Monday, September 24

100 Ribu Domino's !



Assalamualaikum .

Seperti yang korang telah maklum dalam entry Iftar Mia & MB yang lepas , bersempena dengan perayaan pembukaan kedai yang ke seratus di Malaysia , Domino's Pizza telah mengumumkan komitmennya untuk usaha amal melalui kempen 100,000 Meals - For - The - Needy di majlis iftar Mia Sarah Nasuha yang turut sama dihadiri oleh Kaka Azraff , Elfira dan Ezlisa Loy . Selain itu , Lisa Surihani dan Fizo Omar juga turut sama memberi sokongan untuk program ini .


Bermula daripada 6 Ogos 2012 sehingga 12 Oktober 2012 , para pelanggan Domino's Pizza boleh menyertai pemacu program menangani masalah kebuluran dengan hanya membeli pizza kegemaran korang dan setiap daripada pesanan korang itu akan menyumbangkan RM0.10 untuk menjayakan program 100,000 Meals - For - The - Needy . Mudah bukan ? Dan ! Jangan lupa untuk tonton video di bawah ini okayyyy ! : )




No comments:

♥ Designed by ✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ ™ © 2014 | Best view with Google Chrome ♥