Thursday, September 6

Teater Lagenda


Assalamualaikum .

Pada 7 , 8 dan 9 September 2012 akan berlangsungnya satu Teater Lagenda besar - besaran dari Fakulti Filem , Teater dan Animasi UiTM Shah Alam . Teater Lagenda ini akan berlangsung selama tiga hari di Dewan Sri Budiman UiTM Shah Alam . Tambahan pula , pada 7 dan 8 September pementasan Teater Lagenda ini akan berlangsung pada pukul 8.30pm dan pementasan Teater Lagenda pada 9 September pula akan berlangsung pada pukul 3.00pm dan 8.30pm . Teater Lagenda ini juga merupakan projek penilaian akhir untuk pelajar di semester akhir Diploma Pengurusan Seni dan juga pelajar semester akhir Diploma Seni Lakonan .


Selain itu , Teater Lagenda ini merupakan gabungan empat buah cerita daripada hasil karya Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang diubahsuai dan diberi nafas baru dalam bentuk pementasan pentas . Antara ceritanya ialah , Ibu Mertuaku Episod 1 , Keluarga 69 , Musang Berjanggut dan Ali Baba Bujang Lapok . Untuk maklumat lanjut korang boleh klik Teater Lagenda . Berikut merupakan senarai pakej yang ditawarkan ;

Pakej A : RM 15 per show ( Single )
Pakej B : RM 25 per show ( Couple )
Pakej C : RM 30 per show ( 3 person )
Pakej D : RM 28 all shows ( Single )
Pakej E : RM 28 per show ( Family - 2 Adults + 2 Childs )
Pakej F : RM 8 per show ( Secondary School )



No comments:

♥ Designed by ✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ ™ © 2014 | Best view with Google Chrome ♥