Wednesday, August 24

Pre - Eid Mubarak : )


Assalamualaikum .

Selepas 5 hari ber - brain battle dengan kertas - kertas yang meruntum jiwa , kemudian diikuti pula sehari semalam berhempas pulas menyiapkan assignment dan dua practical yang tak berapa nak buat dek kerana mood raya yang berkobar - kobar akhirnya segalanya telah siap dilaksanakan . Alhamdulillah . Walaupun sebenarnya aku tak beli apa - apa pun lagi untuk persiapan raya . Haha . Semangat je lebih . Nak buat macam mana , masa tidak mengizinkan lagi .

Oh my pillow , aku tak tahu apa sudah jadi dengan bahasa melayu aku yang makin lama makin mengarut mungkin terkena sumpahan Jurisprudence seperti Aristotle , Sir Patrick Devlin , Henry Maine , John Austin , Prof. H.L.A Hart yang kaya dengan term - term yang susah nak masuk dalam kepala aku . Okay full-stop , langsung xde kena mengena dengan hari raya =,=

Berita gembiranya pula ialah aku akan mula bercuti hari raya pada esok hari bersamaan 25 Ogos 2010 . Agak pelik dan aneh sebab untuk kelas esok lecturer yang mengajar aku berbangsa India tapi khabarnya beliau telah mengambil cuti terlebih dahulu . Thanks sir ! Really appreciate you : ) Semalam aku dapat durian runtuh daripada langit apabila Dato' president universiti pilihan kasi :


" Terima kasih daun keladi ya Dato' , kalau tahun depan saya masih menuntut ilmu di universiti pilihan sila lah bagi lagi . Saya ialah insan yang memerlukan . Semoga rezeki Dato' sentiasa bertambah - amin ". Aisehhh man , aku pun tak tahu kenapa aku dapat . Amount dia sangat - sangat unexpected ! Maka dengan itu ramai yang tak puas hati termasuk lah Wadik . Alaa Wadik semua benda yang aku punya dia tak puas hati : D

Kepada warga Kota Metropolitan sila lah balik ke kampung halaman awal - awal sebab Sabtu dan Ahad ni aku nak ronggeng - ronggeng dengan keluarga untuk membeli persiapan hari raya . Please be nice to me . Kalau tak aku akan merungut , bersungut dan segala macam lah sebab skru kaki aku akan rasa nak tercabut kalau terlampau sesak dengan manusia . Kasihani lah aku yang nak buat persiapan raya pada detik - detik yang terakhir ni =,=

InsyaAllah malam raya aku akan pulang ke kampung . Agak malang sebab kena drive sendiri : ( Ni semua salah dua ekor Garfield yang suka buat jantung aku berdenyut dengan laju like hulk . Aku takut kucing tapi tak tahu kenapa dekat rumah aku ada dua ekor Garfield and even dalam rumah aku ada dua orang yang mengidap asthma and still aku tak faham kenapa dua ekor Garfield ni masih wujud dengan sihatnya lagi . Okay stop , makin merepek jadinya entry ni . Konon nak Pre - Raya bagai last - last keluar cerita makhluk berbulu ni pula .

* P / S : Ya Allah , please guide me through this . For I am weak and lost , without you .



4 comments:

aisya said...

huaaaa. Selamat Hari Raya :D

HNMZ said...

Selamat hari raya juga :)

nelly said...

Selamat Hari Raya ! Hari untuk kita bersuka ria ! hahaha

HNMZ said...

Selamat hari raya juga Nelly! :)

♥ Designed by ✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ ™ © 2014 | Best view with Google Chrome ♥