Wednesday, July 18

Mountain of Food Explorace 2.0 (PART 1)


Assalamualaikum .

Seperti yang telah dikhabarkan di dalam entry Intro MoFE 2.0 yang lepas , tepat pukul 6 pm pada tanggal 17 Julai 2012 aku telah selamat dengan jayanya meng - check - in di First World Hotel dengan tahap keterujaanya yang berada di tahap dua - puluh - lapan - tingkat weyy ! If you know what I mean : )




One room one person ! Walaweyy , bapak heaven doh . Boleh berendam dalam tab mandi dengan penuh aman dan selesa sambil menikmati buih - buih yang wangi lagi harum bak haruman daun limau purut . Untuk event kali ni aku ditempatkan di Standard Room tapi view dari bilik aku sangat AWESOME okay !



Pada sebelah malam pula , bertempat di Hotel Genting kitaorang semua diminta untuk berkumpul bagi sesi pemilihan ahli kumpulan . Setiap kumpulan mempunyai dua orang ahli . Seperti dalam gambar diatas aku ditempatkan di dalam kumpulan lapan bersama - sama dengan Iniez yang datang dari Indonesia . Iniez ni sangat tinggi ohh : O Selepas selesai dengan pembahagian ahli kumpulan , kitaorang diberi peluang untuk menonton FREEZE secara percuma ! Tunggu kesinambungan untuk part yang seterusnya alright !
  


2 comments:

Unknown said...

Bestnya! Bestnya!!!!!

Hanis Nasuha said...

Mira: Orang tu lagi best dapat tiket flight FOC jeeee! Haha

♥ Designed by ✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ ™ © 2014 | Best view with Google Chrome ♥