Thursday, June 28

Robbie Fowler !


Assalamualaikum .

This guys is Robbie Fowler . LOL ! : ) He's the greatest Liverpool striker in modern era . Aisehmann . cukup - cukup sudah , aku bukan kelab - kipas - Liverpool okay . Al - kisahnya begini ya kawan - kawan , pada 17 dan 18 Jun yang lepas aku dan  Mira pergi event Get Your Game On At Genting with Robbie Fowler . Motifnya untuk menonton perlawanan di antara Portugal vs Netherlands dan Germany vs Denmark bersama - sama dengan Robbie Fowler .




Disebabkan event kali ini tidak disediakan bas maka aku dan Mira decide untuk naik ke Genting Highlands dengan menaiki Bas Express kerana kosnya lebih murah dan jimat berbanding drive kereta sendiri . Buat julung - julung kalinya dalam sejarah Wadik follow aku pergi event . Habis sahaja rugby tournament Wadik dekat Terengganu pada hari Sabtu , Wadik terus bergerak pulang ke Shah Alam . 

Sekitar pukul 1.00pm hari Ahad , kitaorang naik Komuter dari Batu Tiga menuju ke KL Sentral . Bas Express dari KL Sentral ke Genting Highlands hanya RM4.30 seorang . Tapi Bas Express ni tidak sampai ke puncak sebab dia akan drop korang dekat Skyway Station dan korang akan menaiki Skyway untuk ke puncak dengan harga RM6 seorang .



Selesai check - in hotel di First World Hotel , kitaorang berempat pergi ke Resort Cafe @ Restaurant Kampung untuk makan malam yang terletak di Hotel Resort dengan menaiki shuttle bus . Mira bawa Mr. Bignose dia dan aku bawa Wadik so senang untuk kitaorang tukar bilik ( lelaki - lelaki , perempuan - perempuan ) . Walaweyy ! Makanan dia superB delicious ! ! No joke , no drama . Kalau korang pergi Genting , korang wajib makan dekat Resort Cafe @ Restaurant Kampung yang terletak di dalam Hotel Resort .




Selepas menikmati hidangan makan malam yang lazat lagi enak , sesi penyampaian hadiah dilakukan . Sudah terang lagi bersuluh Wadik ni kelab - kipas - tegar - Manchester United dan aku kelab - kipas - kerikil - Chelsea tapi bila lagenda bola sepak depan mata kepala badan sendiri siapa yang tak teruja kan ? Dah tak kira beliau dari kelab yang mana , janji legend ! Tahap excited aku memang di tahap puaka dua - puluh - lapan - tingkat . So hadiah dia kitaorang dapat t - shirt yang di tandatangani oleh Robbie Fowler .



Habis sahaja sesi penyampaian hadiah , kitaorang berempat bersama - sama dengan Kak Anne dan Darkbatman bergegas pulang ke First World Hotel dengan menaiki shuttle bus untuk berehat sepuas - puasnya . Tepat pukul 2.00am , dengan mata seberat tiga - puluh - satu - tan , aku gagahkan juga untuk ke Genting International Show Room ( GISR ) bagi menyaksikan dua perlawanan bersama Robbie Fowler . Perlawanan yang berlangsung pada pagi itu ialah di antara Portugal vs Netherlands dan Germany vs Denmark 



Kitaorang ditempatkan di Superior Deluxe Room yang berada di tingkat 24 Tower 2 . Serius First World Hotel ada beribu - ribu bilik dan dibahagikan kepada dua tower . Seawal pukul 10.00am kitaorang dah check - out hotel . Dari First World Hotel kitaorang ke Skyway Station dan menaiki Bas Express untuk ke KL Sentral dan pulang ke Shah Alam semula dengan menaiki komuter untuk turun di Stesen Batu Tiga .  Thank you to Nuffnang and Resort World Genting for this AMAZING event !



Wednesday, June 27

Nuffnang Trip to Awana Genting Highlands ! (PART 5)



Assalamualaikum .

