Thursday, October 18

Celcom Launches The New Samsung GALAXY Note II This 19 October !


Assalamualaikum .

Good morning peeps ! Kalau Jumaat yang lepas aku bagi tahu bahawa Samsung GALAXY Note II akan dilancarkan secara rasminya pada 19 Oktober 2012 tetapi kini Samsung GALAXY Note II juga boleh ditemui di rangkaian terhebat di Malaysia iaitu Celcom kerana Celcom juga melancarkan plan yang hebat dan exclusive untuk Samsung GALAXY Note II pada hari yang sama iaitu 19 Oktober 2012 . Dan yang menarik , korang semua dijemput hadir ke majlis pelancarannya bagi mendapatkan tawaran yang istimewa dan memeriahkan lagi aktiviti . Maklumatnya adalah seperti berikut:

Tarikh:
19 Oktober 2012

Tempat: 
Blue Cube @Publika Shopping Gallery, Kuala Lumpur
Blue Cube @Pavilion, Kuala Lumpur
Celcom Outlet @Taman Molek, Johor Bahru
Celcom Outlet @Bangunan KWSP, Penang

Masa:
10am - 10pm ( Blue Cube )
9am - 5pm ( Celcom Outlet )

Tawaran:
*** Percuma Flip Casing bernilai RM149 untuk 100 orang yang pertama
*** Cabutan bertuah seperti berpeluang untuk memenangi Samsung S III / Tiket konsert JLo / Tiket konsert Dato' Siti Nurhaliza
*** Percuma KFC voucher bernilai RM40
*** Percuma langganan MUSICUBE selama 6 bulan


But WHY Celcom ? Seperti sedia maklum , Celcom merupakan rangkaian telekomunikasi yang terhebat di Malaysia . Celcom mempunyai jalur lebar yang terbesar di Malaysia dan Celcom juga menawarkan kualiti rangkaian yang bagus ketika menggunakan mesej , voice calls , video calling , email dan sebagainya . Selain itu , Celcom juga memberikan keselesaan kepada penggunanya ketika mencari website dan menonton video dengan jaringan yang stabil dan kukuh . Jadi tak ada lah sekat - sekat bila korang nak tonton video dan lain - lain .


Jadi jangan tunggu lama - lama untuk dapatkan Samsung GALAXY Note II bermula serendah RM1,498 hanya dengan Celcom First Plans . Untuk maklumat lanjut tentang Celcom First Plans ini , korang boleh rujuk jadual diatas . Seterusnya , Samsung GALAXY Note II ini menggunakan Android 4.1 ( Jelly Bean ) dengan 1.6GHz quad - core processor yang memberi kelainan kepada penggunanya dan kelajuannya pula yang lebih laju berbanding dengan yang sebelumnya .


Tambahan lagi , dengan paparan 5.55 - inch HD Super AMOLED memudahkan aplikasi seperti melukis , permainan games , membuat nota dan untuk mencari maklumat dengan lebih jelas dan bagus . Memiliki 8MP untuk kamera dan didatangkan khas bersama S Pen memberikan keselesaan kepada penggunanya . Paling best apabila korang boleh menggunakan microSD sehingga 64GB untuk muat turun gambar , lagu , filem , applikasi dan pelbagai lagi . Untuk maklumat lanjut mengenai plan dan pakej yang ditawarkan oleh Celcom boleh layari :


Sponsored Post


No comments:

♥ Designed by ✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ ™ © 2014 | Best view with Google Chrome ♥