Tuesday, December 4

Samsung AppStar 2012 !


Assalamualaikum .

Pertandingan Samsung AppStar 2012 ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berusia dari 17 - 28 tahun yang menuntut di IPTA / IPTS . Mereka diberi peluang untuk mencipta aplikasi baru dan setiap kumpulan mempunyai 3 orang peserta . Pada tahun ini , seramai 3,500 penyertaan telah menyertai pertandingan Samsung AppStar 2012 yang mewakili dari 40 buah kolej dan universiti yang berlainan dan hanya 12 kumpulan yang telah berjaya untuk mara ke peringkat akhir . 

Pada 29 November 2012 yang lepas , bertempat di The Bee Solaris Dutamas telah berlangsungnya pertandingan Samsung AppStar di peringkat akhir . 12 kumpulan yang berjaya masuk ke peringkat akhir ialah ;
  1. 2BM.com dari IACT - MIX ( Mr. Brain )
  2. Gangnam Team dari Asia Pacific University ( Ocean Box )
  3. Apps Tinkers dari Asia Pacific Institute of Information Technology ( Car Lock Notification )
  4. BROS dari Asia Pacific Institute of Information Technology ( Payment Reminder )
  5. Practical Innovation dari University of Malaya ( Queue - less )
  6. Three Pieces dari Universiti Sains Malaysia ( Everyone Can Do Charity )
  7. APPs Creator 2020 dari Universiti Tenaga Nasional ( E - Train Malaysia )
  8. Fesyara dari Asean Metropolitan University College ( Drug Station )
  9. AI UiTM dari UiTM ( Fourtune2tell )
  10. E - 21 - B dari Multimedia University ( Rhythmix )
  11. ChrisP Srudio dari Management & Science University ( Adventure of Monkey Shun )
  12. GYNOID dari Universiti Sains Malaysia ( GYNOID )

Yang menarik semua kumpulan mendapat Samsung HM1800 Bluetooth headset serta sijil penyertaan . Practical Innovation dari University of Malaya ( Queue - less ) telah berjaya mengaut undian LIKE tertinggi di Facebook dan mendapat wang tunai sebanyak RM2,000 . Ditempat ketiga dimenangi oleh APPs Creator 2020 dari Universiti Tenaga Nasional ( E - Train Malaysia ) yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM6,000 dan 3 unit Samsung GALAXY SIII .

Gangnam Team dari Asia Pacific University ( Ocean Box ) telah dinobatkan sebagai pemenang di tempat kedua dan membawa pulang wang tunai RM12,000 berserta 3 unit Samsung GALAXY SII . Juara keseluruhan untuk pertandingan Samsung AppStar 2012 disandang oleh GYNOID dari Universiti Sains Malaysia ( GYNOID ) dengan wang tunai sebanyak RM24,000 bersama 3 unit Samsung GALAXY SIII . Tahniah diucapkan kepada semua pemenang ! Thanks to Nuffnang and Samsung for this event .



No comments:

♥ Designed by ✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ ™ © 2014 | Best view with Google Chrome ♥