Menaip dengan kadar kelajuan sepantas Bugatti Veyron sebab lepas ni nak naik Genting Highlands untuk Press Conference Genting International Magic Festival . So untuk trip Awana Genting Highlands tempoh hari , sebelum kitaorang pulang ke Kuala Lumpur kitaorang singgah di Ladang Strawberry dan Ladang Sayur . 



Sebelum ni , aku memang tak tahu tentang kewujudan Ladang Strawberry di Genting Highlands . Di dalam Ladang Strawberry ini juga terdapat tempat  menjual cendawan , teh , cenderahati dan sebagainya . Dan yang paling menarik masuk adalah percuma dan dapat menjimatkan tenaga korang untuk berjalan sebab dia diletakkan di suatu kawasan yang sama .



Selepas penat pusing kawasan Ladang Strawberry kitaorang bergerak ke Ladang Sayur pula . Terdapat pelbagai jenis sayur yang dijual dengan harga yang sangat murah dan sama macam korang beli dekat Cameron Highlands . Bagi yang menaiki bas express tak kisah samada dari KL Sentral , One Utama , Kajang dan sebagainya , korang boleh ambil shuttle bas yang terdapat ni skyway station untuk ke Ladang Strawberry dan Ladang Sayur ini dengan PERCUMA !

Kalau ada masa dan kelapangan aku memang nak pergi lagi ke dua tempat ini sebab waktu pergi tempoh hari memang dah letih tahap puaka penangan daripada Jungle Trekking . Tepat jam 6.30pm bas yang membawa kitaorang mula bergerak untuk pulang ke Wisma Genting Jalan Raja Chulan . Thanks a lot to Nuffnang and Resort World Genting for this AWESOME trip ! : )



Wednesday, June 20

I Wish I Can Be A Super Hero !

Assalamualaikum .

Rasanya setiap manusia mempunyai sifat semulajadi ingin menjadi seorang superhero . Siapa tak nak memiliki keistimewaan yang luar biasa dan dapat menolong orang lain yang dalam kesusahan kan ? Tipu lah kalau korang cakap korang tak nak ada kuasa ajaib yang lain daripada orang lain right . If you know what I mean : )


Dalam banyak - banyak superhero , Spider - Man ni superhero pujaan aku . Tahu tak bila dia boleh lompat ke sana dan ke sini dengan hanya mengeluarkan spider web dia tu nampak sangat awesome ! Kalau aku pun ada kuasa yang sama macam Spider - Man ni confirm aku senang nak pergi kelas . Tak perlu redah traffic jammed yang makin hari makin meruncing !


Siapa kata penyu dalam gambar diatas comel sila angguk kepala . Kalau aku diberi pilihan haiwan yang mana menjadi idaman kalbu untuk animal superpowers aku pilih PENYU ! Kenapa dan mengapa penyu adalah pilihan aku ada banyak sebab dia ! Pertama , aku pilih penyu sebab penyu boleh hidup dua alam . Penyu boleh hidup di air dan di darat . Mana ada lagi animal superpowers yang boleh hidup dua alam . Aisehmann , kadar imaginasi aku begitu tinggi ! Haha .


Kedua , selain penyu boleh hidup dua alam penyu juga mempunyai perisai semulajadi iaitu cangkerang keras dibahagian belakang . Maka secara automatiknya dapat menyukarkan musuh untuk menyerang dibahagian belakang . Tambahan lagi , penyu mempunyai kaki pendayung dibahagian hadapan dek kerana itu penyu sangat tangkas berenang di dalam air . Sekaligus dapat menyelamatkan diri dengan mudah apabila diserang oleh musuh di dalam air .


Ketiga , memang tidak dapat disangkal speed kelajuan penyu berenang di dalam air memang tangkas dan laju tetapi penyu sangat kekok untuk bergerak di darat . Seperti dalam gambar di atas , aku sarankan penyu naik skateboard untuk meningkatkan lagi kadar kelajuan penyu bergerak di darat . Kalau nak top speed macam Ferrari F12 Berlinetta mungkin boleh letak beberapa jenis bahan api diatas cangkerang keras penyu !


