Wednesday, May 30

Nuffnang Trip to Awana Genting Highlands ! (PART 3)


Assalamualaikum .

Kesinambungan daripada PART 2 yang lepas , aku nak story dekat PART 3 ni pasal dinner kitaorang yang ala - ala klasik gitu . Bila aku join trip ke Awana Genting Highlands ni baru aku tahu yang Resort World Genting ada banyak keistimewaannya selain daripada Theme Park dia yang famous amos tu : )



So untuk dinner malam itu kitaorang dapat menikmati makanan di Restoran Pasar Ikan Bakar ! Disebabkan Restoran Pasar Ikan Bakar ini special makanya kalau korang nak makan dekat sini korang kena bawa dalam 20 orang ( minimum ) dan nanti korang akan rasa sangat bahagia sebab bila korang dah reserved dia takkan buka untuk orang lain lepak makan dekat sini . Menarik bukan ? Kalau korang nak booking korang boleh call nombor ni : 03 - 6101 3015 | 7605 , dari pukul 9am sehingga 5pm .



Disebabkan dah banyak tenaga aku habis masa aktiviti Treasure Hunt , itu makanya aku lebih excited untuk makan dan makan dan terus makan tanpa peduli orang kira kanan dan dek kerana itu aku tak snap banyak pun gambar makanan . Nampak tak gambar Chef yang bersemangat nak membakar ayam , ikan , sotong , daging kambing dan daging lembu untuk kitaorang semua ? Chef tu bakar tak terlalu garing tetapi isinya masak dengan secukupnya . Ecececeyyy , suka - suka je aku nak menilai . Black pepper and BBQ sauce dia paling aku suka ! SEDAP ! !


Muka - muka bahagia selepas dapat makan ! 


Perut happy wajah pun riang !


Antara blogger yang sama - sama dapat menikmati dinner dekat Restoran Pasar Ikan bakar ialah MiraCikCit , Kak Ruby , Kak Lily Putih , Putra , Daniel Chiam , Nazrul , Nisa Kay , Kak Pen merah , Nisa Fuzi dan ramaaaaaaaaaai lagi ! Tunggu part yang seterusnya untuk edisi pacat oh pacat ! ! : )



6 comments:

Unknown said...

Masih ingat pakej membuka udang?

FBS Headmaster said...

Sesi makan2 yang paling best time tu! Aduhai... rindu dengan Pasar Ikan Bakar!

Haha... tak sabar pula nak tengok pacat2 beraksi next xD

New in room8five: Just A Random Thing I Do

Hanis Nasuha said...

Mira: Bukan takat pakej membuka udang tapi macam-macam pakej yang mereka tawarkan :)

Hanis Nasuha said...

Daniel: Hahaha. Hari tu kena gigit pacat berapa ekor? :D

M.r.B.zaCk said...

WAh... best2... nk try nnti..
hehe

Hanis Nasuha said...

Zack: Try la, rugi tau kalau tak try! Lagi ramai lagi bestttt! :)

♥ Designed by ✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ ™ © 2014 | Best view with Google Chrome ♥