafe dan lagi 1 dekat Grand Ballroom . Dekat Melting Pot Cafe ni juga terdapat 3 bahagian iftar iaitu , Cafe , Lobby dan Smoking Area . Aku dengan Wadik dapat bahagian Lobby macam dalam gambar diatas ni . Sebab kitaorang booked 5 hari sebelum that's why tak boleh dapat bahagian Cafe : )


Apa perbezaan Melting Pot Cafe dengan Grand Ballroom ? Perbezaan yang paling ketara ialah jenis dan kuantiti makanan yang disediakan . And for sure rasanya juga berbeza . Dekat Melting Pot ni korang boleh dapat pelbagai jenis aneka rasa yang bertemakan selera Penang dan Johor . Nasi beriyani gam , kambing golek , sup gearbox , sate , otak otak , dan banyaaaaaaak lagi terdapat di Melting Pot Cafe @ Concorde Shah Alam ini . YUMSSS ! Semuanya enak enak belaka !


Kalau ditanya kenapa kitaorang pilih untuk berbuka di Melting Pot Cafe @ Concorde Hotel Shah Alam kerana dia ada sijil Halal dan tempohnya juga masih sah . So kalau korang nak berbuka di hotel make sure korang buat research dulu pasal sijil Halal dan tempoh laku sijil hotel yang korang nak iftar tu . Untuk sebarang pertanyaan dan juga tempahan korang boleh hubungi 03 5512 2200 ext 2440 / 2406 atau email kepada shah@concorde.net. Selain itu , bersempena dengan Ramadhan Concorde Hotel juga ada menawarkan bilik hotel pada harga RM148.00 bermula pada 1 Julai – 31 Ogos 2013 .


Ohh yeaah sebelum terlupa meh sini nak bagitahu harga dia . Kalau tadi perbezaan makanan antara Melting Pot Cafe dengan Grand Ballroom dan sekarang perbezaan dari segi harga pula . Kalau korang tengok dekat resit aku dengan Wadik diatas ni , dia ada government tax dan service charge dan aku rasa normal la untuk semua hotel . Secara peribadinyanya aku rasa sangat worth it berbuka di Melting Pot Cafe ni . So berikut adalah senarai harga buffet di Concorde Hotel Shah Alam 2013 ;

Melting Pot Cafe 

Dewasa : RM89.00 ++
Kanak - kanak : RM 44.50 ++

Grand Ballroom

Dewasa : RM 75.00 ++
Kanak - kanak : RM 37.50 ++

* P / S : Alhamdulillah untuk rezeki ini . Semoga kita berdua sentiasa murah rezeki ya Wadik , amin .



Wednesday, July 17

Azam Raya Bersama Watsons !


Assalamualaikum .

Pada 4 Julai yang lepas bertempat di Al - Amar Lebanese Cuisine , Pavillion Kuala Lumpur satu pelancaran oleh Watsons telah diadakan . Majlis pelancaran ini diadakan bagi melancarkan satu kempen yang unik ‘Look Good , Feel Great’ dan juga dikenali sebagai Azam Raya Bersama Watsons . Kempen ini akan berlangsung di Facebook Page Watsons dan Faizal Tahir ialah duta untuk kempen Azam Raya Bersama Watsons . Selain itu , Faizal Tahir juga turut mencipta satu lagu Raya bersempena dengan kempen ini .


Setiap penyertaan akan menerima RM5 baucer kecantikan dan seorang peserta yang bertuah dalam kempen ini akan ditaja penuh oleh Watsons untuk rumah terbuka yang akan berlangsung di rumah pemenang bertuah tersebut . So korang , buat lah azam raya sekreatif dan sebagus yang boleh kalau nak Watsons taja rumah terbuka korang ! Tambahan lagi , Faizal Tahir juga akan turut hadir ke rumah terbuka pemenang yang bertuah itu .


Watsons juga akan mengadakan Raya Sale yang berlangsung pada 18 Julai 2013 – 2 September 2013 di semua Watsons Semenanjung Malaysia manakala 25 Julai 2013 – 9 September 2013 di Watsons Sabah dan Sarawak . Bukan itu saja , tetapi setiap pelanggan yang berbelanja RM30 dan ke atas dari barangan Watsons boleh mendapatkan tiket untuk Watsons Hari Raya Celebration bersama Faizal Tahir pada 6 September 2013 di Plaza Angsana , Johor Bahru .


