Wednesday, May 29

Without 'em , I'm Nothing !

 Assalamualaikum .

Hello mello pello everyoneee ! LOL . Sudah seminggu aku menikmati semester break dengan harmoni dan bahagianya . Cuma tinggal seminggu saja lagi sebelum semester baru bermula . So untuk minggu yang pertama ni biasanya aktiviti aku hanya qada tidur dan makan makan makan mengharap agar berat naik at least mencecah 43kg sobsss . Tapi agak berlainan untuk cuti kali ni sebab aku pergi cuti - cuti Malaysia weyy ! UNEXPECTED okay !


Memang tak plan pun sebab papa memang sentiasa busy busy busy . Nak cari tender then bila dah dapat tender pergi cari barang pula then nak buat invoice la sebutharga la etc so memang busy ! Even aku duduk serumah dengan family pun boleh kira dalam seminggu berapa kali je yang aku boleh duduk depan papa sambil borak borak . So saaaad . Sabtu Ahad siang malam sama je bagi papa . Pa , you workaholic sangat ni . Get a rest pa .


So pada Sabtu yang lepas , aku pun bergerak la pergi ke Terengganu . Itu pun sebab papa dan kawan - kawan dia nak pergi candat sotong dekat Pulau Kapas . Sepanjang perjalanan dari Shah Alam ke Terengganu ni aku batuk non stop hoii gila betul . Lebih horror dia batuk terus muntah . Ni memang salah sendiri dah batuk dari sebelum study week tapi degil tak nak makan ubat then sampai Terengganu terus pergi hospital . Di Terengganu aku tidur dekat Kuala Terengganu Golf Resort .

Mama kalau tangkap gambar suka serius macam dalam gambar IC so Kak Chuare letak la gambar candid mama . Sorry ma : )

Okay next aku ke negeri Kelantan . Sebenarnya kitaorang plan just nak pergi Terengganu saja tapi sebab papa yang decide cakap nak pergi Kelantan dek kerana dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu tak jauh so kitaorang pun okay paaa ! So di Kelantan pula kitaorang menetap di Renaissance Kota Bharu Hotel . Tanpa diduga dan dipinta papa sekali lagi decide nak teruskan unplanned holiday ke Arau Perlis . Since my uncle lecturer dekat Kolej Matrikulasi Perlis so kitaorang pun tidur dekat Matrik situ jela .


Rasa macam lucky gila sebab sekarang masih musim pelam harum manis jadi dapat la aku makan dari ladang dia terus . YUMSS ! Then kitaorang singgah dekat Pekan Rabu sebab mama memang suka sangat dekat Pekan Rabu tu , even kalau aku pergi situ aku sendiri tak tahu nak beli apa selain minyak - mustajab - delima -,- Kemudian kitaorang lepak lepak Penang sat . Lepak area Queensbay Mall dan Komtar saja . Selepas itu terus ke Taiping untuk jumpa Atuk ! Malam tu juga kitaorang berangkat pulang ke Shah Alam . What a memorable hols I guess : ) Short but meaningful cehhh !




No comments:

♥ Designed by ✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ ™ © 2014 | Best view with Google Chrome ♥