Sunday, November 18

Samsung GALAXY Note II Smart School !


Assalamualaikum .

Since esok semester baru akan bermula maka aku akan kembali busy mengalahkan Barack Obama *sighhh* . What do you expect , law student kalau study 25 jam sehari siang malam siang malam pun belum tentu dapat A solid . K , merepek -,- Semalam aku pergi bengkel Samsung GALAXY Note II dekat Mid Valley , serius teruja sebab aku memang dah jatuh cinta pandang ke berapa entah dengan Samsung GALAXY Note II . Time aku pergi launch dia still macam so - so sahaja perasaan tapi bila makin banyak aku post entry pasal Samsung GALAXY Note II , makin melting aku dengan tahap awesome function dia weyy !

So bila semalam aku pergi bengkel Samsung GALAXY Note II , fuhh lagi aku mohon agar duit muncul depan pintu bilik aku . Antara yang esklusif tentang Samsung GALAXY Note II ni korang boleh baca dalam entry ini . Ada orang kata saiz Samsung GALAXY Note II besar dan susah nak simpan dalam poket tapi bagi aku dia sangat user friendly . SANGAT okay ! Aku antara manusia yang suka print screen sebab aku rasa print screen ni sangat berguna sebab boleh jadikan evidence . K , tak ada kena mengena punnn -,- Dan yang menarik korang cuma perlu slidingkan tangan dari kanan ke kiri dan siap ! 


Then aku sangat suka dengan multiwindow dia , di mana membolehkan korang buat dua benda dalam satu masa . Nak tulis nota sambil nak browser internet ke , nak melukis sambil tengok video ke atau even tengah on the phone pun korang still boleh tulis something so tak perlu la korang terhegeh - hegeh nak mencari pen kertas bagai . Aku rasa Samsung GALAXY Note II smartphone pertama yang ada air view function . Korang cuma perlu layangkan S Pen di udara dekat mana - mana video atau gambar yang korang tengok untuk melihat preview dia so tak ada la bila korang guna laptop atau komputer sahaja yang ada preview .

Untuk sesiapa yang suka bergambar memang perfect la dengan Samsung GALAXY Note II sebab mempunyai 8MP termasuk dengan fokus kamera dan LED flash . Dan yang paling best aku suka fungsi Best Photo yang membolehkan korang memilih wajah korang yang paling cool dalam satu gambar so tak perlu la korang snap berpuluh - puluh gambar untuk pilih gambar yang terbaik . See , dah la awesome gila Samsung GALAXY Note II ni then menjimatkan masa dan tenaga korang lagi . Ada banyak lagi kelebihan yang ada pada Samsung GALAXY Note II dan konklusi yang aku dapat sangat berbaloi untuk korang memilikinya ! 

Kalau Wadik yang sangat adore terhadap Samsung GALAXY S III yang cool tu pun aku berjaya menghasut untuk beralih kepada Samsung GALAXY Note II , korang patut pergi Samsung Centre yang terdekat untuk melihat dan merasai sendiri ! Thanks a lot to Nuffnang and Samsung for this valuable event ! : )



Friday, November 16

Awana Genting Long House (PART 2) !



Assalamualaikum . 

Selepas bertungkus lumus menghabiskan Treasure Hunt , kitaorang dinner di Pasar Ikan Bakar dan walaupun ini merupakan kali ketiga aku dinner dekat sini but still awesome gila belacan lagi rasa masakannya . Chef - chef dia memang superB bak hanggg ! Kalau korang nak tahu dengan lebih jelas mengenai Pasar Ikan Bakar ni , korang boleh klik sini untuk mengetahui maklumat lanjut . Kitaorang pun makan la dengan keterujaan dan keasyikannya sambil bermain indoor game ! Sekali lagi , team aku THRILLER menang indoor game tersebut so kitaorang dapat tiket menonton Freeze 2 !


Selesai dinner , kitaorang ada blogger conference dengan Ernest Ng dari Dontlikethatbro.blogspot.com dan Abang Nara dari Beautifulnara.com . Ernest dan Abang Nara menceritakan pengalaman dorang dalam dunia blog . Ehh , korang patut terjah tau blog Ernest sebab sangat fun ! Kalau stress belajar atau jiwa koyak rabak dalam percintaan memang terapi yang bagus untuk usha blog Ernest sebab 90% jalan cerita komik dia tu memang real dan happening gila puaka ! Kalau nak jadi Kiah kepoh dunia artis pula korang boleh la lawat blog Abang Nara yang panas dan sensasi dengan pelbagai cerita artis dalam mahupun luar negara !



