Asslamualaikum .
FESTIVAL PENULIS GRUP BUKU KARANGKRAF !
Tarikh : 27 - 29 Januari 2012
Masa : 9.00 pagi - 9.00 malam
Tempat : Perkarangan Kompleks , Kumpulan Media Karangkraf , Lot 2 , Jalan Sepana 15/3 , Off Persiaran Selangor Seksyen 15 , 40200 Shah Alam, Selangor .
Nantikan Festival Penulis Grup Buku Karangkraf bersempena dengan Karnival Buku Karangkraf 2012 . Terdapat pelbagai aktiviti . Antaranya Sembang Buku selama tiga hari berturut - turut , beramah mesra dengan penulis prolifik : Aisha Sofea , Ramlee Awang Murshad , Aleeya Aneesa , Siti Nur Dhuha , Dr. HM Tuah Iskandar dan ramai lagi .
Selain diskaun dan hadiah yang menarik , pelbagai aktiviti ekslusif juga bakal menggamatkan festival selama tiga hari ini seperti demonstrasi memasak dan kraftangan oleh selebriti popular , gerai jualan kanak - kanak dan remaja , buku agama , buku kraf dan buku resipi juga turut di jual dengan harga yang istimewa !
Dan yang paling menarik or the main reason aku promote festival ni sebab Tudung Aidijuma - cetusan IDea Datin Norjuma yang bakal membuka gerai di Festival Penulis Buku Karangkraf nanti . Secara tulus dan jujurnya aku nak pergi festival ni bukan untuk membeli buku atau novel tapi demi menambahkan lagi koleksi Tudung Aidijuma - cetusan IDea Datin Norjuma semata - mata .
Siapa yang dah pernah beli dan pakai Tudung Aidijuma - cetusan IDea Datin Norjuma mesti setuju dengan pandangan aku yang tudung bawal dia sangat tip top . Kain dia sangat best dan harga dia sangat murah ! Seriously , aku sendiri dah ada 10 helai koleksi tudung bawal dia . Tapi kalau nak beli through online memang memerlukan kesabaran yang tinggi sebab kena Q panjanggggg so dah alang - alang dia buka gerai dekat festival tu nanti memang senang la nak borong : ) Anda semua dijemput hadir untuk memeriahkan lagi festival ini !
* P / S : Remark your calendar .
No comments:
Post a Comment