Thursday, July 5

Genting World Lion Dance !


Assalamualaikum .

Pada 28 Jun 2012 yang lepas satu lagi press conference oleh Genting Malaysia Berhad telah berlangsung di Restoran Saloma . Press conference tersebut bertujuan bagi melancarkan Genting World Lion Dance Championship yang akan berlangsung selama tiga hari iaitu dari 20 sehingga 22 Julai 2012 .


Seramai 29 buah kumpulan yang akan mengambil bahagian di dalam Genting World Lion Dance Championship pada tahun ini dan mereka  terdiri dari negara Malaysia , Singapore , Indonesia , Thailand , Myanmar , Brunei , China , Hong Kong , Macau , Chinese Taipei , Japan , USA , Australia dan United Kingdom .


Hadiah yang ditawarkan kepada para pemenang sangat lumayan ! Pemenang utama akan memperolehi wang tunai sebanyak USD10,000 beserta dengan medal dan trophy . Seterusnya , pemenang ditempat pertama akan mendapat wang tunai sebanyak USD6,000 manakala USD3,000 untuk pemenang ditempat yang kedua juga beserta dengan medal dan trophy . Kepada tujuh kumpulan lain yang berjaya masuk ke peringkat akhir akan menerima wang tunai USD1,000 beserta trophy .


Genting World Lion Dance Championship pada tahun ini ditaja sepenuhnya oleh Resorts World Genting , Selangor & Federal Territory Lion & Dragon Dance Association , minuman rasmi oleh Vitagen dan airlines rasmi ialah KLM ( Royal Dutch Airline ) . Preliminary rounds akan berlangsung dari pukul 1pm - 9pm pada 20 - 21 Julai 2012 . Pusingan akhir pula akan berlangsung dari 1pm - 6pm pada 22 Julai 2012 . Tiket boleh didapati daripada I - Kiosks yang terletak di sekitar resort .

HARGA TIKET :
  1. PS1 : RM80 ( Adults | Children )
  2. PS2 : RM50 ( Adults | Children )
* P / S : Thank you to Nuffnang and Resorts World Genting for this great event ! : )



No comments:

♥ Designed by ✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ ™ © 2014 | Best view with Google Chrome ♥