Semasa majlis pelancaran pada tempoh hari , Director of Marketing and Business of Watsons Personal Care Stores , Jessica Ng menyatakan kempen baru Azam Raya Bersama Watsons ini dilakukan bertujuan untuk menghargai semua pelanggan Watsons . Tambahan pula , Faizal Tahir akan menciptakan satu lagu Raya untuk kempen ini dan liriknya adalah berdasarkan daripada Azam yang ditulis oleh seorang pemenang bertuah dalam kempen ini .


Kempen Azam Raya Bersama Watsons ini akan berlangsung dari 18 Julai 2013 sehingga Raya . Lagu Raya yang dicipta ini juga bakal menemui pendengar sebelum Hari Raya baik di TV , Radio , YouTube mahupun di Facebook Page Watsons . Bersempena dengan bulan Ramadhan , Watson juga akan melancarkan promosi dalam produk penjagaan kulit , kecantikan dan kesihatan . Kalau korang nak join Azam Raya Bersama Watsons yang awesome ini , boleh klik ;

Watsons Malaysia

Sponsored Post



Wednesday, July 3

Something That I Can Confess . .


Assalamualaikum .

Dengan apa yang aku lalui ,
aku lebih mengerti erti persahabatan , erti setiap pertemuan .
Mungkin susah untuk aku ungkapkan . 
Tapi satu hal aku pasti . 
Allah mahu aku berubah . 
Allah sedang menguji aku untuk lebih dekat dengan Dia . 
Mungkin ini cara doa aku dimakbulkan .
Biarpun perit dan tangisan menemani , aku masih ada mereka . 

Aku bersyukur .
Walaupun ujian ini tidak mudah untuk aku lalui ,
Aku belajar untuk berfikir sebelum mengata orang .
Aku belajar untuk bersabar bila dikeji dan dicaci .
Aku belajar untuk tidak membalas dendam terhadap drama manusia .

Tanpa aku sedari .
Apa aku lalui tidak seberat Nabi Muhammad saw .
Baginda tidak pernah berniat jahat atas mereka yang buat buruk kepadanya .
Bahkan Baginda sedekahkan doa kepada mereka. Baginda tanamkan rasa sabar .

Jadi siapa lah aku untuk menghukum manusia .
Mungkin ramai masih belum mengerti .

Erti kesabaran . Erti sayang . Erti ikhlas . Erti kuat .
Bukan semua tahu cerita aku .
Bukan aku mahu melelong cerita .

Aku cuma pinta doa agar aku teguh begini .
Bagi mereka yang pernah aku sakiti .
Maafkan aku. Aku tidak sempurna .
Aku tidak dapat lari daripada kesilapan .

Sama-sama kita belajar daripada kesilapan kita .

In Shaa Allah .
Allah telah menetapkan semua .




Tuesday, June 18

News !

This - is - not - our - latest - picture - tapi - gambar - ini - sajo - yang - hado - dalam - iPad - aku - sorry - Wadik - aku - tau - kau - tak - suka - gambar - ni - : D

Assalamualaikum .

Alhamdulillah . Aku dah selamat masuk ke tahun dua dan Wadik dah masuk tahun tiga Bachelor in Accounting . Nanti hujung tahun 2014 ke awal tahun 2015 entah aku pun tak pasti , kita intern sama sama ya MokMok . Ohh kenot panggil Wadik MokMok dah sebab sekarang dia dah jadi abang abang six - seven - eight - nine - ten - pack lol . Good luck to your Accounting Symposium and Rugby Tournament ! Jangan stress stress , wat lex wat peace okay !

Cakap pasal intern , all the best to Keim sebab kau dah start intern semalam . Jangan lupa belanja milo panas aku bila jumpa . Jangan lupa kenalkan aku dengan cinta hati kau juga . Cewaaahh ! Pasal kau ajak double date time iftar In Shaa Allah ada rezeki kita berdouble date la ya , mohon belanja aku dengan Afif sekali : ) Nanti aku boleh dengar gossip gossip yang sooo typical Malay drama gituu direct dari kau . Gossip kau kalau melalui Afif semua hambar doh . KAfifBye .


