Wednesday, March 12

PAMELA , Precious By Jovian Mandagie


Assalamualaikum .

Alhamdulillah , pada Jumaat yang lepas aku dengan rasminya berjaya menamatkan semester 4 dengan menduduki exam Law of Tort zzzzzz . So sekarang aku tengah cuti semester selama 2 minggu ! Aku bukan nak bercerita pasal exam sebab exam pun dah habis so yang tinggal hanya berdoa dan memohon padaNya untuk result yang cun melecun amin amin : ) Cuti 2 minggu memang dah plan macam macam since parents aku busy plus Wadik pun busy dengan rugby la gym la kenduri la apa la but mostly plan aku untuk food hunting saja . 

Sebenar - benarnya niat aku nak tulis entry ni sebab aku nak membebel pasal dinner Bachelor of Law and Commerce yang diadakan pada 3 minggu yang lepas . Iya iya aku tahu dah berkurun lama berdekad bertingkat - tingkat tapi nak buat macam mana sekarang baru free tahap zombie -,- So dipendekkan cerita dinner tu telah diadakan di sebuah hotel di Seksyen 13 Shah Alam dengan bertemakan Glamour Night . At first tema dia Suit and Tie tapi nampak sangat biasnyakan so ditukarkan kepada Glamour Night . Celah mana yang glamournya aku pun tak tahu haha .


Dinner kali ni aku bersemangat nak ikut tema sebab course aku memang rare gila nak buat dinner bagai sebab yang wajib setiap semester buat visit pasal law sekawan saja macam pergi visit Palace of Justice , Jabatan Peguam , Jabatan Kastam , Jabatan Polis , Istana Negara , Sirim , Jabatan Perdana Menteri , Parlimen dan banyak la lagi so tetiba buat dinner yang dah bertahun lama tak buat rasa excited la juga . Kalau tak setiap kali gather dengan kekawan law mesti dari atas sampai bawah hitam putih hitam putih hitam putih tengok kawan sendiri pun dah bosan hahaha .

Time dinner tu aku dapat la tengok kekawan law melaram warna warni penuh riang ria hari raya sikit . Ceria la juga xdela hitam putih taik cicak sighhh . Nampak tajuk entry dekat atas tu ? Haa tula nama dress aku . PAMELA untuk collection Precious By Jovian Mandagie . Aku beli dress ni direct dekat butik JM di Bangsar sebab dari Shah Alam ke Bangsar dekat sajaaa . Tapi kalau korang nak beli melalui online atau korang duduk jauh dari Bangsar korang boleh beli dekat POPLOOK . Sekarang dia on sale so untung la kalau korang nak beli sebab time aku beli PAMELA ni harga dia RM320 but worth to buy ! 


Sedih juga sebab aku nak beli PAMELA in pink color tapi size XS dah habis but I've no choice so aku pun dengan pasrahnya beli la juga warna hitam . Kalau tak silap ni koleksi JM yang ketiga untuk aku dan akan bertambah banyak since JM nak buka store dekat Shah Alam haha makin broke to drop la aku jawabnya . Aku memang suka semua design JM sebab aku selesa bila pakai dan cutting size XS dia memang ngam ngam dekat badan aku so tak payah nak hantar tailor untuk alter . Tudung seperti biasa dulu kini dan selamanya bawal Aidijuma sebab HQ dia dekat Bukit Jelutong so memang dekat je dengan rumah aku drive kereta 10 minit dah sampai .

Alright , nanti ada masa dan ada cerita lain untuk aku bebelkan aku tulis la entry . Ada orang tanya account Twitter dah delete account Blog tak nak delete ke so aku jawab sini jela eh , in shaa Allah takkan delete sebab menulis blog antara hobi aku dan verangan verangannn pula passion aku lol . Boys and girls , I think everybody knows that the plane ( MH370 ) is not found yet . So let's pray for all the passengers and their family . Ya Allah , may Allah protect 'em and everyone will be fine . Keep praying peeps . Gtg ! 



Thursday, February 13

2 0 1 4 !


Assalamualaikum .

WOHOAAA lama gila tak update blog . Rindu nak pergi event Nuffnang , rindu nak pergi premiere screening , rindu semuaaaa ! Dek kerana kekangan masa maka aku terpaksa buat kerja mengikut priority gitu : ) Almost 4 years being staying in the roller coaster of a relationship with Wadik dan rasanya ni first time aku tak buat entry birthday dia haha . Sorry brahh but sokay you'll always be my fav man cehhh !

Nampak tak betapa sibuknya kehidupan aku . Cukup cukup sudah , cukup sampai disini saja *suara vocalist Nirwana Band* aku bukan nak cerita pasal tu tapi aku nak cerita pasal event untuk project subject PPIM yang buat aku jadi onggila tahap Banjaran Alps bleergh -,- Mana tak onggila aku ni asyik dok wat lek wat peace bila 2 hari sebelum kejadian baru insaf mula nak gelabah . So Hanis Nasuha zzzzzzz


So dipendekkan cerita pada Isnin yang lepas dan bertempat di Chancellor Hall , telah diadakan dinner yang perghh bapak punya grand sampai buat aku jadi onggila heh : / Aku jadi onggila sebab student dalam kelas PPIM tu ada 70 orang je tapi nak kena organize dinner untuk satu faculty dan umum tahu faculty aku la faculty palinggg besar dekat MSU . Bertemakan International Night so aku pun pakai la baju ikut suka hati jiwa raga dan perasaan aku tak payah nak over ikut tema sangat please haha .

Since ramai sangat yang tanya dekat mana aku beli baju tu so korang boleh search dekat Instagram atau Facebook - Mazlianul Maznan . Tapi dia lebih aktif dekat Instagram so sila follow sekarang ! Korang akan dapat tengok semua baju - baju yang simple yet elegant dan yang paling penting very reasonable . Aku memang dah lama beli baju tu tapi tak pernah sekali pun pakai bak kata orang , menang - membeli - kalah - memakai - dan - suka - membazir - amalan - setooooon . 

Kain tu pula aku beli songket dari Terengganu . Aku memang pencinta songket dari dulu kini dan selamanya so every year pergi Terengganu mesti beli songket , Batik tak beli pun aku tak heran haha . Sebab bagi aku songket ni satu benda yang sangat klasik dan penuh dengan seni gituuu . Ohh tudung tu bukan shawl atau halfmoon shawl atau quarterstar shawl atau seumpama dengannya , tu tudung bawal dari Aidijuma 


Oh yeah , sebelum aku lupa aku dah deactivate account Twitter almost one month sebab aku rasa bosan + tiada kepentingan + dah nak masuk 21 + dah nak kahwin ehh hahaha . Niat dihati nak deactivate Facebook juga tapi sebab Law and Commerce Society group ada dalam tu so susah la aku nak gain information kalau deactivate . Aku setia dengan Facebook demi group tu je kalau tak aku dah krikk krikk . Tapi aku masih wujud dalam Instagram sebab senang nak shopping . Heh motif sangat : | Korang boleh search hanisnasuha_ nanti muncul la account aku lol

Nanti sampai seru sampai masa ada jodoh aku buat la semula account Twitter kalau aku masih bernafsu la . Okay dah banyak sangat merepek ni haihh ! Kalau aku rajin dan ada masa nanti aku update entry pasal Bachelor of Law and Commerce punya dinner pula yang akan berlangsung esok weyy . Havoc iolss , dalam seminggu sampai 2 dinner aku attend  : ) Gtg !



♥ Designed by ✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ ™ © 2014 | Best view with Google Chrome ♥