Wednesday, February 20

Lisa Surihani and Blogger - Buddyz Never Apart Manifesto !


Assalamualaikum .

Okay cerita ni serius dah basi dan berkulat tapi dia jadi fresh semula sebab video rakaman dia baru siap ! Korang pernah tegok iklan DiGi yang Buddyz tu tak ? Tipu kalau korang tak pernah tengok atau dengar iklan Buddyz ni ! So pada 16 Disember 2012 yang lepas dan bertempat di D'House Subang Hi - Tech Industrial Park , aku telah dijemput untuk turut serta dalam rakaman video pendek bersama Lisa Surihani ! 


Tapi pada hari yang sama sebenarnya ada dua jenis rakaman yang dirakam bersama Lisa Surihani . First untuk fans Lisa Surihani daripada laman sosial Twitter . Dorang semua memang awesome sebab semuanya berbaju kuning ! And the second video is for blogger . Thank you Nuffnang and DiGi for this amazing event !


Nampak tak perbezaan blogger dengan fans Lisa Surihani ? Tak ada seorang pun yang pakai baju warna kuning . Well , ini merupakan kali kedua aku jumpa Lisa Surihani . Orangnya kecil sama tinggi je dengan ketinggian aku yang 161cm ni tetapi sangat lincah dan very friendly . Korang tanya la apa pun , dia akan jawab . Mungkin sebab dia graduate law kot lol : ) So guys , check it out this videoooo ! 


*** Mohon klik pada button full screen untuk tumbuh besar : p



No comments:

♥ Designed by ✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ ™ © 2014 | Best view with Google Chrome ♥