Sunday, August 4

Ramadhan Buffet 2013 @ JW Marriott Hotel Kuala Lumpur


Assalamualaikum .

Since raya bakal menjelang tiba tak lama lagi dan semua student universiti dah mula bercuti walaupun aku cuma dapat cuti seminggu bermakna 12 Ogos 2013 kelas akan bermula seperti biasa pftt -,- Wadik dapat cuti 2 minggu hoii tak aci langsungggg ! K aku bukan nak cerita pasal ketidakpuasan aku terhadap cuuuuti . Semalam kami bertiga berbuka puasa di Marriott Hotel Kuala Lumpur . 

Tapi sebelum berbuka kitaorang lepak lepak dekat KLCC dan Pavilion duluuu cehh padahal tengok wayang dan duduk saja lol . Ohh aku tengok wayang movie The Conjuring yang tak seram tuu tapi sound effects dia power ahh . Bak kata Wadik , Momok 3 lagi seram . Soo Afif Wahdi -,-


Plan dia sebenarnya kitaorang nak iftar di DoubleTree by Hilton Hotel Kuala Lumpur sebab desert dia sedaaaap wey ! Tapi sebab fully booked even time aku call nak booked tu seminggu awal tapi dah full ! What the fishhh : | So kitaorang booked lah Marriott Hotel Kuala Lumpur dan aku rasa ramadhan buffet termurah 2013 untuk hotel luxury . Serius ! Secara peribadi aku tak pernah masuk Marriott Hotel tak kira lah dekat negeri dan negara mana sekali pun tapi bila masuk semalam k jakun gila dengan architecture dia . 

Bukan aku sorang yang jakun tapi kitaorang bertiga yang jakun sebab rasa dekat overseas k over gila : p House keeping dia punya uniform comel weyy ! Okay , kalau korang iftar dekat sini , terdapat 2 bahagian yang disediakan iaitu Poolside dan Conference Hall . Harga dia berbeza tapi makanan yang dihidangkan sama dan sebijik ! Kitaorang bertiga iftar dalam Conference Hall dan aku sangat berpuas hati dengan rasa setiap hidangan yang disajikan . YUMSS !



Kalau tempoh hari aku berbuka di Melting Pot Cafe @ Concorde Hotel Shah Alam masakan yang disediakan bertemakan selera Penang dan Johor , tetapi di Marriott Kuala Lumpur pula hidangannya adalah bertemakan warisan nenek . Siapa yang tekak melayu memang sesuai sangat nak berbuka di sini . Untuk sebarang pertanyaan dan juga tempahan korang boleh hubungi 03 2719 8666 atau email kepada bukapuasa@ytlhotels.com.my.

Resit yang korang nampak dalam gambar di atas adalah harga selepas ditambah dengan government tax dan service charge . Berikut adalah harga sebelum tax untuk ramadhan buffet 2013 JW Marriott Hotel Kuala Lumpur ;

Poolside

Dewasa : RM75.00 ++
Kanak - kanak : RM37.50 ++

Conference Hall 

Dewasa : RM65.00 ++
Kanak - kanank : RM32.50 ++

* P / S : See you when I see you Wadik ! lol 



No comments:

♥ Designed by ✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ ™ © 2014 | Best view with Google Chrome ♥