Friday, November 16

Awana Genting Long House (PART 2) !



Assalamualaikum . 

Selepas bertungkus lumus menghabiskan Treasure Hunt , kitaorang dinner di Pasar Ikan Bakar dan walaupun ini merupakan kali ketiga aku dinner dekat sini but still awesome gila belacan lagi rasa masakannya . Chef - chef dia memang superB bak hanggg ! Kalau korang nak tahu dengan lebih jelas mengenai Pasar Ikan Bakar ni , korang boleh klik sini untuk mengetahui maklumat lanjut . Kitaorang pun makan la dengan keterujaan dan keasyikannya sambil bermain indoor game ! Sekali lagi , team aku THRILLER menang indoor game tersebut so kitaorang dapat tiket menonton Freeze 2 !


Selesai dinner , kitaorang ada blogger conference dengan Ernest Ng dari Dontlikethatbro.blogspot.com dan Abang Nara dari Beautifulnara.com . Ernest dan Abang Nara menceritakan pengalaman dorang dalam dunia blog . Ehh , korang patut terjah tau blog Ernest sebab sangat fun ! Kalau stress belajar atau jiwa koyak rabak dalam percintaan memang terapi yang bagus untuk usha blog Ernest sebab 90% jalan cerita komik dia tu memang real dan happening gila puaka ! Kalau nak jadi Kiah kepoh dunia artis pula korang boleh la lawat blog Abang Nara yang panas dan sensasi dengan pelbagai cerita artis dalam mahupun luar negara !



Walaweyy ! Aku suka sesi bagi hadiah bagai ni dan tipu la kalau korang pun tak suka kan ! So aku nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada Nuffnang dan Resorts World Genting sebab alhamdulillah aku menang besar malam tuuuu ! LOLOLOL : ) Hah itu yang dinamakan , tuah ayam nampak di kaki tuah manusia kau tauuuuu ? Habis penyampaian hadiah dan lucky draw ada starlight cinema Scary Movie , tapi aku tengok dalam 15 minit yang pertama sahaja sebab mata dah kebil - kebil nak tutup . Oh yeah , antara hadiah yang aku kaut malam tu ialah :


* 6 x SnowWorld
* 6 x Freeze 2
* 4 x Sky Venture
* 2 x Theme Park
* 2D1N @ WorldClub Room First World Hotel

* P / S : Nantikan sambungan untuk Part 3 pula yeah uolsss !



No comments:

♥ Designed by ✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ ™ © 2014 | Best view with Google Chrome ♥