Nuffnang Trip to Awana Genting Highlands ! (PART 3)


Assalamualaikum .

Kesinambungan daripada PART 2 yang lepas , aku nak story dekat PART 3 ni pasal dinner kitaorang yang ala - ala klasik gitu . Bila aku join trip ke Awana Genting Highlands ni baru aku tahu yang Resort World Genting ada banyak keistimewaannya selain daripada Theme Park dia yang famous amos tu : )



So untuk dinner malam itu kitaorang dapat menikmati makanan di Restoran Pasar Ikan Bakar ! Disebabkan Restoran Pasar Ikan Bakar ini special makanya kalau korang nak makan dekat sini korang kena bawa dalam 20 orang ( minimum ) dan nanti korang akan rasa sangat bahagia sebab bila korang dah reserved dia takkan buka untuk orang lain lepak makan dekat sini . Menarik bukan ? Kalau korang nak booking korang boleh call nombor ni : 03 - 6101 3015 | 7605 , dari pukul 9am sehingga 5pm .



Disebabkan dah banyak tenaga aku habis masa aktiviti Treasure Hunt , itu makanya aku lebih excited untuk makan dan makan dan terus makan tanpa peduli orang kira kanan dan dek kerana itu aku tak snap banyak pun gambar makanan . Nampak tak gambar Chef yang bersemangat nak membakar ayam , ikan , sotong , daging kambing dan daging lembu untuk kitaorang semua ? Chef tu bakar tak terlalu garing tetapi isinya masak dengan secukupnya . Ecececeyyy , suka - suka je aku nak menilai . Black pepper and BBQ sauce dia paling aku suka ! SEDAP ! !


Muka - muka bahagia selepas dapat makan ! 


Perut happy wajah pun riang !


Antara blogger yang sama - sama dapat menikmati dinner dekat Restoran Pasar Ikan bakar ialah MiraCikCit , Kak Ruby , Kak Lily Putih , Putra , Daniel Chiam , Nazrul , Nisa Kay , Kak Pen merah , Nisa Fuzi dan ramaaaaaaaaaai lagi ! Tunggu part yang seterusnya untuk edisi pacat oh pacat ! ! : )

She Said . . .


Assalamualaikum .

Oh heyy haiii ! Next week will be the last week for my foundation plus I'll be having final exam and pretty handsome please PRAY for me okayysss ! Pasal exam kita letak tepi kejap , nak sambung course apa for degree pun kita letak jauh - jauh dulu because for this short entry I wanna share with you guys about my favourite brandsss : ) Tetapi , jenama - jenama ini hanya akan menjadi kegemaran aku sekiranya aku membeli - belah dengan menggunakan duit tabungan aku sendiri kerana bila boss besar belanja kita boleh demand lebih sikit ya bro .


Charles & Keith is my crush !


ZARA is my prince charming .


MNG is my superhero .

Charles & Keith , ZARA dan MNG antara jenama yang paling aku gemari sehingga tahap puaka . Perkara wajib bila masuk daripada salah satu butik di antara tiga butik ni memang confirm akan berlaku perang dunia ketujuh dengan Wadik . Aku baru pusing satu round dekat ZARA atau MNG untuk beli baju / dress / cardigan / etc dah kena halau keluar . Buruk betul perangai Wadik ni . Cuba kalau time dia jelajah Padini Concept Store , gempar bumi dekat luar pun belum tentu dia sedar gamaknya . Annoying gila mamat ni =,=

Barangan Charles & Keith yang paling aku obsess sudah tentu beg dia yang trendy , cheapest , simple but nice dan memang majoritinya sesuai untuk remaja dalam lingkungan usia aku . The main reason kenapa aku terlampau obsess dengan ketiga - tiga jenama ni sebab kualiti dia sangat tip top berbanding dengan harga yang ditawarkan sangat reasonable . Kalau tak percaya , korang try lah berkunjung ke butik dia yang berdekatan dengan mall ditempat korang . Boleh tengok sendiri kualiti produk dorang yang superB !


ThePopLook is my scandal .

ThePopLook is one of the biggest website yang berjaya mencuri hati aku untuk membeli melalui online . Serius cakap , kalau nak beli dress / baju / skirt / aksesori / etc yang trendy tetapi murah dengan kualiti kelas pertama korang boleh beli dekat ThePopLook . Antara artis yang selalu beli dekat ThePopLook ialah Lisa Surihani , Aishah Sinclair , Liyana Jasmay dan Misha Omar plus blogger Maria Elena dan Shea Rasol pun golden customer dekat butik online ni . Service yang diberikan pun sangat berpuas hati . Kalau tak percaya , korang kena try beli satu ke dua item dari ThePopLook ! Selamat mencuba dan selamat membeli : )