Wednesday, July 25

Mountain of Food Explorace 2.0 (PART 3)



Assalamualaikum .

I'm REALLY REALLY REALLY busy with my life . Like seriously banyak benda yang sangat tidak terurus plus next week midterm so macam biasa budak law selain kena menelaah buku - buku dan akta - akta , sesi membaca dan mengkaji all the cases juga perlu dilakukan . Sangat messy okay ! If you know what I feel : (




Even though MoFE 2.0 dah selesai dengan jayanya so this is the last entry about that dan kesinambungan untuk entry yang sebelum ini . Pada pagi hari Khamis yang lepas , kitaorang bergerak untuk turun ke Awana Genting Highlands bagi meneruskan lagi cabaran yang belum diselesaikan . Cabaran pertama yang perlu kitaorang lakukan di Awana Genting Highlands ialah Jungle Trekking !




Guess what , selepas mengharungi 1.8KM kitaorang pun selesai melaksanakan cabaran Jungle Trekking . Kalau nak dibandingkan dengan Jungle Trekking pada trip yang lepas , confirm lah Jungle Trekking kali ini lebih mudah sebab hanya perlu mengharungi 1.8KM . Gambar diatas ini pula sesi membuang pacat dan membersihkan percikan darah pada kaki .




Selepas Jungle Trekking , kitaorang semua diminta untuk berjalan pulang menuju ke Awana Genting Highlands untuk menikmati makan tengah hari di Rajawali Restaurant . Dan yang menarik , di Awana Genting Highlands kitaorang dapat menginap di suite dan seperti biasa , satu suite satu orang . Suite dia besar tahap puaka , yang ala - ala orang honey - moon - sun gitu complete dengan dapur dan ruang tamu bagai walaweyy .



Abseiling ini merupakan cabaran yang terakhir . Selesai sahaja cabaran ini kitaorang diminta untuk pulang ke Awana Genting Highlands bagi menyiapkan diri sebelum majlis penutup yang berlangsung di Pasar Ikan Bakar . Thanksssssss a lot to Nuffnang and Resorts World Genting for this joyful explorace !



Wednesday, July 18

Mountain of Food Explorace 2.0 (PART 2)




Assalamualaikum .

Seawal pagi lagi kitaorang semua telah berkumpul di The WorldClub Lounge untuk cabaran yang pertama +  bersarapan . The WorldClub Lounge ini terletak di tingkat 28 Tower 2 First World Hotel . Makanan yang disediakan sungguh sedap dan enak sehingga terkebil biji mata dibuatnya . 


Di cabaran yang kedua , kitaorang semua di minta untuk menyediakan makanan yang bertenaga berdasarkan makanan yang berada di dalam The WorldClub Lounge .


Cabaran yang ketiga , kitaorang diwajibkan untuk mencari kedai Travel for All untuk mendapatkan petunjuk yang seterusnya . Kemudian , kitaorang diminta untuk mengisi dua tempat kosong berpandukan dengan jenama yang terdapat di dalam kedai Travel for All dan selepas itu kitaorang perlu menangkap gambar dengan menggayakan jacket tersebut . Terima kasih untuk Travel fo All sebab bagi kitaorang jacket FREE !


Kemudian , kitaorang berhenti seketika untuk menikmati makan tengah hari di Coffee Terrace . Cabaran yang seterusnya bermula pada pukul 1pm . Kitaorang diminta untuk meneka makanan yang dilukis oleh seorang daripada ahli kumpulan dan seorang lagi perlu meneka dengan tepat so untuk kumpulan aku ialah MEE UDANG ! Macam dalam gambar dekat atas ni , kitaorang perlu makan sepantas Lamborghini bagi mendapatkan petunjuk yang seterusnya .


Cabaran yang seterusnya ialah , kitaorang perlu mencari sendiri penunjuk yang telah disorok dan bergambar seperti seorang super model . 








Yang beribu - riban gambar ni pula ialah , cabaran yang perlu dilaksanakan di dalam Theme Park . Majoritinya , kitaorang dikehendaki bermain permainan tersebut seperti , space shot , pirates , roller coaster dan sebagainya dan selepas itu kitaorang perlu menangkap gambar .


Okay ni cabaran terakhir untuk hari ini . Kitaorang perlu mencari Oprah di Chin Swee Temple . Percaya atau tidak aku lari naik Pagoda yang tinggi tahap puaka tu last - last Oprah tak ada pun . Haih nasib - nasib . Selepas semua kumpulan dapat mencari Oprah , kitaorang terus bergerak untuk dinner !


