Saturday, June 16

Nuffnang Trip to Awana Genting Highlands ! (PART 4)



Assalamualaikum .

Macam dalam PART 3 yang lepas , edisi seterusnya ialah pacat oh pacat . Guess what ? Kalau dah berkaitan dengan pacat memang logik di akalnya berkaitan hutan rimba lah . Kena redah semak samun , naik turun bukit , mengharungi deras air terjun dan berlawan dengan semua spesis haiwan yang kecil tetapi annoying -,- Selepas breakfast kitaorang semua berkumpul di Awana Genting Long House sebelum memulakan aktivit Jungle Trekking .



Semasa Jungle Trekking , kitaorang masih lagi bergerak mengikut kumpulan masing - masing dan dalam masa yang sama kitaorang diberikan beberapa tugasan untuk diselesaikan . Tugasan yang paling menarik bila kena kutip pacat ! Oh my mannnn , tapi dalam kumpulan aku Darren from Nuffnang sangat berani untuk kutip pacat dan masukkan ke dalam botol . Bukan seekor pacat tetapi enam ekor pacat you knowww .



Selepas penat berjalan dengan merentasi puluhan pacat maka kitaorang semua berhenti di air terjun yang pertama sebelum meneruskan Jungle Trekking . Motifnya cukup mudah , iaitu merendamkan kaki sambil membersihkan darah daripada gigitan pacat tapi alhamdulillah dan terima kasih pacat sebab tak gigit aku . Dia cuma merayap dan menari - nari diatas kasut aku . Aisehmannn , macam lah berani sangat tapi tak pula takut dia geli sahaja okayyy ! : )



Di air terjun yang kedua terdapat tugasan yang perlu diselesaikan . TEAMWORK ! Selepas selesai , kitaorang perlu naik ke atas semula untuk menamatkan sesi Jungle Trekking ini . Perghh , sesi nak panjat naik ke atas ni yang semput tahap puaka . Percaya atau tidak buluh yang kuat pun boleh patah dek kerana beban aku yang terlampau tinggi . Penat tahu ? Gamaknya kalau setiap minggu pergi Jungle Trekking mahu tinggal tulang aku rasa .



You can see that ? Aku jumpa cendawan hitam . Hee : ) So bila semua kumpulan dah selamat sampai dengan selamatnya maka kitaorang perlu laksanakan tugasan yang terakhir iaitu menanam pokok . Nama pokok kumpulan aku ialah " Champion " sebab kumpulan aku kan menang dalam Treasure Hunt . Sebelum pulang ke Kuala Lumpur kitaorang singgah di satu lagi destinasi menarik . So just wait for the last part okay !



No comments:

♥ Designed by ✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ ™ © 2014 | Best view with Google Chrome ♥