Assalamualaikum .
Detik demi detik mid sem semakin hampir . Banyak lagi yang berterabur entah kemana - mana . This sem really tough . I told you . Assignment menimbun - nimbun , tutorial berderet - deret , presentation berguni - guni , quiz keliling pinggang , haihh pokoknya sangat busy . Habis mid sem sibuk nak prepare dengan public speaking lah , mooting lah , MUET lah entah apatah lagi . Ya Allah ya Tuhanku , engkau permudahkan lah semua urusan ku ini .
Semalam , disebabkan semua kelas dekat Academic Tower penuh so kitaorang pergi la dekat Science Tower cari kelas kosong untuk kelas ganti Political Science . Last - last kitaorang belajar dekat Biology Lab 1 . Dah kata budak law jadi bila kitaorang masuk je makmal biology semua macam jakun habis . Macam teruja gila . Excited tak ingat dunia . Siap snap picture bagai . Okay serius jakun tahap puaka .
Hahh , nampak tak dalam gambar tu muka keterujaan aku yang sangat terserlah . Entah bila lah lagi dapat belajar dalam makmal . Rasa macam freedom of movement yang tahap dewa punya bila masuk dalam makmal . Nak snap picture bebas je . Nak berdiri ke nak berjalan dari depan ke belakang ke , nak ke kiri dan ke kanan ikut suka hati .
Bercakap dengan orang sebelah boleh , nak gelak ketawa semua lah boleh . Bahagianya hidup . Walaupun sepatutnya rules and regulation lab kena pakai lab coat tapi sebab kitaorang budak law kan mana nak cari lab coat jadah semua tu . But still aku rasa walau pakai lab coat kita akan rasa bebas juga untuk bergerak . Kalau cita - cita aku menjadi realiti mesti aku tak jakun bila masuk makmal *mukaredha*
Sungguh berbeza bila aku masuk court dengan masuk makmal . Bagai Bumi dengan Pluto . Bila melangkah je masuk ke dalam court kena tunduk hormat dan pandang ke arah Jata Negara then beg tak boleh galas kena bimbit dekat tangan je . Pakaian kena formal hitam putih dan harus lah kemas . Nak berjalan pun tak boleh membelakangkan hakim . Fuhh , terlalu banyak etika .
Nak gelak - gelak bagai pun tak boleh . Kena senyap je apatah lagi nak gatal - gatal tangan cuba untuk snap picture . Nak jalan ke depan ke balakang pun tak boleh . Suasana sebegini membuat aku tidak keruan . Oh mannn , sangat - sangat membentuk aku menjadi seorang yang beretika tinggi *mukapasrah*
* P / S : We are different . We from a legal profession .
No comments:
Post a Comment