Friday, August 30

Astro Merdeka Campaign - Your Malaysian is showing + Go Beyond Positive Meter Launch !


Assalamualaikum .

Tanggal 31 Ogos 2013 maka genap lah 56 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan . Selamat hari jadi Malaysia ! Pada 24 Ogos 2013 yang lepas bersamaan dengan hari Sabtu dan bertempat di Midvalley Megamall , satu kempen merdeka telah dilancarkan oleh Astro bagi bertujuan untuk menyebarkan unsur positif dan kebahagian kepada semua rakyat yang berbilang kaum di Malaysia .


Usaha murni Astro ini membawakan kepelbagaian kandungan televisyen , online dan aktiviti menarik secara langsung bagi meningkatkan unsur positif dan kegembiraan . Antara aktiviti yang disediakan adalah seperti kempen #gobeyond dan #UrMalaysianIsShowing dan juga pelancaran muzik video yang bertajuk “Excuse me Sir , your Malaysian is Showing” . Korang boleh klik video diatas untuk tengok betapa ohsemmmnya video tersebut tetang keunikan Negara kita Malaysia !


Ketua Pegawai Operasi Astro, Henry Tan berkata , Kempen Hari Kemerdekaan tahun ini meraihkan pelbagai keunikan ! Selain itu , pihak Astro menggalakan rakyat Malaysia untuk melakukan sesuatu yang positif dan pada masa yang sama berkongsi kegembiraan bersama rakyat Malaysia yang lain . Tambahan lagi , pihak Astro juga menjemput semua rakyat Malaysia untuk menyertai kempen #gobeyond dan menggalakkan perkongsian hashtag #gobeyond di media sosial seperti di Twitter dan Instagram .


Dan yang palingggg menarik , Astro meraikan ‘Best of 1Malaysia’ dan kepelbagaian budaya di Malaysia dengan mengiktiraf lingo yang unik seperti Syok ! , Gostan , Brudder , Fuyoh , Macha , yang hanya difahami oleh rakyat Malaysia . Semua orang boleh menjadi sebahagian daripada ini dan memiliki lingo kegemaran mereka di T-shirt melalui #UrMalaysianIsShowing Facebook app . Hasil daripada jualan akan disumbang untuk kebajikan . Gambar dekat atas ni T-shirt yang aku design so kalau korang nak cuba design T-shirt korang sendiri , boleh klik sini .

Credit to Kak Sabby

Cantik , kreatif dan inovatif ! So kalau korang nak tengok Positive Engine ni dengan jarak yang dekat boleh lah ke pusat membeli belah Midvalley Megamall di aras 3 , berhadapan dengan food junction . Positive Engine ini juga , menampilkan pelbagai rekaan yang membawa mercu tanda unik Malaysia !


Okay selesai majlis pelancaran yang juga diturut serta oleh Lisa Surihani , Dato’ Haji Aznil Nawawi , Hanif (ERA fm) , Jie Ying , Geraldine Gan dan ramai lagi maka tiba lah ke kemuncaknya iaitu aktiviti berkumpulan . Kumpulan telah dibahagikan so aku dapat kumpulan 5 . Setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang ahli dan ahli kumpulan 5 ialah aku , Pond , Ashley dan Adam . Kitaorang diberikan tugasan sebanyak 27 tugasan ! Tugasan yang diberikan mudah sahaja tapi disebabkan internet yang LAJUUU macam siput sedut berjalan pun lagi pantas dan cepat makanya memang menguji kesabaran ! Hmm so saaad : (


Dalam pukul 5pm kitaorang bergerak ke Blu Meds The Gardens Mall untuk makan dan menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang ! Thank you Nuffnang and Astro for this ohsemmm event ! Untuk maklumat lanjut tentang Go Beyond korang boleh layari GoBeyond dan jangan lupa untuk dapatkan aplikasi Facebook untuk tetapkan nilai murni diri korang di laman web Astro GoBeyond . Sebagai contoh seperti gambar rajah dibawah . Selamat mencuba !


* Sponsored Post



No comments:

♥ Designed by ✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ ™ © 2014 | Best view with Google Chrome ♥