Wednesday, July 17

Azam Raya Bersama Watsons !


Assalamualaikum .

Pada 4 Julai yang lepas bertempat di Al - Amar Lebanese Cuisine , Pavillion Kuala Lumpur satu pelancaran oleh Watsons telah diadakan . Majlis pelancaran ini diadakan bagi melancarkan satu kempen yang unik ‘Look Good , Feel Great’ dan juga dikenali sebagai Azam Raya Bersama Watsons . Kempen ini akan berlangsung di Facebook Page Watsons dan Faizal Tahir ialah duta untuk kempen Azam Raya Bersama Watsons . Selain itu , Faizal Tahir juga turut mencipta satu lagu Raya bersempena dengan kempen ini .


Setiap penyertaan akan menerima RM5 baucer kecantikan dan seorang peserta yang bertuah dalam kempen ini akan ditaja penuh oleh Watsons untuk rumah terbuka yang akan berlangsung di rumah pemenang bertuah tersebut . So korang , buat lah azam raya sekreatif dan sebagus yang boleh kalau nak Watsons taja rumah terbuka korang ! Tambahan lagi , Faizal Tahir juga akan turut hadir ke rumah terbuka pemenang yang bertuah itu .


Watsons juga akan mengadakan Raya Sale yang berlangsung pada 18 Julai 2013 – 2 September 2013 di semua Watsons Semenanjung Malaysia manakala 25 Julai 2013 – 9 September 2013 di Watsons Sabah dan Sarawak . Bukan itu saja , tetapi setiap pelanggan yang berbelanja RM30 dan ke atas dari barangan Watsons boleh mendapatkan tiket untuk Watsons Hari Raya Celebration bersama Faizal Tahir pada 6 September 2013 di Plaza Angsana , Johor Bahru .


Semasa majlis pelancaran pada tempoh hari , Director of Marketing and Business of Watsons Personal Care Stores , Jessica Ng menyatakan kempen baru Azam Raya Bersama Watsons ini dilakukan bertujuan untuk menghargai semua pelanggan Watsons . Tambahan pula , Faizal Tahir akan menciptakan satu lagu Raya untuk kempen ini dan liriknya adalah berdasarkan daripada Azam yang ditulis oleh seorang pemenang bertuah dalam kempen ini .


Kempen Azam Raya Bersama Watsons ini akan berlangsung dari 18 Julai 2013 sehingga Raya . Lagu Raya yang dicipta ini juga bakal menemui pendengar sebelum Hari Raya baik di TV , Radio , YouTube mahupun di Facebook Page Watsons . Bersempena dengan bulan Ramadhan , Watson juga akan melancarkan promosi dalam produk penjagaan kulit , kecantikan dan kesihatan . Kalau korang nak join Azam Raya Bersama Watsons yang awesome ini , boleh klik ;

Watsons Malaysia

Sponsored Post



Wednesday, July 3

Something That I Can Confess . .


Assalamualaikum .

Dengan apa yang aku lalui ,
aku lebih mengerti erti persahabatan , erti setiap pertemuan .
Mungkin susah untuk aku ungkapkan . 
Tapi satu hal aku pasti . 
Allah mahu aku berubah . 
Allah sedang menguji aku untuk lebih dekat dengan Dia . 
Mungkin ini cara doa aku dimakbulkan .
Biarpun perit dan tangisan menemani , aku masih ada mereka . 

Aku bersyukur .
Walaupun ujian ini tidak mudah untuk aku lalui ,
Aku belajar untuk berfikir sebelum mengata orang .
Aku belajar untuk bersabar bila dikeji dan dicaci .
Aku belajar untuk tidak membalas dendam terhadap drama manusia .

Tanpa aku sedari .
Apa aku lalui tidak seberat Nabi Muhammad saw .
Baginda tidak pernah berniat jahat atas mereka yang buat buruk kepadanya .
Bahkan Baginda sedekahkan doa kepada mereka. Baginda tanamkan rasa sabar .

Jadi siapa lah aku untuk menghukum manusia .
Mungkin ramai masih belum mengerti .

Erti kesabaran . Erti sayang . Erti ikhlas . Erti kuat .
Bukan semua tahu cerita aku .
Bukan aku mahu melelong cerita .

Aku cuma pinta doa agar aku teguh begini .
Bagi mereka yang pernah aku sakiti .
Maafkan aku. Aku tidak sempurna .
Aku tidak dapat lari daripada kesilapan .

Sama-sama kita belajar daripada kesilapan kita .

In Shaa Allah .
Allah telah menetapkan semua .




♥ Designed by ✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ ™ © 2014 | Best view with Google Chrome ♥