Monday, March 19

BAGUS !


Assalamualaikum .

Minggu lepas aku dapat satu jemputan daripada nuffnang untuk event Maxis FIRST Blogger Engagement 2012 . Dalam event tu ada dua presentation , pertama mengenai Maxis Apps dan yang kedua mengenai plan terbaru tapi untuk entry kali ni aku nak cerita pasal plan terbaru daripada Hotlink untuk rakyat Malaysia ! 


Plan terbaru yang dilancarkan oleh Hotlink ini dikenali sebagai BAGUS . Plan yang paling murah dan sesuai diguna pakai dari golongan pelajar , pelancong mahupun orang yang bekerjaya . Kadarnya yang rendah bukan sahaja untuk membuat panggilan di dalam negara bahkan di 132 buah negara lain termasuklah di United Kingdom dan Sri Lanka .


Selain itu , seperti yang korang tengok pada gambar di atas , plan BAGUS ini merupakan plan yang paling murah untuk korang melayari mobile internet . Terdapat tiga jenis pas yang korang boleh pilih iaitu pas harian , pas mingguan dan pas bulanan serta facebook pas juga ditawarkan oleh plan BAGUS ini .


Sudah terang lagi bersuluh , kalau korang guna plan BAGUS ni banyak kelebihan serta keistimewaan yang akan korang perolehi . Bukan setakat call malah kadar untuk sms pun sangat murah ! Jadi apa tunggu lagi , korang boleh cepat - cepat pergi beli kad prabayar untuk plan BAGUS ni dengan harga hanya RM5 !

* P / S : I've learn something new from this event : )



♥ Designed by ✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ ™ © 2014 | Best view with Google Chrome ♥