Sunday, August 12

Iftar MIA Dan MB !


Asslamualaikum .

Semalam sebaik sahaja habis kelas Malaysian Legal System pada pukul 4.30pm , aku bergegas pulang dan bergerak menuju ke Kuala Lumpur untuk ke Domino's Pizza The Weld bagi menghadiri majlis iftar bersama Mia Sara Nasuha dan Melaka Boy ! Iftar Mia ini dihadiri oleh pihak media , blogger dan peminat yang bertuah .

Keluar sahaja exit Shah Alam dekat NKVE highway , traffic jam macam semut berbaris mencari makanan . Seriously , no joke no drama . Memang jam tahap puaka sampai rasa nak panggil Doraemon untuk minta alat bantuan . LOL ! 



Alhamdulillah , tepat sahaja pukul 7.30pm aku selamat sampai di Domino's Pizza The Weld . Kitaorang semua pihak media , blogger dan peminat bertuah Mia Sara yang dijemput hadir bagi memeriahkan majlis iftar bersama Mia Sara Nasuha dijamukan dengan Domino's Pizza sebagai juadah untuk berbuka . Suasa hening seketika semasa berbuka dek kerana kusyuk menjamah makanan . 

Selepas itu , bersempena dengan 100 store celebration , Domino's Pizza akan melangsungkan 100,000 Meals - For - The - Needy - Fund . Setiap RM 0.10 daripada setiap pembelian akan di dermakan ke dalam program ini untuk membeli 100,000 jenis makanan dan disumbangkan kepada insan - insan yang memerlukannya . Mia merupakan salah seorang duta untuk program ini . Selain itu , Lisa Surihani dan Fizo Omar juga merupakan duta untuk 100,000 Meals - For - The - Needy - Fund .




So korang , sempena bulan mulia dan hari yang baik ini elok lah jika kita semua sama - sama menghulurkan bantuan kepada insan - insan yang memerlukannya . Jikalau korang tak nak beli Domino's Pizza pun its okay sebab korang still boleh menderma ke dalam kotak yang telah disediakan di setiap store Domino's Pizza .

Selain itu , terdapat juga beberapa artis lain yang turut hadir pada majlis iftar bersama Mia ini . Antaranya Kaka Azraaf dan Elfira Loy . Mereka ini sangat lah friendly dan tak sombong plus stunning ! Dan untuk pengetahuan korang , Mia juga telah mengikat kontrak di bawah Syarikat Paranormal Solutions Sdn Bhd .




Mia Sara Nasuha ni memang sangat petah berkata - kata . Walaupun dia masih berumur 7 tahun tapi apapun soalan yang korang tanya , dia akan jawab plus dia SANGAT COMEL ! Tambahan lagi , Mia Sara seorang yang photogenic so memang senang nak suruh dia pose depan kamera .

Semua hadirin yang hadir diberikan kad hari raya khas oleh Mia . Terima kasih Mia dan Melaka Boy atas jemputan ke majlis iftar kali ini . Panjang umur murah rezeki mungkin kita boleh bersua lagi di Majlis Hari Raya pula ke ? : ) Thanks to Domino's Pizza juga untuk hidangan sajian yang marvelous . YUMS !



4 comments:

Anonymous said...

I saw several artist... with a retiss. Ahak!

Unknown said...

Bestnyaaaaaa

Hanis Nasuha said...

Akito: :)

Hanis Nasuha said...

Harus lah best Mira! :D

♥ Designed by ✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ ™ © 2014 | Best view with Google Chrome ♥