Monday, August 13

Lion Dance !


Assalamualaikum .

Hi peeps and good morning Monday ! Entry kali ini adalah kesinambungan daripada entry New York Hotel . Believe me , tarian singa ini telah wujud di Malaysia since 1998 lagi . Dan yang lebih membanggakan , kumpulan tarian singa daripada Malaysia ini merupakan ranking pertama di DUNIA . I repeat , di ranking pertama DUNIA . When I heard this from Mr. Tan Chong Hing (chairman) , I was like SERIOUSLY ? ? ? Why so hebat meyh until negara - negara lain seperti China dan Hong Kong pun kalah .


You know why this group superB amazing ? Ini kerana , setiap kali latihan dijalankan , mereka akan berlatih seperti dalam competition tau . Dari mula sehinggalah akhir mereka memang berlatih dengan serius dan akan dipantau oleh Mr. Loo Poi Giap . Macam dalam gambar diatas , palang pink itu merupakan skema di dalam pertandingan untuk Resorts World Genting manakala warna kuning itu pula skema di dalam pertandingan peringkat Asia .


Sebelum mereka ini dilatih untuk membuat pergerakkan , mereka akan melihat dulu keupayaan dan cara kucing berjalan . Kemudian , mereka akan biasakan diri dengan berlatih di palang - palang yang rendah tanpa menggunakan costume Singa dan selepas itu baru mereka akan berlatih di palang - palang mengikut skema yang telah ditetapkan . Dan jangan terkejut di dalam kumpulan ini , terdapat dua anak muda Melayu yang sangat hebat dalam tarian singa ini . Sangat menggagumkan !


Kumpulan ini juga sangat bertuah sebab Mr. Tan Chong Hing (chairman) telah berkecimpung dalam dunia tarian singa ini selama 24 tahun . Pengalaman yang diperolehinya begitu mendewasakan kumpulan ini . Kalau ditanya pada setiap ahli kumpulan tetang luka dan kemalangan ketika latihan mahupun pertandingan , masing - masing menjawab mereka tidak serik untuk terus berlatih dan bertanding . I really really hope , kumpulan ini akan terus membawa nama Malaysia di persada dunia dan terima kasih kepada Nuffnang dan Resorts World Genting for this memorable trip ! : )



No comments:

♥ Designed by ✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ ™ © 2014 | Best view with Google Chrome ♥