Gambar di atas ini merupakan koleksi petunjuk aku untuk cabaran hari ini . Nampak tak t - shirt dan jeans yang sangat superB tu ? Semuanya telah disponsor oleh Wrangler . Dan gambar yang sangat berkualiti ini pula disebabkan menggunakan camera daripada FujiFilm . Thanks a lot ya ! Cabaran seterusnya di dalam hutan ? Tunggu dan baca untuk part yang seterusnya !



Mountain of Food Explorace 2.0 (PART 1)


Assalamualaikum .

Seperti yang telah dikhabarkan di dalam entry Intro MoFE 2.0 yang lepas , tepat pukul 6 pm pada tanggal 17 Julai 2012 aku telah selamat dengan jayanya meng - check - in di First World Hotel dengan tahap keterujaanya yang berada di tahap dua - puluh - lapan - tingkat weyy ! If you know what I mean : )




One room one person ! Walaweyy , bapak heaven doh . Boleh berendam dalam tab mandi dengan penuh aman dan selesa sambil menikmati buih - buih yang wangi lagi harum bak haruman daun limau purut . Untuk event kali ni aku ditempatkan di Standard Room tapi view dari bilik aku sangat AWESOME okay !



Pada sebelah malam pula , bertempat di Hotel Genting kitaorang semua diminta untuk berkumpul bagi sesi pemilihan ahli kumpulan . Setiap kumpulan mempunyai dua orang ahli . Seperti dalam gambar diatas aku ditempatkan di dalam kumpulan lapan bersama - sama dengan Iniez yang datang dari Indonesia . Iniez ni sangat tinggi ohh : O Selepas selesai dengan pembahagian ahli kumpulan , kitaorang diberi peluang untuk menonton FREEZE secara percuma ! Tunggu kesinambungan untuk part yang seterusnya alright !
  


Monday, July 16

Mountain of Food Explorace 2.0


Assalamualaikum .

Dek kerana mid - term sudah semakin hampir *ticktockticktock , maka bila ada masa yang betul - betul terluang baru dapat meng - update entry ! So guys , this is about Mountain of Food Explorace ( MoFE 2.0 ) . Mountain of Food Explorace ( MoFE 2.0 ) ini dilancarkan bagi memberi peluang kepada para bloggers , media dan pengunjung bertuah Resorts World Genting untuk turut serta dalam aktiviti ini sebagai tanda penghargaan daripada Resorts World Genting . 


Dan yang menarik , pada tahun ini MoFE 2.0 bukan sahaja disertai oleh peserta dari Malaysia malah peserta dari Negara China dan Indonesia juga turut menyertai bagi memeriahkan lagi MoFE 2.0 . MoFE 2.0 ini akan berlangsung selama 4 hari 3 malam di Genting Highlands bermula dari 17 Julai 2012 sehingga 20 Julai 2012 .  So kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut tentang perjalanan MoFE 2.0 ini , just wait and see for my entry sebab aku akan menyertai event yang superB ini ! Wish me luck okayyy ! : )



Monday, July 9

DiGi Juara Internet


Assalamualaikum .

Pada Sabtu yang lepas bertempat di The Curve Mutiara Damansara telah berlangsung satu event untuk DiGi Juara Internet . Event ini bermula seawal pukul 11am dan terbuka untuk orang ramai , tapi disebabkan aku pergi ke sana atas tiket DiGi Juara Internet Blogger Exclusive Challenge maka pukul 3pm baru aku sampai ke destinasi yang dituju .


Team Save Ean

VS

Team Save JJ


Actually event DiGi Juara Internet ni macam 2 in 1 sebab Hitz FM pun ada buat event dan disokong penuh oleh DiGi tapi dalam masa yang sama DiGi juga mengadakan promosi besar - besaran sebanyak 90% kepada para pelanggan yang mendaftar bermula dari 2 Julai sehingga 2 September 2012 dengan plan internet yang ditawarkan oleh DiGi untuk smartphone . Sebaik sampai kitaorang dibahagikan kepada dua kumpulan secara rawak . Aku dimasukkan ke dalam Team Save JJ .


Setiap ahli kumpulan dikehendaki untuk bermain tendangan berapi melalui Samsung Tab . Bunyi macam senang tahap dewa donald duck , tetapi belum cuba belum tahu kan ? Sudah suratan dan takdir kumpulan aku kalah , maka byebye Samsung S Advance , hello Hitz FM t - shirt . Sobs sobs . Sudah jatuh ditimpa tangga lebih tragis bila kena gelek dengan trailer dua - puluh - lapan - tan dek kerana walaupun t - shirt saiz S tapi ukurannya memang Wadik jela yang muat untuk pakai =,=


But ! I had so fun even though I lost because JJ Hitz Fm's very friendly ! So habis sahaja game seperti biasa , kalau dah menjejakkan kaki ke The Curve Mutiara Damansara tak lengkap kalau tak berkunjung ke kiosk Tudung Aidijuma - Cetusan IDea Datin Norjuma untuk memborong tudung . Again , thank you Nuffnang and DiGi for this superB event !



