Wednesday, October 31

Telekung Siti Khadijah


Assalamualaikum .

Siapa pernah nampak logo diatas sila berdiri ! lol . Butik Siti Khadijah yang terletak di Bandar Baru Bangi ini merupakan kedai yang menjual telekung dengan kualiti yang sangat tinggi . Oh well , even harga dia agak pricey sikit but for me , sangat reasonable dengan kualiti telekung dia . Trust me . bagi aku tak salah untuk kita laburkan lebih sedikit duit dalam membeli telekung . Kalau kita boleh beli baju yang cantik dan mahal untuk melaram , kenapa tidak kita buat benda yang sama ketika kita sujud menyembah pada yang satu . Get it what I mean ? 


Yang menarik bersempena dengan Hari Raya Aidiladha , butik Siti Khadijah ada membuat promosi untuk semua jenis telekung jualannya . Promosi ini akan berlangsung bermula 22 Oktober 2012 sehingga 31 Oktober 2012 ! Antara material yang digunakan untuk telekung Siti Khadijah ialah seperti 100% cotton , denim dan glazed spun polyester gred A . Selain itu , terdapat tiga jenis telekung yang dijual iaitu Telekung SK Original , Telekung SK Klasik , dan Telekung SK Moden . Untuk maklumat lanjut korang boleh layari facebook atau website dia :





Kalau tahun lepas ada teddy bear setinggi aku malah lebih gemuk daripada aku sendiri , muncul di depan pintu pagar pada tanggal 31 Oktober dan aku gelarkannya Geddy , maka tahun ini pula muncul lah Telekung SK Moden ini . Alhamdulillah and thanks a lot to someone whose name I dare not speak ! ; ) Selain daripada mempunyai pelbagai jenis telekung , telekung Siti Khadijah ini juga mempunyai saiz S , M dan L mengikut kepada bentuk muka korang . Macam muka aku yang tak bulat dan tak panjang maka saiz M lah yang sesuai . Oh yeah , I'm still a young lady and not marriage okay ! *Jadah Pn. Hanis dia tulis nama aku -,-



Monday, October 29

Tribal Halloween !


Assalamualaikum .

Pada 3 - 4 November yang akan datang Resorts World Genting Highlands akan mengadakan satu aktiviti yang superB di Rumah Panjang Orang Asli yang terletak di Awana Genting Highlands . Antara aktivitinya ialah , treasure hunt & ECO sport seperti jungle trekking , abseiling , aktiviti berkumpulan dan sebagainya . Selain itu , Rumah Panjang Orang Asli ini juga akan dihiasi dengan tema Halloween . 


Selain itu , dua orang blogger yang terkenal seperti Abang Beautiful Nara dari Beautifulnara.com dan komik blogger Ernest Ng dari Dontlikethatbro.blogspot.com juga dijemput hadir bagi menceritakan dan berkongsi pengalaman dalam dunia blogger . Dan yang paling menarik ialah , starlight cinema ! Di mana dapat menonton wayang di bawah cahaya bulan dan bintang . Ecececeyy ! Kemain romantiknya . Fuhh



Sunday, October 28

The New SnowWorld !


Assalamualaikum .

Resort World Genting Highlands telah melancarkan SnowWorld yang baru dengan lebih daya tarikan yang menarik iaitu menggunakan konsep Winter Downtown + World Heritage . Tambahan pula , SnowWorld ini akan memberikan kelainan dan keunikkan yang tersendiri kepada para pengunjungnya dengan mempunyai satu sistem dimana boleh menukarkan suasana di siang hari menjadi suasana pada waktu malam dengan dikelilingi salji .


Lokasi SnowWorld ini terletak di Level T2A , First World Plaza dengan suhu -6'C . Harga dan waktu operasi adalah seperti gambar diatas . SnowWorld yang baru ini mempunyai pelbagai daya tarikan yang menarik . Selain menggunakan konsep Winter Downtown + World Heritage , dan mempunyai sistem siang + malam lampu animasi LED , SnowWorld juga menyediakan rumah panas untuk para pengunjungnya . Untuk maklumat lanjut boleh layari : 




Bubbles & Bites Resorts World Genting !


Assalamualaikum .

Bubbles & Bites yang terletak di Resort World Genting Highlands menghidangkan makan yang segar dan majoriti signature dishes dia adalah yang berunsurkan pizza dan pasta . Bukan itu sahaja , tetapi terdapat ruang rehat yang berada ditingkat dua yang disediakan bagi memudahkan para pelanggan yang berkunjung ke restoran ini untuk berehat dan berbual bersama - sama rakan selepas menikmati hidangan . Restoran ini beroperasi seperti berikut :

 Isnin sehingga Khamis : 11am - 12am
Jumaat sehingga Ahad dan setiap cuti umum : 11am - 2am



Saturday, October 27

Genting On Android !


