Wednesday, June 20

I Wish I Can Be A Super Hero !

Assalamualaikum .

Rasanya setiap manusia mempunyai sifat semulajadi ingin menjadi seorang superhero . Siapa tak nak memiliki keistimewaan yang luar biasa dan dapat menolong orang lain yang dalam kesusahan kan ? Tipu lah kalau korang cakap korang tak nak ada kuasa ajaib yang lain daripada orang lain right . If you know what I mean : )


Dalam banyak - banyak superhero , Spider - Man ni superhero pujaan aku . Tahu tak bila dia boleh lompat ke sana dan ke sini dengan hanya mengeluarkan spider web dia tu nampak sangat awesome ! Kalau aku pun ada kuasa yang sama macam Spider - Man ni confirm aku senang nak pergi kelas . Tak perlu redah traffic jammed yang makin hari makin meruncing !


Siapa kata penyu dalam gambar diatas comel sila angguk kepala . Kalau aku diberi pilihan haiwan yang mana menjadi idaman kalbu untuk animal superpowers aku pilih PENYU ! Kenapa dan mengapa penyu adalah pilihan aku ada banyak sebab dia ! Pertama , aku pilih penyu sebab penyu boleh hidup dua alam . Penyu boleh hidup di air dan di darat . Mana ada lagi animal superpowers yang boleh hidup dua alam . Aisehmann , kadar imaginasi aku begitu tinggi ! Haha .


Kedua , selain penyu boleh hidup dua alam penyu juga mempunyai perisai semulajadi iaitu cangkerang keras dibahagian belakang . Maka secara automatiknya dapat menyukarkan musuh untuk menyerang dibahagian belakang . Tambahan lagi , penyu mempunyai kaki pendayung dibahagian hadapan dek kerana itu penyu sangat tangkas berenang di dalam air . Sekaligus dapat menyelamatkan diri dengan mudah apabila diserang oleh musuh di dalam air .


Ketiga , memang tidak dapat disangkal speed kelajuan penyu berenang di dalam air memang tangkas dan laju tetapi penyu sangat kekok untuk bergerak di darat . Seperti dalam gambar di atas , aku sarankan penyu naik skateboard untuk meningkatkan lagi kadar kelajuan penyu bergerak di darat . Kalau nak top speed macam Ferrari F12 Berlinetta mungkin boleh letak beberapa jenis bahan api diatas cangkerang keras penyu !


Keempat , aku berimaginasi telur - telur penyu ini dijadikan bom yang paling senyap tetapi berbisa dan sangat praktikal untuk memudahkan seorang superhero menewaskan sang musuh . Ecececeyy ! Sebagai contohnya , bom penyu ni bukan sahaja seperti bom yang biasa digunakan malah bom penyu ini juga boleh menjadi sangat flexible seperti bila baling sahaja telur ini maka akan bertukar menjadi perangkap untuk menangkap musuh . 


See this ! Last but not least , haiwan lain mana ada keistimewaan yang sama macam penyu ni . Menarik bukan ? Setiap bahagian badan penyu terdapat kepentingan untuk dirinya . Pada pendapat aku , untuk menjadi seorang superhero setiap inch badannya perlu mempunyai kekuatan dan kelebihan yang tersendiri ! Kalau Spider - Man di adaptasi daripada labah - labah , mungkin suatu hari nanti penyu juga boleh dijadikan animal superpowers .

* P / S : Pictures credit to Mr. Google :) 



2 comments:

Azzam Fadzil said...

penyu comel jugak..
2 alam macam penyu takpe//

jgn 2 alam macam tettttt... hihihihihi

btw nice point of ur entry =)

Hanis Nasuha said...

Aizawa: Penyu memang comel! Thanks for the compliment :)

♥ Designed by ✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ ™ © 2014 | Best view with Google Chrome ♥