Assalamualaikum .
Seawal pagi lagi kitaorang semua telah berkumpul di The WorldClub Lounge untuk cabaran yang pertama + bersarapan . The WorldClub Lounge ini terletak di tingkat 28 Tower 2 First World Hotel . Makanan yang disediakan sungguh sedap dan enak sehingga terkebil biji mata dibuatnya .
Di cabaran yang kedua , kitaorang semua di minta untuk menyediakan makanan yang bertenaga berdasarkan makanan yang berada di dalam The WorldClub Lounge .
Cabaran yang ketiga , kitaorang diwajibkan untuk mencari kedai Travel for All untuk mendapatkan petunjuk yang seterusnya . Kemudian , kitaorang diminta untuk mengisi dua tempat kosong berpandukan dengan jenama yang terdapat di dalam kedai Travel for All dan selepas itu kitaorang perlu menangkap gambar dengan menggayakan jacket tersebut . Terima kasih untuk Travel fo All sebab bagi kitaorang jacket FREE !
Kemudian , kitaorang berhenti seketika untuk menikmati makan tengah hari di Coffee Terrace . Cabaran yang seterusnya bermula pada pukul 1pm . Kitaorang diminta untuk meneka makanan yang dilukis oleh seorang daripada ahli kumpulan dan seorang lagi perlu meneka dengan tepat so untuk kumpulan aku ialah MEE UDANG ! Macam dalam gambar dekat atas ni , kitaorang perlu makan sepantas Lamborghini bagi mendapatkan petunjuk yang seterusnya .
Cabaran yang seterusnya ialah , kitaorang perlu mencari sendiri penunjuk yang telah disorok dan bergambar seperti seorang super model .
Yang beribu - riban gambar ni pula ialah , cabaran yang perlu dilaksanakan di dalam Theme Park . Majoritinya , kitaorang dikehendaki bermain permainan tersebut seperti , space shot , pirates , roller coaster dan sebagainya dan selepas itu kitaorang perlu menangkap gambar .
Okay ni cabaran terakhir untuk hari ini . Kitaorang perlu mencari Oprah di Chin Swee Temple . Percaya atau tidak aku lari naik Pagoda yang tinggi tahap puaka tu last - last Oprah tak ada pun . Haih nasib - nasib . Selepas semua kumpulan dapat mencari Oprah , kitaorang terus bergerak untuk dinner !
Gambar di atas ini merupakan koleksi petunjuk aku untuk cabaran hari ini . Nampak tak t - shirt dan jeans yang sangat superB tu ? Semuanya telah disponsor oleh Wrangler . Dan gambar yang sangat berkualiti ini pula disebabkan menggunakan camera daripada FujiFilm . Thanks a lot ya ! Cabaran seterusnya di dalam hutan ? Tunggu dan baca untuk part yang seterusnya !
5 comments:
Bestnyer!!!! Enjoy berabis!
Tak sabar update seterusnya!
Ahoyyy hanis the lawyer!
Comel seh blog hanis nii..hahaha...kalah rayyan! tak adill... ini tidak adilll..haha
okay2...teruskan good job anda! terbaik! :D
Dabiel: Best tapi penat meyh Daniel plus sekarang gila busy sebab nak exam. Hehe.
Rayyan: Eleyh Rayyan, blog Hanis simple je mana boleh lawan dengan blog Rayyan yang superB tu. Hee :)
Rayyan: Eleyh Rayyan, blog Hanis simple je mana boleh lawan dengan blog Rayyan yang superB tu. Hee :)
Post a Comment