Monday, November 12

Awana Genting Long House (PART 1) !


Assalamualaikum .

Gara - gara Unifi aku rosak maka aku baru terhegeh - hegeh nak update entry ini , puihh -,- Pada entry Tribal Halloween yang lepas , aku dah cerita dekat korang tentang aktiviti yang akan berlangsung selama 2 hari 1 malam di Awana Genting Long House . Aku merupakan salah seorang yang turut serta dalam aktiviti tersebut . Kitaorang bergerak dari Wisma Genting dalam pukul 10am dan sejam kemudian kitaorang selamat sampai di Awana Genting Highlands .


Seperti biasa kitaorang lunch dekat Restoran Rajawali dan selepas itu kitaorang bergerak ke Awana Genting Long House ! Sebaik sahaja kitaorang sampai , rumah panjang tersebut telah dihias dengan pelbagai jenis hantu ! Bertemakan Hospital Hantu ! Kemudian kitaorang mendengar taklimat untuk aktiviti yang bakal berlangsung dan dibahagikan kepada empat kumpulan besar untuk tidur di bilik yang disediakan , dua bilik untuk lelaki dan dua bilik untuk perempuan .  Bilik tersebut boleh memuatkan seramai 10 orang .


Selesai meletakkan barang dibilik masing - masing dan kitaorang terus menukar sports attire untuk aktiviti yang pertama iaitu Treasure Hunt . Secara jujurnya ini Treasure Hunt yang ketiga aku di Awana Genting Highlands . Tugasan yang diberikan hampir sama dan dek kerana itu aku , Mira , Nisa , Daniel dan Darren terpaksa dipecahkan kepada empat kumpulan yang berlainan but lucky me and again , aku sama kumpulan dengan Darren .


So ini la ahli kumpulan aku yang diberi nama THRILLER ! Ada sembilan kesemuanya bermula dengan Daus , Aiki , Aina , aku , Melisa , Eng , Darren , Nazim dan yang duduk itu Hibrit . Well , we won for this activity and congrats to us ! Habis sahaja Treasure Hunt , kitaorang semua bersiap - siap untuk dinner . Di mana dan bertemakan apa , tunggu untuk entry yang seterusnya ! : )



No comments:

♥ Designed by ✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ ™ © 2014 | Best view with Google Chrome ♥