Assalamualaikum .

Pada 10 September 2012 yang lepas , Resort World Genting Highlands secara rasminya telah melancarkan aplikasi khas untuk semua pengguna Andorid ! Aplikasi ini memudahkan lagi pengguna Android untuk melihat dan mencari pakej - pakej yang ditawarkan lantas menyenangkan korang untuk membuat rancangan percutian ke Resort World Genting Highlands .


Tambahan lagi , dengan wujudnya aplikasi ini , semuanya berada di hujung jari korang dan yang paling menarik aplikasi ini mempunyai instant updates dimana semua aktiviti terbaru , aktiviti yang akan datang mahupun aktiviti yang menarik yang telah dirancang oleh Resort World Genting Highlands akan dapat dilihat oleh semua pengguna Android . Selain itu , kepada pemegang kad keahlian WorlCard akan dapat mengetahui sendiri membership status dan points yang dipungut .



FREEZE 2 !


Assalamualaikum .

Bermula 19 September 2012 bertempat di Genting International Showroom , Resort World Genting Highlands sekali lagi membawakan FREEZE 2 yang lebih gempak dan hebat untuk korang semua yang akan dipersembahkan oleh magician yang terkanal dan handal ! Selain dipertontonkan diatas ais , FREEZE 2 juga akan berlatar belakangkan muzik , tarian , skating , ilusi dan akrobatik yang disertakan juga dengan komedi . Korang boleh bawa kawan atau keluarga untuk merasai sendiri pengalaman melihat FREEZE 2 yang superB !


Harga tiket pula adalah seperti yang tertera pada gambar rajah diatas . Untuk pengetahuan korang , kepada sesiapa yang memiliki kad keahlian Genting WorldCard akan mendapat diskaun istimewa sebanyak 25% diskaun untuk tiket dewasa ( semua kategori tiket ) dan 25% diskaun untuk kanak - kanak ( hanya untuk tiket VIP dan PS1 ) . Kanak - kanak yang berumur 3 sehingga 12 tahun mesti membeli tiket untuk menonton FREEZE 2 . Untuk menempah tiket korang boleh dail  03 - 6105 2993 ( 10am - 9pm daily ) . Untuk maklumat lanjut boleh layari : 




Monday, October 22

Celcom Roadshow Offer For Samsung GALAXY Note II !


Assalamualaikum .

Seperti yang korang tau dalam entry yang lepas bahawa Celcom telah melancarkan plan yang hebat untuk Samsung GALAXY Note II . Aku merupakan salah seorang pengguna postpaid Celcom dan aku sangat berpuas hati dengan jaringan dia yang besar so that coverage aku sentiasa bagus dan Celcom sentiasa memberikan kualiti rangkaian yang sangat bagus . Tambahan pula , korang boleh juga dapatkan pelbagai smartphones yang terbaru dan terkini di Celcom dengan harga yang lebih rendah dengan plan yang sangat menarik . 


Bermula 19 Oktober - 4 November 2012 , Celcom akan melakukan roadshow dan seramai 20 outlet yang terlibat di dalam roadshow kali ini . Selain itu , sesiapa yang membeli Samsung GALAXY Note II dengan menggunakan Celcom First Plan juga turut berpeluang memenangi hadiah seperti , percuma KFC voucher yang bernilai RM20 , percuma 6 bulan langganan MUSICUBE , RM120 rebate dan cabutan bertuah di mana korang semua berpeluang untuk merebut hadiah seperti Samsung GALAXY S III , Samsung GALAXY Note 10.1 , tiket konsert JLo dan tiket konsert Dato' Siti Nurhaliza . Antara outlet yang terlibat ialah : 

19 – 21 October 2012
Getway  Sdn Bhd, Carrefour Wangsa Maju
Phonecraft Sdn. Bhd., Giant Hypermarket Kota Damansara
Full Line Communications Sdn Bhd, Tesco Ampang
Blue Cube Plaza Metro Kajang

26 – 28 October 2012
Double Team Station (M) Sdn Bhd, E@Curve
Mobile Camp Enterprise, The Summit USJ
Blue Cube KLCC, Suria KLCC
Blue Cube Giant Meru, Giant Hypermarket Klang Sentral
Three C Technology, Sunway Carnival Mall
Blue Cube Jusco Seberang Prai, Aeon Seberang Prai City Shopping Centre
Blue Cube Queensbay Mall, Penang
Blue Cube Greentown Mall, Perak

2 – 4 November 2012
Blue Cube Pavilion, Kuala Lumpur
Blue Cube Setia City, Setia City Mall
Speed Line Communication, Suria KLCC
Blue Cube Giant Meru, Festival City Gombak
Chop Hock Soon, Port Dickson Centre Point
Net Two Trading, Bunga Cempaka Biru, Parit Raja, Batu Pahat
PCS Telecommunications Enterprise, Giant Hypermarket, Plentong, Johor
UI Mobile Phone, City Square, Johor Bahru


Yang paling menarik korang boleh dapatkan Samsung GALAXY Note II dengan harga serendah RM1,498 hanya di Celcom First Plan . Jauh berbeza dengan harga dia yang sebenar ialah RM2,299 . Siapa tak nak untuk memilik Samsung GALAXY Note II yang menggunakan Android terbaru iaitu Jelly Bean dengan 1.6 GHz quad - core processor yang akan memberikan kelajuan yang maximum . 