Keempat , aku berimaginasi telur - telur penyu ini dijadikan bom yang paling senyap tetapi berbisa dan sangat praktikal untuk memudahkan seorang superhero menewaskan sang musuh . Ecececeyy ! Sebagai contohnya , bom penyu ni bukan sahaja seperti bom yang biasa digunakan malah bom penyu ini juga boleh menjadi sangat flexible seperti bila baling sahaja telur ini maka akan bertukar menjadi perangkap untuk menangkap musuh . 


See this ! Last but not least , haiwan lain mana ada keistimewaan yang sama macam penyu ni . Menarik bukan ? Setiap bahagian badan penyu terdapat kepentingan untuk dirinya . Pada pendapat aku , untuk menjadi seorang superhero setiap inch badannya perlu mempunyai kekuatan dan kelebihan yang tersendiri ! Kalau Spider - Man di adaptasi daripada labah - labah , mungkin suatu hari nanti penyu juga boleh dijadikan animal superpowers .

* P / S : Pictures credit to Mr. Google :) 



Saturday, June 16

Nuffnang Trip to Awana Genting Highlands ! (PART 4)



Assalamualaikum .

Macam dalam PART 3 yang lepas , edisi seterusnya ialah pacat oh pacat . Guess what ? Kalau dah berkaitan dengan pacat memang logik di akalnya berkaitan hutan rimba lah . Kena redah semak samun , naik turun bukit , mengharungi deras air terjun dan berlawan dengan semua spesis haiwan yang kecil tetapi annoying -,- Selepas breakfast kitaorang semua berkumpul di Awana Genting Long House sebelum memulakan aktivit Jungle Trekking .



Semasa Jungle Trekking , kitaorang masih lagi bergerak mengikut kumpulan masing - masing dan dalam masa yang sama kitaorang diberikan beberapa tugasan untuk diselesaikan . Tugasan yang paling menarik bila kena kutip pacat ! Oh my mannnn , tapi dalam kumpulan aku Darren from Nuffnang sangat berani untuk kutip pacat dan masukkan ke dalam botol . Bukan seekor pacat tetapi enam ekor pacat you knowww .



Selepas penat berjalan dengan merentasi puluhan pacat maka kitaorang semua berhenti di air terjun yang pertama sebelum meneruskan Jungle Trekking . Motifnya cukup mudah , iaitu merendamkan kaki sambil membersihkan darah daripada gigitan pacat tapi alhamdulillah dan terima kasih pacat sebab tak gigit aku . Dia cuma merayap dan menari - nari diatas kasut aku . Aisehmannn , macam lah berani sangat tapi tak pula takut dia geli sahaja okayyy ! : )



Di air terjun yang kedua terdapat tugasan yang perlu diselesaikan . TEAMWORK ! Selepas selesai , kitaorang perlu naik ke atas semula untuk menamatkan sesi Jungle Trekking ini . Perghh , sesi nak panjat naik ke atas ni yang semput tahap puaka . Percaya atau tidak buluh yang kuat pun boleh patah dek kerana beban aku yang terlampau tinggi . Penat tahu ? Gamaknya kalau setiap minggu pergi Jungle Trekking mahu tinggal tulang aku rasa .



You can see that ? Aku jumpa cendawan hitam . Hee : ) So bila semua kumpulan dah selamat sampai dengan selamatnya maka kitaorang perlu laksanakan tugasan yang terakhir iaitu menanam pokok . Nama pokok kumpulan aku ialah " Champion " sebab kumpulan aku kan menang dalam Treasure Hunt . Sebelum pulang ke Kuala Lumpur kitaorang singgah di satu lagi destinasi menarik . So just wait for the last part okay !



Thursday, June 14

He Said . . .


Assalamualaikum .

Happiness is when people know how to appreciate you because some people can't appreciate kindness , how pathetic. LOL ! : ) Okay okay , just short entry dan kesinambungan untuk entry yang berkurun lama  The Hardest Month . I miss my foundation lifeee ! Friends and lecturer , ouchh  gonna miss 'em so much . Sobs sobs .


