Tuesday, July 23

Melting Pot Cafe @ Concorde Hotel Shah Alam


Assalamualaikum .

Pada Sabtu yang lepas , Wadik balik KL so kitaorang plan nak iftar sama - sama k tak tipu je . Sebenarnya Wadik balik KL sebab dia nak tambah bini sighhh . So before kitaorang pergi tempat iftar yang telah di booked , aku dengan pasrah dan redhanya teman la dia pergi Machines Setia City Mall . Sebelum sampai Machines Wadik ni dengan tawaduk dah decide nak beli Macbook Pro tapi sampai tempat kejadian dia buat drama melayu pula tak tahu nak beli Macbook Pro atau Macbook Air . What the fish -,- Selepas 2 jam baru kitaorang keluar dari Machines : p


Dalam pukul 7.05pm baru kitaorang sampai di Concorde Hotel Shah Alam . Dan kitaorang pilih untuk berbuka di Melting Pot Cafe @ Concorde Hotel Shah Alam . Untuk pengetahuan korang , kalau korang nak iftar dekat Concorde Hotel ni dia ada 2 lokasi untuk korang beriftar . Yang aku dengan Wadik ni booked dekat Melting Pot Cafe dan lagi 1 dekat Grand Ballroom . Dekat Melting Pot Cafe ni juga terdapat 3 bahagian iftar iaitu , Cafe , Lobby dan Smoking Area . Aku dengan Wadik dapat bahagian Lobby macam dalam gambar diatas ni . Sebab kitaorang booked 5 hari sebelum that's why tak boleh dapat bahagian Cafe : )


Apa perbezaan Melting Pot Cafe dengan Grand Ballroom ? Perbezaan yang paling ketara ialah jenis dan kuantiti makanan yang disediakan . And for sure rasanya juga berbeza . Dekat Melting Pot ni korang boleh dapat pelbagai jenis aneka rasa yang bertemakan selera Penang dan Johor . Nasi beriyani gam , kambing golek , sup gearbox , sate , otak otak , dan banyaaaaaaak lagi terdapat di Melting Pot Cafe @ Concorde Shah Alam ini . YUMSSS ! Semuanya enak enak belaka !


Kalau ditanya kenapa kitaorang pilih untuk berbuka di Melting Pot Cafe @ Concorde Hotel Shah Alam kerana dia ada sijil Halal dan tempohnya juga masih sah . So kalau korang nak berbuka di hotel make sure korang buat research dulu pasal sijil Halal dan tempoh laku sijil hotel yang korang nak iftar tu . Untuk sebarang pertanyaan dan juga tempahan korang boleh hubungi 03 5512 2200 ext 2440 / 2406 atau email kepada shah@concorde.net. Selain itu , bersempena dengan Ramadhan Concorde Hotel juga ada menawarkan bilik hotel pada harga RM148.00 bermula pada 1 Julai – 31 Ogos 2013 .


Ohh yeaah sebelum terlupa meh sini nak bagitahu harga dia . Kalau tadi perbezaan makanan antara Melting Pot Cafe dengan Grand Ballroom dan sekarang perbezaan dari segi harga pula . Kalau korang tengok dekat resit aku dengan Wadik diatas ni , dia ada government tax dan service charge dan aku rasa normal la untuk semua hotel . Secara peribadinyanya aku rasa sangat worth it berbuka di Melting Pot Cafe ni . So berikut adalah senarai harga buffet di Concorde Hotel Shah Alam 2013 ;

Melting Pot Cafe 

Dewasa : RM89.00 ++
Kanak - kanak : RM 44.50 ++

Grand Ballroom

Dewasa : RM 75.00 ++
Kanak - kanak : RM 37.50 ++

* P / S : Alhamdulillah untuk rezeki ini . Semoga kita berdua sentiasa murah rezeki ya Wadik , amin .



1 comment:

Unknown said...

oii neneks, yg churp2 tu kau gi tak?

♥ Designed by ✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ ™ © 2014 | Best view with Google Chrome ♥