Ditambahkan lagi dengan kelebaran skrin sebanyak 5.55HD Super AMOLED dan diserikan lagi dengan S Pen yang sangat praktikal . Tambahan lagi , 8MP kamera dan korang boleh menggunakan sehingga 64GB microSD memudahkan untuk korang menyimpan gambar , video dan sebagainya . Untuk maklumat lanjut mengenai plan dan pakej yang ditawarkan boleh layari :


Sponsored Post


Thursday, October 18

Celcom Launches The New Samsung GALAXY Note II This 19 October !


Assalamualaikum .

Good morning peeps ! Kalau Jumaat yang lepas aku bagi tahu bahawa Samsung GALAXY Note II akan dilancarkan secara rasminya pada 19 Oktober 2012 tetapi kini Samsung GALAXY Note II juga boleh ditemui di rangkaian terhebat di Malaysia iaitu Celcom kerana Celcom juga melancarkan plan yang hebat dan exclusive untuk Samsung GALAXY Note II pada hari yang sama iaitu 19 Oktober 2012 . Dan yang menarik , korang semua dijemput hadir ke majlis pelancarannya bagi mendapatkan tawaran yang istimewa dan memeriahkan lagi aktiviti . Maklumatnya adalah seperti berikut:

Tarikh:
19 Oktober 2012

Tempat: 
Blue Cube @Publika Shopping Gallery, Kuala Lumpur
Blue Cube @Pavilion, Kuala Lumpur
Celcom Outlet @Taman Molek, Johor Bahru
Celcom Outlet @Bangunan KWSP, Penang

Masa:
10am - 10pm ( Blue Cube )
9am - 5pm ( Celcom Outlet )

Tawaran:
*** Percuma Flip Casing bernilai RM149 untuk 100 orang yang pertama
*** Cabutan bertuah seperti berpeluang untuk memenangi Samsung S III / Tiket konsert JLo / Tiket konsert Dato' Siti Nurhaliza
*** Percuma KFC voucher bernilai RM40
*** Percuma langganan MUSICUBE selama 6 bulan


But WHY Celcom ? Seperti sedia maklum , Celcom merupakan rangkaian telekomunikasi yang terhebat di Malaysia . Celcom mempunyai jalur lebar yang terbesar di Malaysia dan Celcom juga menawarkan kualiti rangkaian yang bagus ketika menggunakan mesej , voice calls , video calling , email dan sebagainya . Selain itu , Celcom juga memberikan keselesaan kepada penggunanya ketika mencari website dan menonton video dengan jaringan yang stabil dan kukuh . Jadi tak ada lah sekat - sekat bila korang nak tonton video dan lain - lain .


Jadi jangan tunggu lama - lama untuk dapatkan Samsung GALAXY Note II bermula serendah RM1,498 hanya dengan Celcom First Plans . Untuk maklumat lanjut tentang Celcom First Plans ini , korang boleh rujuk jadual diatas . Seterusnya , Samsung GALAXY Note II ini menggunakan Android 4.1 ( Jelly Bean ) dengan 1.6GHz quad - core processor yang memberi kelainan kepada penggunanya dan kelajuannya pula yang lebih laju berbanding dengan yang sebelumnya .


Tambahan lagi , dengan paparan 5.55 - inch HD Super AMOLED memudahkan aplikasi seperti melukis , permainan games , membuat nota dan untuk mencari maklumat dengan lebih jelas dan bagus . Memiliki 8MP untuk kamera dan didatangkan khas bersama S Pen memberikan keselesaan kepada penggunanya . Paling best apabila korang boleh menggunakan microSD sehingga 64GB untuk muat turun gambar , lagu , filem , applikasi dan pelbagai lagi . Untuk maklumat lanjut mengenai plan dan pakej yang ditawarkan oleh Celcom boleh layari :


Sponsored Post


Tuesday, October 16

Bonjour Garden


Assalamualaikum .

Sebut sahaja Bonjour Garden pasti terbayang - bayang deretan restoran di kota cinta , Paris . Ececeyy ! Well , Bonjour Garden is now opening at Plaza Jelutong , Bukit Jelutong Shah Alam . Eheem ! Gila kentang punya dekat dengan rumah aku ohh . 8 minit dah sampai . Heaven gila bak hanggg . Tak perlu lagi bersusah payah drive menuju ke Kota Damansara untuk menikmati mushroom soup dia yang ummphhh .


