Tuesday, November 19

Career Attack by Talent Corp SFCF


Assalamualaikum .

Pada 12 November yang lepas aku telah menghadiri satu Career Attack dengan kerjasama UiTM dan Talent Corp bertempat di Anjung Seri Budiman UiTM Shah Alam . Anjuran Career Attack ini merupakan kali ke-5 bermula jam 8.30am – 5.00pm pada 12 – 14 November 2013 yang lepas . Bagi aku Career Attack ini dapat membantu para pelajar universiti untuk mencari kerja mahupun ketika LI . 


Tambahan lagi , dengan anjuran Career Attack dapat memudahkan para majikan khususnya dalam sesi temuduga pekerjaan . Selain itu , untuk Career Attack kali ke-5 , sebanyak 73 buah syarikat telah menyertai aktiviti temuduga yang berlangsung selama 3 hari ini manakala sebanyak lebih 3000 jawatan kosong yang ditawarkan . 


Antara syarikat yang melibatkan diri dalam aktiviti ini ialah , PWC , Symphony , AIG , SHELL , Sime Darby , KPMG , IBM , Genting , DiGi , Kimberly-Clark , Xchanging dan banyak lagi . Kalau korang pelajar di semester akhir , aku sangat sarankan untuk korang menghadiri aktiviti sebegini sebab banyak manfaat yang akan korang perolehi . Untuk tidak terlepas peluang daripada aktiviti yang macam ni , korang boleh LIKE Facebook SFCF ;


* Sponsored Post



No comments:

♥ Designed by ✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ ™ © 2014 | Best view with Google Chrome ♥