Wednesday, September 5

Samsung Galaxy Note 10.1


Assalamualaikum .

Selamat tiba dirumah selepas menghadiri majlis pelancaran Samsung Galaxy Note 10.1 di Kuala Lumpur Performing Art Centre . Event bermula pada pukul 9.30am tapi sebab aku sesat entah ke mana - mana maka pukul 10.00am baru aku sampai ke destinasi yang sebenar . Well , aku belum ada any gadget yang ala - ala tab sebegini sebab aku tak minat tapi pernah lah try Wadik punya Samsung Galaxy Tab 8.9 . Akan tetapi , selepas mencuba sendiri Samsung Galaxy Note 10.1 di pelancaran pada siang tadi , baru aku bernafsu untuk memilik gadget ini sendiri .


Antara kelebihan Samsung Galaxy Note 10.1 ialah dengan mempunyai S Pen dan Multiscreen untuk memudahkan penggunaya membuat nota , melukis , menulis , menaip , menonton video , membaca dan sebagainya . Berukuran 10.1 inch dan mempunyai dua pilihan warna iaitu Pearl White and Pearl Grey . Selain itu ,  Samsung Galaxy Note 10.1 ini juga mempunyai applikasi S Note . Applikasi ini berfungsi untuk adobe photoshop touch dan S Note ini juga dapat digunakan dalam membuat formula , bentuk , diari , memo dan macam - macam .


Harga pasaran di Malaysia untuk Samsung Galaxy Note 10.1 ialah RM 2199 . Bagi aku sangat berbaloi dengan Efficient Multitasking ( Multiscreen ) , Free and Easy Creation ( S Note ) , Best Solution for Creation ( Adobe Photoshop Touch ) and Powerful Performance ( 1.4GHz Quad Core Processor ) . Tambahan lagi , Samsung Galaxy Note 10.1 ini mempunyai 5 Megapixel auto focus camera berserta HD recording . Thanks to Nuffnang and Samsung for this event !



No comments:

♥ Designed by ✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ ™ © 2014 | Best view with Google Chrome ♥