Sunday, July 8

MTV World Stage: Live in Malaysia 2012 !


Assalamualaikum .

Kalau tahun lepas sambutan MTV World Stage sangatsangat hangat macam jual cekodok panas , tahun ini sekali lagi akan diadakan MTV World Stage: Live in Malaysia 2012 bertempat di Surf Beach @ Sunway Lagoon pada 14 Julai 2012 dan shows akan bermula tepat pukul 6.15pm !

Kalau tahun lepas kita ada 30 Seconds to Mars , Pop Shuvit , Neon Trees and  Beast tetapi tahun ini MTV World Stage membawakan khas untuk rakyat Malaysia khususnya seperti Justin Bieber , Jay Park  , K - Pop queens Kara dan artis kebanggaan rakyat Malaysia Mizz Nina ! *clapclap*

 

Dan yang paling menarik Xpax sangat bermurah hati untuk memberikan tiket MTV World Stage secara PERCUMA dengan hanya beberapa langkah sahaja ! Terdapat tiga cara untuk korang memenangi tiket ini dan tolong ikuti langkah ini dengan tertib ya kawan - kawan : )

CARA PERTAMA : PREPAID

First , korang kena register dengan menaip MTV dan hantar ke 28881 . Selepas korang dapat pengesahan pendaftaran  korang kena reload sekurang - kurangnya RM60 atau lebih untuk mendapatkan dua tiket percuma ! Untuk satu nombor hanya limit dua tiket dan korang kena register dan reload sebelum 10 Julai 2012 . Korang akan tebus mobile voucher tu pada 12 Julai 2012 dan seperti biasa first come , first serve basis .

CARA KEDUA : FACEBOOK

Mula - mula korang kena like dulu fan - pages Xpax | UOX | SOX dan click button " Time to Muxic " dekat Facebook App . Bermula dari 26 Jun 2012 sehingga hari ini , iaitu 8 Julai 2012 korang kena sebarkan tentang MTV World Stage dekat kawan  - kawan korang sebanyak yang mungkin sebab lebih banyak korang share dengan kawan - kawan , maka lebih banyak points yang korang akan dapat . Points yang akan korang dapat tu pula akan menentukan kedudukan korang dalam carta " Time to Muxic " .

Sebab hanya 25 orang yang menduduki di carta yang teratas akan memperolehi empat tiket percuma untuk ke MTV World Stage ! Seterusnya pada 14 Julai 2012 , korang kena log on dekat Time To Muxic dengan menggunakan telefon korang untuk check - in dan jangan lupa untuk tag gambar MTV World Stage melalui account Facebook korang untuk mendapatkan points yang membolehkan korang memenangi party selepas  MTV World Stage . Untuk sepuluh fans yang berjaya mendapat points yang tertinggi akan memenangi exclusive pass !

CARA KETIGA : THE CUBE

Cara ketiga ni memang superB sebab korang bukan sahaja boleh mendapatkan tiket MTV World Stage bahkan korang boleh berjumpa dengan Justin Bieber secara face to face ! Korang cuma perlu download dengan mendail *888*99# atau *888# dan select MTV World Stage 2012 . Untuk mendapatkan tiket MTV World Stage pula , korang perlu download lagu - lagu yang terpilih sahaja tak kira sama ada Call Me Tones , True Tones atau Full Songs .
  • Untuk download Call Me Tones: Dial *888* <CODE># tekan call
  • Untuk download True Tones: Send IT <space> song code to 21308
  • Untuk download Full Songs:  Send FS <space> song code to 21308

* P / S : Good luck everyone !



Thursday, July 5

Genting World Lion Dance !


Assalamualaikum .

Pada 28 Jun 2012 yang lepas satu lagi press conference oleh Genting Malaysia Berhad telah berlangsung di Restoran Saloma . Press conference tersebut bertujuan bagi melancarkan Genting World Lion Dance Championship yang akan berlangsung selama tiga hari iaitu dari 20 sehingga 22 Julai 2012 .


Seramai 29 buah kumpulan yang akan mengambil bahagian di dalam Genting World Lion Dance Championship pada tahun ini dan mereka  terdiri dari negara Malaysia , Singapore , Indonesia , Thailand , Myanmar , Brunei , China , Hong Kong , Macau , Chinese Taipei , Japan , USA , Australia dan United Kingdom .


