Friday, August 30

Astro Merdeka Campaign - Your Malaysian is showing + Go Beyond Positive Meter Launch !


Assalamualaikum .

Tanggal 31 Ogos 2013 maka genap lah 56 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan . Selamat hari jadi Malaysia ! Pada 24 Ogos 2013 yang lepas bersamaan dengan hari Sabtu dan bertempat di Midvalley Megamall , satu kempen merdeka telah dilancarkan oleh Astro bagi bertujuan untuk menyebarkan unsur positif dan kebahagian kepada semua rakyat yang berbilang kaum di Malaysia .


Usaha murni Astro ini membawakan kepelbagaian kandungan televisyen , online dan aktiviti menarik secara langsung bagi meningkatkan unsur positif dan kegembiraan . Antara aktiviti yang disediakan adalah seperti kempen #gobeyond dan #UrMalaysianIsShowing dan juga pelancaran muzik video yang bertajuk “Excuse me Sir , your Malaysian is Showing” . Korang boleh klik video diatas untuk tengok betapa ohsemmmnya video tersebut tetang keunikan Negara kita Malaysia !


Ketua Pegawai Operasi Astro, Henry Tan berkata , Kempen Hari Kemerdekaan tahun ini meraihkan pelbagai keunikan ! Selain itu , pihak Astro menggalakan rakyat Malaysia untuk melakukan sesuatu yang positif dan pada masa yang sama berkongsi kegembiraan bersama rakyat Malaysia yang lain . Tambahan lagi , pihak Astro juga menjemput semua rakyat Malaysia untuk menyertai kempen #gobeyond dan menggalakkan perkongsian hashtag #gobeyond di media sosial seperti di Twitter dan Instagram .


Dan yang palingggg menarik , Astro meraikan ‘Best of 1Malaysia’ dan kepelbagaian budaya di Malaysia dengan mengiktiraf lingo yang unik seperti Syok ! , Gostan , Brudder , Fuyoh , Macha , yang hanya difahami oleh rakyat Malaysia . Semua orang boleh menjadi sebahagian daripada ini dan memiliki lingo kegemaran mereka di T-shirt melalui #UrMalaysianIsShowing Facebook app . Hasil daripada jualan akan disumbang untuk kebajikan . Gambar dekat atas ni T-shirt yang aku design so kalau korang nak cuba design T-shirt korang sendiri , boleh klik sini .

Credit to Kak Sabby

Cantik , kreatif dan inovatif ! So kalau korang nak tengok Positive Engine ni dengan jarak yang dekat boleh lah ke pusat membeli belah Midvalley Megamall di aras 3 , berhadapan dengan food junction . Positive Engine ini juga , menampilkan pelbagai rekaan yang membawa mercu tanda unik Malaysia !


Okay selesai majlis pelancaran yang juga diturut serta oleh Lisa Surihani , Dato’ Haji Aznil Nawawi , Hanif (ERA fm) , Jie Ying , Geraldine Gan dan ramai lagi maka tiba lah ke kemuncaknya iaitu aktiviti berkumpulan . Kumpulan telah dibahagikan so aku dapat kumpulan 5 . Setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang ahli dan ahli kumpulan 5 ialah aku , Pond , Ashley dan Adam . Kitaorang diberikan tugasan sebanyak 27 tugasan ! Tugasan yang diberikan mudah sahaja tapi disebabkan internet yang LAJUUU macam siput sedut berjalan pun lagi pantas dan cepat makanya memang menguji kesabaran ! Hmm so saaad : (


Dalam pukul 5pm kitaorang bergerak ke Blu Meds The Gardens Mall untuk makan dan menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang ! Thank you Nuffnang and Astro for this ohsemmm event ! Untuk maklumat lanjut tentang Go Beyond korang boleh layari GoBeyond dan jangan lupa untuk dapatkan aplikasi Facebook untuk tetapkan nilai murni diri korang di laman web Astro GoBeyond . Sebagai contoh seperti gambar rajah dibawah . Selamat mencuba !


* Sponsored Post



Tuesday, August 13

DM STREET ONLINE !


Assalamualaikum .

Ingat lagi tak gambar diatas ? Cehh birthday Wadik bulan February yang lepas tapi sekarang baru nak share cerita mengenai kad yang aku kasi tuuu . Sooo Hanis Nasuha -,- Seperti sedia maklum , dalam entry two - two yang lepas aku bagi sejenis papan tanda sebagai pengganti kad hari jadi kepada Wadik . Aku memang tak suka bagi kad hari jadi konon old school sangat dan aku suka bajet nak buat yang pelik , unik , dan lain daripada orang lain . Very limited edition kbye merapu pftt . Tapi siapa yang masih suka dengan kad ucapan sila teruskan usaha murni anda agar tak lapuk di telan zaman lol .

