Thursday, December 27

December .

Assalamualaikum .

Berkurun lama aku tak sentuh langsung blog . Bukan tak rindu tapi masa lebih mencemburui aku . Ececeyy ! Seperti biasa la aku sibuk dengan puluhan assessment yang tak pernah dan tak mungkin habis selagi aku bergelar seorang pelajar . Ini pun aku masih ada dua lagi assignment yang perlu disiapkan sebelum exam ! Next week dah study week dan itu makanya December 2012 pun bakal bersauh tak lama lagi .


Aktiviti pertama yang aku lakukan di bulan December ialah mendaki Broga Hills di Semenyih Selangor . Ini merupakan salah satu cara untuk aku release tension selain abseiling dan climbing . Sebab bila dah sampai puncak , aku akan rasa "I'm proud to be who I am." Dengan kata lain , aku akan rasa kepuasan yang sangat maximum la . Kepuasan yang takkan aku dapat bila aku di bawah . Heh :/  If you know what I mean . 

Korang yang tak pernah mendaki Broga Hills sila la pergi mendaki . Bagus untuk kesihatan dan dapat membakar segala lemak korang tu .  Tambahan lagi , ianya bagus untuk membina stamina . Ohh , siapa yang drive kereta kena bayar tiket parking sebanyak RM2 . Time aku pergi ni , aku dapat tengok matahari terbit . Dan aku harap next time aku dapat tengok view matahari tenggelam pula :)


Kemudian , aktiviti December aku diteruskan lagi dengan beriadah bersama budak batch aku dan ditemani oleh lecturer law of contract kesayangan kitaorang iaitu Madam Hamidah ! Tapi sebenarnya budak batch aku tak ada la sikit macam gambar dekat atas ni plus batch aku antara batch yang teramai untuk course law tapi dek kerana riadah di waktu pagi so faham faham la yaaaa . 

Oh well , aktiviti ini diadakan di Taman Tasik Shah Alam . Parking dia free nak masuk pun free everything la free just korang sahaja yang perlu rajin datang ke situ . Kalau korang berjaya pusing seluruh taman tasik tu , bersamaan 10,000 langkah korang melangkah . Hah , hebat tak hebat !


Dan weekend lepas aku pulang ke kampung untuk menghadiri majlis kenduri sedara mama . Really excited macam lembu masuk sawah . K peribahasa rekaan semata mata -,- Weekend ni pula bakal bermulanya sesi menelaah buku untuk persiapan exam . Januari sila menjelang dengan lajuuuuu ! Aku dah tak sabar nak pergi ronggeng dengan family , Wadik , dan budak batch ! Walaweyyyy ! Nanti free aku update pula pasal rakaman iklan DiGi bersama Lisa Surihani  !



No comments:

♥ Designed by ✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ ™ © 2014 | Best view with Google Chrome ♥