Hadiah yang ditawarkan kepada para pemenang sangat lumayan ! Pemenang utama akan memperolehi wang tunai sebanyak USD10,000 beserta dengan medal dan trophy . Seterusnya , pemenang ditempat pertama akan mendapat wang tunai sebanyak USD6,000 manakala USD3,000 untuk pemenang ditempat yang kedua juga beserta dengan medal dan trophy . Kepada tujuh kumpulan lain yang berjaya masuk ke peringkat akhir akan menerima wang tunai USD1,000 beserta trophy .


Genting World Lion Dance Championship pada tahun ini ditaja sepenuhnya oleh Resorts World Genting , Selangor & Federal Territory Lion & Dragon Dance Association , minuman rasmi oleh Vitagen dan airlines rasmi ialah KLM ( Royal Dutch Airline ) . Preliminary rounds akan berlangsung dari pukul 1pm - 9pm pada 20 - 21 Julai 2012 . Pusingan akhir pula akan berlangsung dari 1pm - 6pm pada 22 Julai 2012 . Tiket boleh didapati daripada I - Kiosks yang terletak di sekitar resort .

HARGA TIKET :
  1. PS1 : RM80 ( Adults | Children )
  2. PS2 : RM50 ( Adults | Children )
* P / S : Thank you to Nuffnang and Resorts World Genting for this great event ! : )



Wednesday, July 4

Genting International Magic Festival 2012 !




Assalamualaikum .

27 June 2012 yang lepas satu press conference sempena dengan International Magic Festival 2012 telah berlangsung di Awana Genting Highlands . Tepat pukul 12pm aku , Daniel Chaim dan Wendy Pua berserta dengan para media yang lain berkumpul di depan Wisma Genting Jalan Raja Chulan untuk menaiki bas yang disediakan menuju ke  Resort World Genting Higlands .




Sebaik tiba di Awana Genting Highlands , kitaorang dibawa ke Coffee Terrace Restaurant untuk menikmati hidangan tengah hari . Selepas itu , perasmian telah dilaksanakan oleh Dato Anthony Yeo ( Senior Vice President of Public Relations & Communications , Genting Malaysia Berhad ) dan persembahan pembukaan dilakukan oleh dua orang magician yang handal iaitu Baby Ning dan JC Sum .




Acara diteruskan lagi dengan sesi soal jawab oleh para media mengenai festival magic ini . Festival magic pada tahun ini dibahagikan kepada tiga kategori . Kategori yang pertama ialah International Buskers yang berlangsung dari 12pm ke atas pada setiap hari di antara 1 Ogos - 15 Ogos 2012 dan bertempat di Resorts - Wide dan dihadiri oleh para magician di seluruh dunia . 

Kategori seterusnya ialah International Magic Factory yang akan bermula dari 15 Ogos - 2 September 2012 dan berlangsung pada pukul 10am ke atas di Universal Walk , First World Plaza . Kategori ini melibatkan beberapa magician dari lapan buah negara . Dalam masa yang sama , di Pentas Time Square juga terdapat magic booth demostration untuk hadirin yang berkunjung ke Genting Highlands .

Kategori yang terakhir dan superB ialah Superstars of Magic 2 . Antara magician yang terkenal untuk turut serta dalam Superstars of Magic 2 ialah Dean Gunnarson , JC Sum and Baby Ning , Charlie Frye and Co , Christian Lindeman , Chipper Lowell , Nestor Hato , Sos and Victoria Petrosyan + Sos and Tigran Junior ! Percayalah , kesemua magician ini dapat memukau para penonton dengan aksi - aksi hebat yang bakal dipertontonkan oleh mereka .

Superstars of Magic 2 mempunyai sebanyak 23 show yang akan ditayangkan pada 18 Ogos - 9 September 2012 . Dan yang menarik , Superstar of Magic 2 ini akan berlangsung di Genting International Showroom , itu makanya korang dapat menonton persembahan magic ini dengan kadar yang sangat selesa ! Aku sarankan korang kumpul duit daripada sekarang so nanti korang takkan menyesal sebab tak dapat beli tiket dia yang sangat COOL dan laris macam pisang goreng yang dijual di tepi jalan . LOL !

HARGA TIKET :
  1. VIP : a ) Adults RM250 | b) Children RM100
  2. PS1 : a) Adults RM130 | b) Children RM65
  3. PS2 : a) Adults RM90 | b) Children RM45
  4. PS3 : a) Adults RM60 | b) Children RM30



Sekitar pukul 5pm kitaorang bergegas menuju ke bas untuk pulang ke Wisma Genting Jalan Raja Chulan . Kalau tiada aral melintang , I'll go to Superstars of Magic 2 sebab time tu dah lepas raya tapi wajib pergi before September because my final sem is around the corner ! So again , thank you so much to Nuffnang and Resort World Genting for this valuable event : )



♥ Designed by ✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ ™ © 2014 | Best view with Google Chrome ♥