Monday, September 24

100 Ribu Domino's !



Assalamualaikum .

Seperti yang korang telah maklum dalam entry Iftar Mia & MB yang lepas , bersempena dengan perayaan pembukaan kedai yang ke seratus di Malaysia , Domino's Pizza telah mengumumkan komitmennya untuk usaha amal melalui kempen 100,000 Meals - For - The - Needy di majlis iftar Mia Sarah Nasuha yang turut sama dihadiri oleh Kaka Azraff , Elfira dan Ezlisa Loy . Selain itu , Lisa Surihani dan Fizo Omar juga turut sama memberi sokongan untuk program ini .


Bermula daripada 6 Ogos 2012 sehingga 12 Oktober 2012 , para pelanggan Domino's Pizza boleh menyertai pemacu program menangani masalah kebuluran dengan hanya membeli pizza kegemaran korang dan setiap daripada pesanan korang itu akan menyumbangkan RM0.10 untuk menjayakan program 100,000 Meals - For - The - Needy . Mudah bukan ? Dan ! Jangan lupa untuk tonton video di bawah ini okayyyy ! : )




Monday, September 17

Insta - Geram !


Assalamualaikum .

Hello ! Happy Monday peeps ! Today's the only Monday I love . If you woke up , got dressed and went to work or school today by accident , Monday is laughing at you because today's PUBLIC HOLIDAY brahh ! So , apakah aktiviti korang sempena cuti Hari Malaysia kali ini ? Mine of course , dikelilingi dengan deratan assignment . Dan sebelum terlupa , walaupun harijadi Malaysia jatuh pada semalam bersamaan dengan 16 September tapi aku dengan bangga dan semangatnya nak mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada semua rakyat Malaysia walau dimana korang berada : )

Okay , kembali ke topik yang asal . Instagram or instageram ? lol ! Right now I'm really addicted with Instagram but I wanna call it as the Instageram sebab bila aku stress dengan kehidupan harian , aku akan melepaskan geram dengan meng - upload gambar - gambar atau Textgram ke dalam Instageram kesayangan aku . Hey buddies , do follow me at Instagram and just search HNMZ ( Hanis Nasuha ) so kita boleh berkongsi koleksi gambar . Kerana pada setiap gambar ada memorinya yang tersendiri . Ececeyyy !



Thursday, September 6

Teater Lagenda


Assalamualaikum .

Pada 7 , 8 dan 9 September 2012 akan berlangsungnya satu Teater Lagenda besar - besaran dari Fakulti Filem , Teater dan Animasi UiTM Shah Alam . Teater Lagenda ini akan berlangsung selama tiga hari di Dewan Sri Budiman UiTM Shah Alam . Tambahan pula , pada 7 dan 8 September pementasan Teater Lagenda ini akan berlangsung pada pukul 8.30pm dan pementasan Teater Lagenda pada 9 September pula akan berlangsung pada pukul 3.00pm dan 8.30pm . Teater Lagenda ini juga merupakan projek penilaian akhir untuk pelajar di semester akhir Diploma Pengurusan Seni dan juga pelajar semester akhir Diploma Seni Lakonan .


Selain itu , Teater Lagenda ini merupakan gabungan empat buah cerita daripada hasil karya Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang diubahsuai dan diberi nafas baru dalam bentuk pementasan pentas . Antara ceritanya ialah , Ibu Mertuaku Episod 1 , Keluarga 69 , Musang Berjanggut dan Ali Baba Bujang Lapok . Untuk maklumat lanjut korang boleh klik Teater Lagenda . Berikut merupakan senarai pakej yang ditawarkan ;

Pakej A : RM 15 per show ( Single )
Pakej B : RM 25 per show ( Couple )
Pakej C : RM 30 per show ( 3 person )
Pakej D : RM 28 all shows ( Single )
Pakej E : RM 28 per show ( Family - 2 Adults + 2 Childs )
Pakej F : RM 8 per show ( Secondary School )



Wednesday, September 5

Samsung Galaxy Note 10.1


Assalamualaikum .

Selamat tiba dirumah selepas menghadiri majlis pelancaran Samsung Galaxy Note 10.1 di Kuala Lumpur Performing Art Centre . Event bermula pada pukul 9.30am tapi sebab aku sesat entah ke mana - mana maka pukul 10.00am baru aku sampai ke destinasi yang sebenar . Well , aku belum ada any gadget yang ala - ala tab sebegini sebab aku tak minat tapi pernah lah try Wadik punya Samsung Galaxy Tab 8.9 . Akan tetapi , selepas mencuba sendiri Samsung Galaxy Note 10.1 di pelancaran pada siang tadi , baru aku bernafsu untuk memilik gadget ini sendiri .


Antara kelebihan Samsung Galaxy Note 10.1 ialah dengan mempunyai S Pen dan Multiscreen untuk memudahkan penggunaya membuat nota , melukis , menulis , menaip , menonton video , membaca dan sebagainya . Berukuran 10.1 inch dan mempunyai dua pilihan warna iaitu Pearl White and Pearl Grey . Selain itu ,  Samsung Galaxy Note 10.1 ini juga mempunyai applikasi S Note . Applikasi ini berfungsi untuk adobe photoshop touch dan S Note ini juga dapat digunakan dalam membuat formula , bentuk , diari , memo dan macam - macam .


Harga pasaran di Malaysia untuk Samsung Galaxy Note 10.1 ialah RM 2199 . Bagi aku sangat berbaloi dengan Efficient Multitasking ( Multiscreen ) , Free and Easy Creation ( S Note ) , Best Solution for Creation ( Adobe Photoshop Touch ) and Powerful Performance ( 1.4GHz Quad Core Processor ) . Tambahan lagi , Samsung Galaxy Note 10.1 ini mempunyai 5 Megapixel auto focus camera berserta HD recording . Thanks to Nuffnang and Samsung for this event !



Sunday, September 2

Are You Good Enough ?


Assalamualaikum .

Lama gila tak buka blog akibat masa yang mencemburui aku . Its okay blog , lepas aku final dan waktu cuti sem nanti hari - hari aku bermanja dengan kau okay ? Okay cut the crap ! So , korang pernah tak rasa macam ni , the moment when you do something for someone and they just leave without even saying " thank you " ? Pernah kan ? Memang lah tak baik kita mengharap balasan daripada orang lain kerana nanti dianggap tak ikhlas tetapi come on ah peeps , orang berbudi kita berbahasa , orang memberi kita menerima . 

Hello ! Wake up ! You're not in the 60's ! This is 2012 weyy ! Make a new resolution can you ? Bukan nak minta balasan dengan segunung emas pun just say THANK YOU . And korang pernah lalui tak situasi sebegini , when you buy something for someone and they just take and smile without saying " thank you " ? Golongan yang macam ni mungkin dorang fikir kita boleh baca isi hati dorang cakap terima kasih tetapi bukan ke lebih manis kalau kita ungkapkan perkataan terima kasih itu dengan jelas dan nyata . 

Why and why and why ? Why peeps ? WHY ? Kenapa susah sangat nak ungkapkan ucapan terima kasih . Just two words but thousand meanings . Dengan ucapan terima kasih , dapat menunjukkan betapa korang menghargai seseorang itu . Tak kira sama ada korang lebih tua atau lebih muda tetapi belajarlah untuk menghargai orang lain dengan membalas kebaikan seseorang itu dengan ucapan terima kasih . Give and take ! Tak perlu malu dan segan untuk mengucapkan terima kasih kepada seseorang bahkan korang akan dipandang tinggi . Believe me friends , just say thank you : )



♥ Designed by ✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ ™ © 2014 | Best view with Google Chrome ♥