Okay gambar pertama tu nama dia Roasted Chicken ( regular ) . Sedaaaaap killer tapi aku lagi suka gambar kedua , iaitu Cream Puff bersama Mushroom Soup . Ni kira makanan kegemaran aku dan benda yang wajib diambil setiap kali aku berkunjung ke Bonjour Garden . Gambar yang ketiga tu pula jus Tropical Fresh ( Guava + Orange + Apple ) yang aku tak pernah jumpa dimana - mana market kecuali di Bonjour Garden dan bagi aku dia lagi sedap daripada Twister . Gambar yang terakhir tu Spaghetti Beef Bolognese ( regular ) . Rasanya hampir sama dengan Milano Cafe cuma tak ada meatballs .


Alahaii , harga dia sangat sangat murah dan berpatutan ! Seriously , no joke no drama !  Lebih murah dari Full House , Garden etc dengan rasanya yang sangat awesome . Tak perlu nak pergi ke hotel untuk menikmati hidangan daripada chef chef yang terkenal kerana semuanya ada di Bonjour Garden . Tempatnya yang santai memang sesuai untuk makan bersama keluarga , kawan - kawan mahupun untuk membuat surprise . For more information just click Bonjour Garden .



Friday, October 12

Samsung GALAXY Note II


Assalamualaikum .

Sebaik sahaja keluar Chancellor Hall , aku terus bergerak menuju ke Zebra Square di Kuala Lumpur bagi menghadiri majlis pelancaran Samsung Note II . Nasib menyebelahi aku kali ini kerana trafik masih lagi lancar even slow but still moving . What do you expect apabila berada diatas jalanraya pada waktu puncak selain mengharapkan kelancaran trafik . Okay cut the crap ! Back to the topic ! 


Samsung GALAXY Note II is the most powerful smartphone ! No joke no drama . Dengan memiliki 5.5 - inch HD Super AMOLED Plus dan mempunyai skrin yang besar tetapi lebih nipis berbanding Samsung GALAXY Note I memang memberikan kelainan kepada pengguna . Selain itu , Samsung GALAXY Note II ini juga memperkenalkan S Pen di mana memudahkan penggunanya untuk menggunakan email , S Note , S Planner , galeri gambar mahupun video .


Tambahan lagi , Samsung GALAXY Note II ini juga merupakan breezy multitasking . Di mana Samsung GALAXY Note II ini sangat mesra pengguna kerana dia membolehkan Pop Up Note , Multiwindow dan Pop Up Video . Samsung GALAXY Note II direka dengan Android 4.1 JellyBean dan merupakan yang pertama di Malaysia ! Dan yang paling awesome , ketahanan batterinya sangat lama kerana menggunakan 3,100mAh .


Samsung GALAXY Note II di reka dengan 8 megapixel rear - facing dan 1.9 megapixel front - facing camera dengan HD video recording . Yang menarik , Samsung GALAXY Note II ini juga mempunyai applikasi AllShare . Di datangkan dengan dua warna yang superB iaitu Marble White dan Titanium Gray . Samsung GALAXY Note II akan mula berada di pasaran secara rasminya pada 19 Oktober 2012 dengan harga RM 2,299 !


Muka bahagia gila habis exam ! Hello semester break ! lol ! Seperti biasa , kalau ke event pasti bersama Mira Cikcit . Thanks a lot to Nuffnang and Samsung for this superB event ! So korang , jangan lupa untuk terjah Samsung GALAXY Note II dan rasai kelainan serta kehebatannya sendiri okayyy ! : )



Saturday, October 6

Samsung SMART TV Angry Bird !


Assalamualaikum .

Guess what , Samsung melancarkan SMART TV yang sangat awesome sebab bukan setakat boleh menonton TV tetapi boleh bermain game Angry Birds dengan hanya terus melalui  TV . Sangat mengujakan right ? Tambahan lagi , Samsung SMART TV ini juga mempunyai motion - control technology dan skrin dia yang sangat besar dengan kualiti gambarnya yang sangat jelas memang berbaloi untuk memilikinya !


Selain itu , Samsung SMART TV ini juga membawa kelainan dimana hanya perlukan tangan untuk bermain game yang popular ini . Skrin dia yang besar dengan kualiti gambar yang menarik , boleh membuatkan korang mengisi masa lapang bersama kawan dan keluarga . Plus ! Boleh menghilangkan kadar stress korang semua ! Thank to Nuffnang and Samsung for this great event ! : )

* Muka Excited main game Angry Birds



♥ Designed by ✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ ™ © 2014 | Best view with Google Chrome ♥