WHY black + grey + white + pink ? I've no idea . Ask Wadik . Dia yang pilih warna tu except the pink colour la . Kalau tak ada pink memang I'm gonna die you know ? Because I don't have the contra colour to mix and match . Aiyoo . Kenapa Wadik yang pilih tema warna ? Sebab dia cerita before this dia pergi dinner dia rasa dia paling hodoh so aku dengan baik hatinya ikutkan la juga kehendak dia supaya dia dapat berperasan handsome untuk satu malam .


Oh yeah , aku beli shawl pink + grey ni dekat Cala Qisya  and for dress plus cardigan dekat Sugarscarf .  Korang boleh try shopping dekat both online shop ni because the price very reasonable sebab aku masih pelajar jadi aku mencari dan membeli pun mengikut kemampuan sebagai seorang pelajar la . Kemudian , produk - produk daripada Sugarscarf dan Cala Qisya ni sangat up - to - date . Selamat mencuba dan selamat membeli ! ; )

* P / S : For every dark cloud , there's always a silver lining .



Sunday, June 10

Charity Movie Screenings at Resorts World Genting !


Assalamualaikum .

Setelah sekian lama menyepi dek kerana UNIFI rosak maka hari ini mumcul kembali di alam maya . Pada 1 Jun yang lepas seawal pagi selepas Subuh aku bergerak menuju ke Wisma Genting Jalan Raja Chulan dengan harapan nak buat kerja amal bersama - sama blogger di bawah Nuffnang . Ecececeyyy ayat , kemain lagi . Dalam pukul 8 pagi bas bergerak menuju ke destinasi malah sepanjang perjalanan aku tak tidur dan rancak berbual dengan KakLilyPutih , Kak Ruby , MiraCikCit dan PutraKry : p



Dalam pukul 9.30 pagi kitaorang sampai dekat First World Hotel dan breakfast kitaorang ditaja oleh Starbucks ! Nyumm nyummm (Y) Thanks Starbucks dan untuk breakfast pagi tu kitaorang dihidangkan dengan iced chocolate and muffin ! Dan yang menarik kitaorang boleh ambil berapa banyak paket pun yang kitaorang nak .


Pictures credit to Kak Lily Putih

Selepas mengisi perut yang lapar maka agenda seterusnya diteruskan dengan menonton wayang MIB 3 in 3D bersama dengan kanak - kanak yang diraikan . Nice movie dan ini kali pertama aku menonton wayang dekat Genting Highlands . 



Kemudian kitaorang semua termasuk kanak - kanak tersebut di bawa ke restoran  untuk makan . Makanan yang dihidangkan semuanya lazat - lazat belaka . Yums ! Chef - chef dia pun sangat ramah dan mesra dan yang penting the price very reasonable ! If let say korang pergi Genting Highlands , aku sarankan korang lunch dekat Restoran Resorts World Genting di tingkat 3 .


Picture credit to Kak Lily Putih

Bila perut sudah girang maka hati pun bergembira dengan riang sekali . Selepas makan , acara penyampaian hadiah kepada kanak - kanak tersebut dilakukan . 





Seterusnya aktiviti menangkap gambar sebagai tanda kenangan sebelum kanak - kanak tersebut bergerak pulang . Excited okay dan kitaorang juga dapat hadiah dan sijil daripada Resorts World Genting . Terima kasih Resorts World Genting dan Nuffnang





Last but not least , kitaorang enjoy dekat Theme Park with "ALL PARK" pass for FOC okay ! Kitaorang boleh main indoor and outdoor dan masa yang ada lebih kurang 3 jam . 3 jam untuk main semua permainan yang ada memang mustahil dengan kena beratur maka permainan yang sempat aku main Corkscrew , Pirates Train , Flying Coaster , Dinosourland dan buai yang pusing 360 darjah ( lupa apa kebenda entah namanya ) sahaja . 

Tepat pukul 6.30 petang kitaorang berkumpul dekat Starbucks dan sebab tengah HAPPY HOUR aku pun kemain semangat la nak beli . Dalam pukul 7 malam bas bertolak untuk pulang ke Wisma Genting Jalan Raja Chulan . Thank you Nuffnang and Resorts World Genting for this valuable experience !



♥ Designed by ✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ ™ © 2014 | Best view with Google Chrome ♥