Assalamualaikum .
Dengan apa yang aku lalui ,
aku lebih mengerti erti persahabatan , erti setiap pertemuan .
Mungkin susah untuk aku ungkapkan .
Tapi satu hal aku pasti .
Allah mahu aku berubah .
Allah sedang menguji aku untuk lebih dekat dengan Dia .
Mungkin ini cara doa aku dimakbulkan .
Biarpun perit dan tangisan menemani , aku masih ada mereka .
Aku bersyukur .
Walaupun ujian ini tidak mudah untuk aku lalui ,
Aku belajar untuk berfikir sebelum mengata orang .
Aku belajar untuk bersabar bila dikeji dan dicaci .
Aku belajar untuk tidak membalas dendam terhadap drama manusia .
Tanpa aku sedari .
Apa aku lalui tidak seberat Nabi Muhammad saw .
Baginda tidak pernah berniat jahat atas mereka yang buat buruk kepadanya .
Bahkan Baginda sedekahkan doa kepada mereka. Baginda tanamkan rasa sabar .
Jadi siapa lah aku untuk menghukum manusia .
Mungkin ramai masih belum mengerti .
Erti kesabaran . Erti sayang . Erti ikhlas . Erti kuat .
Bukan semua tahu cerita aku .
Bukan aku mahu melelong cerita .
Aku cuma pinta doa agar aku teguh begini .
Bagi mereka yang pernah aku sakiti .
Maafkan aku. Aku tidak sempurna .
Aku tidak dapat lari daripada kesilapan .
Sama-sama kita belajar daripada kesilapan kita .
In Shaa Allah .
Allah telah menetapkan semua .

No comments:
Post a Comment