Sunday, December 2

Awana Genting Long House (PART 3) !



Assalamualaikum .

Hampir sebulan aku tak sentuh langsung blog sebab tahap busy aku tu dah macam keluar rumah tak nampak matahari , balik rumah pun tak nampak matahari . Get it ? Fuhh , lagi heaven semalam aku ada universiti ganti yang persis sekolah ganti gituuu . So this is will be the last part for Awana Genting Long House even yang berlangsung sebulan yang lepas . Too bad Hanis -,- Kalau korang nak baca part yang sebelum ni , korang boleh klik pada dua link diatas !


So pagi pagi lagi kitaorang dah breakfast di Restoran Ikan Bakar dan seperti biasa , hidanganya tidak pernah mengecewakan peruuut kuuuuu ! Kemudian kitaorang ada senamrobik version Gangnam Style dan yang paling happening plus putus semua urat stress aku ialah bila aktiviti Tele - Match dijalankan ! Serius awesome tahap duapolohlapantingkat . Sebanyak enam acara yang dipertandingkan dan empat daripadanya kumpulan THRILLER aku yang bolot . Well done THRILLER !


Okay just ignore my - excited - candid - face -,- Penantian itu satu penyeksaan . Ececeyyy ! Maka masa yang ditunggu - tunggu telah pun tiba . Selepas habis aktiviti Tele - Match , acara penyampaian hadiah diberikan kepada semua pemenang . Even dapat nombor empat pun still dapat hadiah ! Bahasa senangnya , semua kumpulan dapat hadiah : ) A big congrates to my THRILLER sebab kitaorang dinobatkan sebagai juara keseluruhan ! Selesai penyampaian hadiah dan sesi bergambar , kitaorang bergerak ke Hotel Awana Genting Highlands untuk lunch di Restoran Rajawali dan selepas itu kitaorang bergerak pulang menuju ke Kuala Lumpur .

Thank you so much to Nuffnang and Resort World Genting for this amazing trip !



No comments:

♥ Designed by ✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ ™ © 2014 | Best view with Google Chrome ♥