Thursday, December 27

December .

Assalamualaikum .

Berkurun lama aku tak sentuh langsung blog . Bukan tak rindu tapi masa lebih mencemburui aku . Ececeyy ! Seperti biasa la aku sibuk dengan puluhan assessment yang tak pernah dan tak mungkin habis selagi aku bergelar seorang pelajar . Ini pun aku masih ada dua lagi assignment yang perlu disiapkan sebelum exam ! Next week dah study week dan itu makanya December 2012 pun bakal bersauh tak lama lagi .


Aktiviti pertama yang aku lakukan di bulan December ialah mendaki Broga Hills di Semenyih Selangor . Ini merupakan salah satu cara untuk aku release tension selain abseiling dan climbing . Sebab bila dah sampai puncak , aku akan rasa "I'm proud to be who I am." Dengan kata lain , aku akan rasa kepuasan yang sangat maximum la . Kepuasan yang takkan aku dapat bila aku di bawah . Heh :/  If you know what I mean . 

Korang yang tak pernah mendaki Broga Hills sila la pergi mendaki . Bagus untuk kesihatan dan dapat membakar segala lemak korang tu .  Tambahan lagi , ianya bagus untuk membina stamina . Ohh , siapa yang drive kereta kena bayar tiket parking sebanyak RM2 . Time aku pergi ni , aku dapat tengok matahari terbit . Dan aku harap next time aku dapat tengok view matahari tenggelam pula :)


Kemudian , aktiviti December aku diteruskan lagi dengan beriadah bersama budak batch aku dan ditemani oleh lecturer law of contract kesayangan kitaorang iaitu Madam Hamidah ! Tapi sebenarnya budak batch aku tak ada la sikit macam gambar dekat atas ni plus batch aku antara batch yang teramai untuk course law tapi dek kerana riadah di waktu pagi so faham faham la yaaaa . 

Oh well , aktiviti ini diadakan di Taman Tasik Shah Alam . Parking dia free nak masuk pun free everything la free just korang sahaja yang perlu rajin datang ke situ . Kalau korang berjaya pusing seluruh taman tasik tu , bersamaan 10,000 langkah korang melangkah . Hah , hebat tak hebat !


Dan weekend lepas aku pulang ke kampung untuk menghadiri majlis kenduri sedara mama . Really excited macam lembu masuk sawah . K peribahasa rekaan semata mata -,- Weekend ni pula bakal bermulanya sesi menelaah buku untuk persiapan exam . Januari sila menjelang dengan lajuuuuu ! Aku dah tak sabar nak pergi ronggeng dengan family , Wadik , dan budak batch ! Walaweyyyy ! Nanti free aku update pula pasal rakaman iklan DiGi bersama Lisa Surihani  !



Wednesday, December 5

BUDDYZ !


Assalamualaikum .

This is my BUDDYZ ! Kitaorang sangat rapat dan mostly akan lepak sama sama untuk bergossip , kongsi masalah , bercerita daripada soal belajar sampai ke personal ! Kitaorang satu batch masa foundation but only me and Angie taking Foundation in Law tapi Farzzana , Farah dan Nadhirah pula ambil Foundation in Medical Science . But now semua ada haluan masing - masing untuk degree .


Farah dah fly ke Indonesia , Angie sambung di MMU Melaka , yang tinggal hanya la aku , Farzzana dan Nadhirah tapi masih susah nak jumpa dekat campus since dorang budak MBBS so masa kelas , exam dan semester break dorang sangat berbeza dengan aku . Tapi dengan DiGi Easy Prepaid dapat menghubungkan aku dengan mereka ini yang jauh di mata tetapi dekat di hati : )



Korang mesti pernah tengok video diatas ni kan ? Semuanya tentang BUDDYZ ! So kalau korang ada ramai BUDDYZ sangat untung dengan menggunakan plan DiGi Easy Prepaid ! Zaman remaja hanya datang sekali seumur hidup jadi korang perlu manfaatkan zaman remaja korang dengan BUDDYZ dan plan DiGi Easy Preapaid dapat menjimatkan dan memudahkan untuk korang berhubung sesama BUDDYZ walau di mana jua korang berada . Ecececeyy !


Sudah terang lagi bersuluh , gambar diatas menunjukkan betapa awesomenyaaa plan DiGi Easy Prepaid . So apa tunggu lagi , just go and buy DiGi Easy Prepaid untuk merasai dan menikmati sendiri kemudahan plan ini . No matter where you are , Buddyz are never apart ! Untuk maklumat serta keterangan yang lebih lanjut korang boleh layari :




Tuesday, December 4

Samsung AppStar 2012 !


Assalamualaikum .