Aku sangat sangat lah menghitung hari menunggu detik 28 Jun 2013 . Ada dua kejadian pada hari tersebut . Dan salah satu daripadanya ialah , hah nampak akak kecik cenonet dalam gambar di atas ? Akak tu akan pulang ke Mesia just for summer break ! Excited nak berjimba dengan dia sampai since last year dah plan nak buat apa . Hello Joyah ! Sila cepat sikit balik Mesia . Kita ada banyak benda nak buat bersama hehe dan kita tatau nak iftar dekat mana untuk double date kita semua tu . K tu je nak bagitau hahaha

Hey soul sister lalalalalaaa *dance* , sila bawa balik ole - ole banyak - sebanyaknya ! Kalau tak dilarang balik dan jangan masuk rumah . Last but not least for Diha , be strong dan jangan layan ' sampah ' ! Sebab sampah sentiasa busuk dan memudaratkan kita ! Kalau kita layan sampah , kita yang akan sakit so you go girl ! Pray hard Diha ! I know you can tepis all the sampah sarap . Okay sekian sahaja berita kehidupan aku , kita berjumpa di lain entry , okay kawan kawan ? Kurangkan drama dan mengata , tingkatkan ukhwah dan usrah .



Thursday, June 6

BRAND’S ® InnerShine Pati Prun dengan Camu Camu !


Assalamualaikum .

Buat peminat InnerShine , masa yang ditunggu – tunggu telah pun tiba apabila BRAND’S®  InnerShine telah melancarkan produk terbarunya di Grand Millennium Kuala Lumpur pada 4 Jun 2013 yang lepas .  Produk terbarunya yang dikenali sebagai BRAND’S® InnerShine Pati Prun dengan Camu Camu telah menggabungkan tiga ramuan utama iaitu , Camu Camu , Maltodekstrin Resistan dan pati prun sebagai formulasi baharu yang mengandungi Vitamin C semula jadi dapat menyihatkan badan serta menyerikan kulit dengan meningkatkan kelancaran penghadaman .


Majlis pelancaran ini sangat glamour dengan dimeriahkan oleh kehadiran ramai model dan pembukaan yang mengagumkan dari persembahan Altimet dan Adeep diikuti dengan Izara Aishah di pentas mendedahkan identiti penyeri hidupnya tak lain dan tak bukan BRAND’S® InnerShine Pati Prun dengan Camu Camu ! Dalam majlis pelancaran ini juga , Izara Aishah diperkenalkan sebagai wajah baru bagi kempen BRAND’S® InnerShine Pati Prun dengan Camu Camu .


Tak pelik lah kalau sekarang Izara Aishah kian cantik dan menawan kerana dengan BRAND’S® InnerShine Pati Prun dengan Camu Camu ini , mengandungi khasiat 30 hingga 50 kali lebih kaya dengan Vitamin C semula jadi berbanding oren yang dapat menguatkan sistem imuniti badan dan membantu menghasilkan kolagen untuk kulit yang lembut dan berseri . Kemudian , dengan adanya Maltodekstrin Resistan dalam formulasi ini , dia dapat melancarkan sistem penghadaman dan membantu badan menyahtoksik secara semula jadi .


Tambahan pula , dengan kewujudan buah prun California dapat membasmi radikal bebas untuk melambatkan kesan penuaan . Suasana pada majlis pelancaran memang glamor dan kelas !  Majlis dilangsungkan secara gilang - gemilang . Para hadirin kelihatan gembira dan teruja dengan kejelitaan Izara Aishah . Pada majlis tersebut juga , ada tayangan iklan terbaru Izara Aishah bersama BRAND’S® InnerShine Pati Prun dengan Camu Camu . She’s very pretty in real ! No doubt .


Tema pada malam tersebut adalah mengenai rama-rama, lambang keanggunan wanita . Majlis bertambah meriah dengan persembahan tarian Latin ! Dan yang paling menarik , setiap yang hadir di majlis pelancaran ini mendapat door gift yang mengandungi tiga botol BRAND’S ® InnerShine Pati Prun dengan Camu Camu dan rantai rama – rama ekslusif yang cantik dan menawan ! 


Aku sendiri dah rasa BRAND’S ® InnerShine Pati Prun dengan Camu Camu dan secara peribadinya , dia rasa lebih sedap daripada Prun Plus dan texture dia yang licin memudahkan untuk minum . Tidak hairan kalau Izara Aishah sangat sayang pada produk terbaru BRAND’S ® InnerShine ni yang bukan sahaja memberikan kita tubuh badan yang sihat malah rasanya yang lazat dan enak . 


BRAND’S ® InnerShine Pati Prun dengan Camu Camu boleh didapati di semua pasar raya besar , pasar raya dan farmasi seluruh Negara . Produk hebat ini dijual pada harga RM30.50 untuk pek 42ml x 6 botol dan RM57.90 untuk pek 42ml x 12 botol . Korang patut beli dan rasa sendiri keterujaannya dan mana tahu lepas minum nanti kulit boleh berseri seperti Izara Aishah : ) Untuk maklumat lanjut korang boleh layari links dibawah :

Website:

FB Page:

 Sponsored Post 



Sunday, June 2

June !