Walaweyy ! Aku suka sesi bagi hadiah bagai ni dan tipu la kalau korang pun tak suka kan ! So aku nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada Nuffnang dan Resorts World Genting sebab alhamdulillah aku menang besar malam tuuuu ! LOLOLOL : ) Hah itu yang dinamakan , tuah ayam nampak di kaki tuah manusia kau tauuuuu ? Habis penyampaian hadiah dan lucky draw ada starlight cinema Scary Movie , tapi aku tengok dalam 15 minit yang pertama sahaja sebab mata dah kebil - kebil nak tutup . Oh yeah , antara hadiah yang aku kaut malam tu ialah :


* 6 x SnowWorld
* 6 x Freeze 2
* 4 x Sky Venture
* 2 x Theme Park
* 2D1N @ WorldClub Room First World Hotel

* P / S : Nantikan sambungan untuk Part 3 pula yeah uolsss !



Thursday, November 15

Tahun Baru , Boipreng Baru ?


Assalamualaikum .

Salam Muharam 1434 Hijrah buat semua Muslim di muka bumi ini . Semoga kita sentiasa berubah supaya menjadi yang lebih baik dan dipanjangkan umur kita untuk melakukan segala kebaikkan - amin . Since kanak - kanak lemon di rumah aku dengan ria riangnya boleh bersuka ria siang jadi malam , malam jadi siang itu bermakna cuti persekolahan telah pun bermula . Berlainan pula dengan aku yang sibuk nak membeli test pad , pen , pemadam , pensel , itu dan ini dek kerana semester baru bakal menjelma . *BigSighhh*


I don't know how to share with you guys but since Wadik dah ada blog yang public , dia sangat addicted untuk update entry . Setiap hari dia akan update entry dan usha website Nuffnang , jadahnyaaaa -,- So , kalau korang nak stalk pengalaman serta pandangan dia sebagai seorang penuntut akauntan , seorang pemain rugby , seorang askar simpanan dan sebagainya , korang boleh usha dan follow blog dia di :




Monday, November 12

Awana Genting Long House (PART 1) !


Assalamualaikum .

Gara - gara Unifi aku rosak maka aku baru terhegeh - hegeh nak update entry ini , puihh -,- Pada entry Tribal Halloween yang lepas , aku dah cerita dekat korang tentang aktiviti yang akan berlangsung selama 2 hari 1 malam di Awana Genting Long House . Aku merupakan salah seorang yang turut serta dalam aktiviti tersebut . Kitaorang bergerak dari Wisma Genting dalam pukul 10am dan sejam kemudian kitaorang selamat sampai di Awana Genting Highlands .


Seperti biasa kitaorang lunch dekat Restoran Rajawali dan selepas itu kitaorang bergerak ke Awana Genting Long House ! Sebaik sahaja kitaorang sampai , rumah panjang tersebut telah dihias dengan pelbagai jenis hantu ! Bertemakan Hospital Hantu ! Kemudian kitaorang mendengar taklimat untuk aktiviti yang bakal berlangsung dan dibahagikan kepada empat kumpulan besar untuk tidur di bilik yang disediakan , dua bilik untuk lelaki dan dua bilik untuk perempuan .  Bilik tersebut boleh memuatkan seramai 10 orang .


Selesai meletakkan barang dibilik masing - masing dan kitaorang terus menukar sports attire untuk aktiviti yang pertama iaitu Treasure Hunt . Secara jujurnya ini Treasure Hunt yang ketiga aku di Awana Genting Highlands . Tugasan yang diberikan hampir sama dan dek kerana itu aku , Mira , Nisa , Daniel dan Darren terpaksa dipecahkan kepada empat kumpulan yang berlainan but lucky me and again , aku sama kumpulan dengan Darren .


So ini la ahli kumpulan aku yang diberi nama THRILLER ! Ada sembilan kesemuanya bermula dengan Daus , Aiki , Aina , aku , Melisa , Eng , Darren , Nazim dan yang duduk itu Hibrit . Well , we won for this activity and congrats to us ! Habis sahaja Treasure Hunt , kitaorang semua bersiap - siap untuk dinner . Di mana dan bertemakan apa , tunggu untuk entry yang seterusnya ! : )



♥ Designed by ✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ ™ © 2014 | Best view with Google Chrome ♥