Wednesday, February 22

Jigsaw Puzzle !


Assalamualaikum .

Setelah sekian lama tak update blog dan privatekan blog , maka dengan sepantas Audi R8 aku menaip entri ini  ! Terdapat unsur hiperbola disitu . Hahaha . Seperti gambar rajah diatas yang sudah terang lagi bersuluh , aku dengan bangga dan riaknya nak menyatakan bahawa di dalam gambar rajah tersebut terdapat Jigsaw Puzzle !

Jigsaw Puzzle tersebut sangat unik bin ajaib kerana bukan sahaja boleh main susun - susun dan cantum - cantum malah boleh dijadikan hadiah kepada sesiapa sahaja dalam apa jua bentuk . Faham maksud aku ? Macam yang korang tengok dalam Jigsaw Puzzle tu ada gambar aku plus Wadik beserta ucapan yang entah apa - apa entahnya . 

Jigsaw Puzzle tu aku bagi Wadik sempena birthday dia yang lepas . Sebab pada zaman purba dulu kita akan bagi hadiah beserta dengan kad ucapan , maka pada zaman moden ini aku menukarkan kad ucapan kepada Jigsaw Puzzle . Hahh , nampak tak ke - kreatifan aku disitu ? : ) 

Disebabkan Jigsaw Puzzle ni sangat sensitif maka aku sarankan korang agar meletakkan Jigsaw Puzzle ni di dalam frame gambar . Tak kisah sama ada frame gambar yang digantung ke dinding mahupun frame gambar yang diletakkan di atas meja . Sekaligus , Jigsaw Puzzle ni boleh dijadikan hiasan dalaman . Menarik bukan ! Sebagai contoh seperti gambar dibawah :


Korang boleh dapatkan Jigsaw Puzzle ni dengan harga yang sangat BERPATUTAN di CahayaQuprinting . Selain Jigsaw Puzzle terdapat pelbagai lagi barangan yang boleh dibuat tempahan seperti button badge , bookmark , bunting dan banner , fridge tiles , tetris glass dan sebagainya . So apa tunggu lagi , untuk maklumat dan keterangan yang lebih jelas sila la melawat fanpage facebook mereka :


* P / S : Grades don't measure intelligence and age doesn't define maturity !



♥ Designed by ✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ ™ © 2014 | Best view with Google Chrome ♥