Assalamualaikum .

Aku dah golek golek atas katil beribu kali but still tak boleh tidur , mungkin sebab aku tengah tunggu Wadik balik dari gym act hehe . So aku capai iPad dekat meja sebelah katil then tetiba terus terasa nak update entry lol .

This - is - so - random punya entry okay ? Before update scroll dulu dekat dashboard nak blogwalking mana yang patut . Cehh padahal kau nak stalk kan Hanis ! Hello brahh , gue tak main la stalk stalk ni , gue INVESTIGATE okay :D

Hello June . The month of fear and excitement for meee ! I'm just a normal girl who is still searching for the 'light' . A girl who sometimes speak differently than what her heart desires . YOU may judge me , because you will never fit my shoe and will never be me .

Because I can't shout you either . When there's happy there's pain kan ? Bunga pun layu , manusia pun mati , makanan pun habis , semua tak selamanya kerana dunia itu sementara . Akhirat itu kekal abadi .

" Dunia hanya tempat bermain ,
Hanyalah sementara , 
Akhirat itu kehidupan selamanya . . . " - 29:64




Wednesday, May 29

Without 'em , I'm Nothing !

 Assalamualaikum .

Hello mello pello everyoneee ! LOL . Sudah seminggu aku menikmati semester break dengan harmoni dan bahagianya . Cuma tinggal seminggu saja lagi sebelum semester baru bermula . So untuk minggu yang pertama ni biasanya aktiviti aku hanya qada tidur dan makan makan makan mengharap agar berat naik at least mencecah 43kg sobsss . Tapi agak berlainan untuk cuti kali ni sebab aku pergi cuti - cuti Malaysia weyy ! UNEXPECTED okay !


Memang tak plan pun sebab papa memang sentiasa busy busy busy . Nak cari tender then bila dah dapat tender pergi cari barang pula then nak buat invoice la sebutharga la etc so memang busy ! Even aku duduk serumah dengan family pun boleh kira dalam seminggu berapa kali je yang aku boleh duduk depan papa sambil borak borak . So saaaad . Sabtu Ahad siang malam sama je bagi papa . Pa , you workaholic sangat ni . Get a rest pa .


So pada Sabtu yang lepas , aku pun bergerak la pergi ke Terengganu . Itu pun sebab papa dan kawan - kawan dia nak pergi candat sotong dekat Pulau Kapas . Sepanjang perjalanan dari Shah Alam ke Terengganu ni aku batuk non stop hoii gila betul . Lebih horror dia batuk terus muntah . Ni memang salah sendiri dah batuk dari sebelum study week tapi degil tak nak makan ubat then sampai Terengganu terus pergi hospital . Di Terengganu aku tidur dekat Kuala Terengganu Golf Resort .

Mama kalau tangkap gambar suka serius macam dalam gambar IC so Kak Chuare letak la gambar candid mama . Sorry ma : )

Okay next aku ke negeri Kelantan . Sebenarnya kitaorang plan just nak pergi Terengganu saja tapi sebab papa yang decide cakap nak pergi Kelantan dek kerana dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu tak jauh so kitaorang pun okay paaa ! So di Kelantan pula kitaorang menetap di Renaissance Kota Bharu Hotel . Tanpa diduga dan dipinta papa sekali lagi decide nak teruskan unplanned holiday ke Arau Perlis . Since my uncle lecturer dekat Kolej Matrikulasi Perlis so kitaorang pun tidur dekat Matrik situ jela .


Rasa macam lucky gila sebab sekarang masih musim pelam harum manis jadi dapat la aku makan dari ladang dia terus . YUMSS ! Then kitaorang singgah dekat Pekan Rabu sebab mama memang suka sangat dekat Pekan Rabu tu , even kalau aku pergi situ aku sendiri tak tahu nak beli apa selain minyak - mustajab - delima -,- Kemudian kitaorang lepak lepak Penang sat . Lepak area Queensbay Mall dan Komtar saja . Selepas itu terus ke Taiping untuk jumpa Atuk ! Malam tu juga kitaorang berangkat pulang ke Shah Alam . What a memorable hols I guess : ) Short but meaningful cehhh !




♥ Designed by ✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ ™ © 2014 | Best view with Google Chrome ♥