Pertandingan Samsung AppStar 2012 ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berusia dari 17 - 28 tahun yang menuntut di IPTA / IPTS . Mereka diberi peluang untuk mencipta aplikasi baru dan setiap kumpulan mempunyai 3 orang peserta . Pada tahun ini , seramai 3,500 penyertaan telah menyertai pertandingan Samsung AppStar 2012 yang mewakili dari 40 buah kolej dan universiti yang berlainan dan hanya 12 kumpulan yang telah berjaya untuk mara ke peringkat akhir . 

Pada 29 November 2012 yang lepas , bertempat di The Bee Solaris Dutamas telah berlangsungnya pertandingan Samsung AppStar di peringkat akhir . 12 kumpulan yang berjaya masuk ke peringkat akhir ialah ;
  1. 2BM.com dari IACT - MIX ( Mr. Brain )
  2. Gangnam Team dari Asia Pacific University ( Ocean Box )
  3. Apps Tinkers dari Asia Pacific Institute of Information Technology ( Car Lock Notification )
  4. BROS dari Asia Pacific Institute of Information Technology ( Payment Reminder )
  5. Practical Innovation dari University of Malaya ( Queue - less )
  6. Three Pieces dari Universiti Sains Malaysia ( Everyone Can Do Charity )
  7. APPs Creator 2020 dari Universiti Tenaga Nasional ( E - Train Malaysia )
  8. Fesyara dari Asean Metropolitan University College ( Drug Station )
  9. AI UiTM dari UiTM ( Fourtune2tell )
  10. E - 21 - B dari Multimedia University ( Rhythmix )
  11. ChrisP Srudio dari Management & Science University ( Adventure of Monkey Shun )
  12. GYNOID dari Universiti Sains Malaysia ( GYNOID )

Yang menarik semua kumpulan mendapat Samsung HM1800 Bluetooth headset serta sijil penyertaan . Practical Innovation dari University of Malaya ( Queue - less ) telah berjaya mengaut undian LIKE tertinggi di Facebook dan mendapat wang tunai sebanyak RM2,000 . Ditempat ketiga dimenangi oleh APPs Creator 2020 dari Universiti Tenaga Nasional ( E - Train Malaysia ) yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM6,000 dan 3 unit Samsung GALAXY SIII .

Gangnam Team dari Asia Pacific University ( Ocean Box ) telah dinobatkan sebagai pemenang di tempat kedua dan membawa pulang wang tunai RM12,000 berserta 3 unit Samsung GALAXY SII . Juara keseluruhan untuk pertandingan Samsung AppStar 2012 disandang oleh GYNOID dari Universiti Sains Malaysia ( GYNOID ) dengan wang tunai sebanyak RM24,000 bersama 3 unit Samsung GALAXY SIII . Tahniah diucapkan kepada semua pemenang ! Thanks to Nuffnang and Samsung for this event .



Sunday, December 2

Awana Genting Long House (PART 3) !



Assalamualaikum .

Hampir sebulan aku tak sentuh langsung blog sebab tahap busy aku tu dah macam keluar rumah tak nampak matahari , balik rumah pun tak nampak matahari . Get it ? Fuhh , lagi heaven semalam aku ada universiti ganti yang persis sekolah ganti gituuu . So this is will be the last part for Awana Genting Long House even yang berlangsung sebulan yang lepas . Too bad Hanis -,- Kalau korang nak baca part yang sebelum ni , korang boleh klik pada dua link diatas !


So pagi pagi lagi kitaorang dah breakfast di Restoran Ikan Bakar dan seperti biasa , hidanganya tidak pernah mengecewakan peruuut kuuuuu ! Kemudian kitaorang ada senamrobik version Gangnam Style dan yang paling happening plus putus semua urat stress aku ialah bila aktiviti Tele - Match dijalankan ! Serius awesome tahap duapolohlapantingkat . Sebanyak enam acara yang dipertandingkan dan empat daripadanya kumpulan THRILLER aku yang bolot . Well done THRILLER !


Okay just ignore my - excited - candid - face -,- Penantian itu satu penyeksaan . Ececeyyy ! Maka masa yang ditunggu - tunggu telah pun tiba . Selepas habis aktiviti Tele - Match , acara penyampaian hadiah diberikan kepada semua pemenang . Even dapat nombor empat pun still dapat hadiah ! Bahasa senangnya , semua kumpulan dapat hadiah : ) A big congrates to my THRILLER sebab kitaorang dinobatkan sebagai juara keseluruhan ! Selesai penyampaian hadiah dan sesi bergambar , kitaorang bergerak ke Hotel Awana Genting Highlands untuk lunch di Restoran Rajawali dan selepas itu kitaorang bergerak pulang menuju ke Kuala Lumpur .

Thank you so much to Nuffnang and Resort World Genting for this amazing trip !



♥ Designed by ✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ ™ © 2014 | Best view with Google Chrome ♥