Okay kembali kepada jalan yang lurus , nama dia bukan papan tanda okay tapi aku tak tahu nak klasifikasikan dia sebagai apa . Tapi dia boleh gantung dekat dinding as a hiasan gitu . Yang Wadik punya aku pun tak tahu sama ada dia gantung buat hiasan atau dia simpan dalam laci buat muzium heh . Okay tak kisah la korang nak panggil apa tapi papan tanda ni memang sangat flexible . Korang boleh bagi hadiah untuk couple set ke , anniversary ke , birthday ke , atau apa saja la . Dan yang paling best korang boleh buat design sendiri atau pilih design yang sedia ada . Pasal harga hmm aku dah lupa sorry but VERY REASONABLE and WORTH IT

Untuk sebarang tempahan atau pertanyaan korang boleh pergi ke INSTAGRAM dorang di :- @dmstreetonline . Yang tak ada Instagram sorry tak dapat nak tolong sebab dorang memang ambil order dari Instagram saja . Siapa yang nak buat jigsaw puzzle macam yang aku kasi masa birthday Wadik tahun lepas korang boleh klik sini untuk maklumat lanjut . Happy shopping peeps ! : )



Sunday, August 4

Ramadhan Buffet 2013 @ JW Marriott Hotel Kuala Lumpur


Assalamualaikum .

Since raya bakal menjelang tiba tak lama lagi dan semua student universiti dah mula bercuti walaupun aku cuma dapat cuti seminggu bermakna 12 Ogos 2013 kelas akan bermula seperti biasa pftt -,- Wadik dapat cuti 2 minggu hoii tak aci langsungggg ! K aku bukan nak cerita pasal ketidakpuasan aku terhadap cuuuuti . Semalam kami bertiga berbuka puasa di Marriott Hotel Kuala Lumpur . 

Tapi sebelum berbuka kitaorang lepak lepak dekat KLCC dan Pavilion duluuu cehh padahal tengok wayang dan duduk saja lol . Ohh aku tengok wayang movie The Conjuring yang tak seram tuu tapi sound effects dia power ahh . Bak kata Wadik , Momok 3 lagi seram . Soo Afif Wahdi -,-


Plan dia sebenarnya kitaorang nak iftar di DoubleTree by Hilton Hotel Kuala Lumpur sebab desert dia sedaaaap wey ! Tapi sebab fully booked even time aku call nak booked tu seminggu awal tapi dah full ! What the fishhh : | So kitaorang booked lah Marriott Hotel Kuala Lumpur dan aku rasa ramadhan buffet termurah 2013 untuk hotel luxury . Serius ! Secara peribadi aku tak pernah masuk Marriott Hotel tak kira lah dekat negeri dan negara mana sekali pun tapi bila masuk semalam k jakun gila dengan architecture dia . 

Bukan aku sorang yang jakun tapi kitaorang bertiga yang jakun sebab rasa dekat overseas k over gila : p House keeping dia punya uniform comel weyy ! Okay , kalau korang iftar dekat sini , terdapat 2 bahagian yang disediakan iaitu Poolside dan Conference Hall . Harga dia berbeza tapi makanan yang dihidangkan sama dan sebijik ! Kitaorang bertiga iftar dalam Conference Hall dan aku sangat berpuas hati dengan rasa setiap hidangan yang disajikan . YUMSS !



Kalau tempoh hari aku berbuka di Melting Pot Cafe @ Concorde Hotel Shah Alam masakan yang disediakan bertemakan selera Penang dan Johor , tetapi di Marriott Kuala Lumpur pula hidangannya adalah bertemakan warisan nenek . Siapa yang tekak melayu memang sesuai sangat nak berbuka di sini . Untuk sebarang pertanyaan dan juga tempahan korang boleh hubungi 03 2719 8666 atau email kepada bukapuasa@ytlhotels.com.my.

Resit yang korang nampak dalam gambar di atas adalah harga selepas ditambah dengan government tax dan service charge . Berikut adalah harga sebelum tax untuk ramadhan buffet 2013 JW Marriott Hotel Kuala Lumpur ;

Poolside

Dewasa : RM75.00 ++
Kanak - kanak : RM37.50 ++

Conference Hall 

Dewasa : RM65.00 ++
Kanak - kanank : RM32.50 ++

* P / S : See you when I see you Wadik ! lol 



♥ Designed by ✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ ™ © 2014 | Best view with Google Chrome ♥