Assalamualaikum dan selamat petang .
Apa bagus sangat perangai Isnin depan nak mid term hari ni online lagi . Anyway , semalam pergi kelas kena halau drive sendiri . But actually before this dah pernah drive pergi meronggeng just tak pernah bawa pergi kelas je . Disebabkan semalam kelas pagi dan petang so dah kena bebel sebab ada lesen and kereta tapi still tak nak drive .
Dengan hati yang punahnya aku pun ambil lah kunci kereta mondok dengan niat dan azam yang cukup baik untuk pergi menuntut ilmu . Dah la first time drive pergi kelas then baru keluar dari jalan rumah nak masuk jalan besar kereta dah bersusun rupa semut terjumpa manisan . Sabar punya sabar sampai la dekat student park . Lebih kurang 50 minit juga la .
Disebabkan rushing gila then aku dengan bangganya terus parking lorong yang paling depan even aku dah pelik gila bila tak ada sebuah kereta pun yang park dekat situ . Lorong kedua baru ada banyak kereta yang parking . Bila dah nak masuk entrance student , pak guard bising - bising suruh aku alihkan kereta . Orang dah la lambat . Hampeh punya guard . Aku siap marah - marah lagi dengan guard tu.
Dah lah tak faham aku cakap dalam Bahasa Melayu . Nak speaking je , ingat aku ni tengah kelam kabut boleh nak berspeaking semua tu . English pun dapat A je dalam SPM memang hancur la kalau aku speaking . Silap - silap pak guard tu yang mengamuk . But last aku alihkan juga kereta . Walaupun geram tahap puaka tapi disebabkan guard sawi tu makanya aku pun ubah lah . Kalau tak dia tak nak kasi aku masuk . Haihh .
Pukul 11 kelas aku pun habis and aku pun dengan semangat wajanya nak pulang ke rumah untuk mengisi perut yang telah lama berdendang sayang . Dengan laju kaki aku melangkah dan bila nak masuk student park tu baru aku faham kenapa pak guard tak kasi aku parking dekat lorong pertama . Mana tak kasinya kalau lorong pertama tu untuk parking motorsikal sahaja =,=
Yang pak guard tu pun satu , kan senang kalau dia cakap lorong pertama khas untuk motorsikal sahaja , tak ada lah aku buang tabiat pergi parking situ . Mana ada beza parking motorsikal dengan kereta sebab student park dia tak siap lagi so tak ada line - line yang membezakannya . Moral value dia , I learn from mistake : P
* P / S : You just know the cover of me not every page I have .
2 comments:
gle cool pak guard p0n speaking =)
Dah Bangla, cakap melayu mana nak faham :)
Post a Comment