Wednesday, July 18

Mountain of Food Explorace 2.0 (PART 2)




Assalamualaikum .

Seawal pagi lagi kitaorang semua telah berkumpul di The WorldClub Lounge untuk cabaran yang pertama +  bersarapan . The WorldClub Lounge ini terletak di tingkat 28 Tower 2 First World Hotel . Makanan yang disediakan sungguh sedap dan enak sehingga terkebil biji mata dibuatnya . 


Di cabaran yang kedua , kitaorang semua di minta untuk menyediakan makanan yang bertenaga berdasarkan makanan yang berada di dalam The WorldClub Lounge .


Cabaran yang ketiga , kitaorang diwajibkan untuk mencari kedai Travel for All untuk mendapatkan petunjuk yang seterusnya . Kemudian , kitaorang diminta untuk mengisi dua tempat kosong berpandukan dengan jenama yang terdapat di dalam kedai Travel for All dan selepas itu kitaorang perlu menangkap gambar dengan menggayakan jacket tersebut . Terima kasih untuk Travel fo All sebab bagi kitaorang jacket FREE !


Kemudian , kitaorang berhenti seketika untuk menikmati makan tengah hari di Coffee Terrace . Cabaran yang seterusnya bermula pada pukul 1pm . Kitaorang diminta untuk meneka makanan yang dilukis oleh seorang daripada ahli kumpulan dan seorang lagi perlu meneka dengan tepat so untuk kumpulan aku ialah MEE UDANG ! Macam dalam gambar dekat atas ni , kitaorang perlu makan sepantas Lamborghini bagi mendapatkan petunjuk yang seterusnya .


Cabaran yang seterusnya ialah , kitaorang perlu mencari sendiri penunjuk yang telah disorok dan bergambar seperti seorang super model . 








Yang beribu - riban gambar ni pula ialah , cabaran yang perlu dilaksanakan di dalam Theme Park . Majoritinya , kitaorang dikehendaki bermain permainan tersebut seperti , space shot , pirates , roller coaster dan sebagainya dan selepas itu kitaorang perlu menangkap gambar .


Okay ni cabaran terakhir untuk hari ini . Kitaorang perlu mencari Oprah di Chin Swee Temple . Percaya atau tidak aku lari naik Pagoda yang tinggi tahap puaka tu last - last Oprah tak ada pun . Haih nasib - nasib . Selepas semua kumpulan dapat mencari Oprah , kitaorang terus bergerak untuk dinner !


Gambar di atas ini merupakan koleksi petunjuk aku untuk cabaran hari ini . Nampak tak t - shirt dan jeans yang sangat superB tu ? Semuanya telah disponsor oleh Wrangler . Dan gambar yang sangat berkualiti ini pula disebabkan menggunakan camera daripada FujiFilm . Thanks a lot ya ! Cabaran seterusnya di dalam hutan ? Tunggu dan baca untuk part yang seterusnya !



5 comments:

FBS Headmaster said...

Bestnyer!!!! Enjoy berabis!

Tak sabar update seterusnya!

rayyan haries said...

Ahoyyy hanis the lawyer!

Comel seh blog hanis nii..hahaha...kalah rayyan! tak adill... ini tidak adilll..haha


okay2...teruskan good job anda! terbaik! :D

Hanis Nasuha said...

Dabiel: Best tapi penat meyh Daniel plus sekarang gila busy sebab nak exam. Hehe.

Hanis Nasuha said...

Rayyan: Eleyh Rayyan, blog Hanis simple je mana boleh lawan dengan blog Rayyan yang superB tu. Hee :)

Hanis Nasuha said...

Rayyan: Eleyh Rayyan, blog Hanis simple je mana boleh lawan dengan blog Rayyan yang superB tu. Hee :)

♥ Designed by ✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ ™ © 2014 | Best view with Google Chrome ♥