Wednesday, August 22

Law Student !


Assalamualaikum .

Rasa macam dah lama gila tak update entry selain daripada event yang aku pergi *sigh . So for this entry its all about meee maybe ? Setelah berjaya menamatkan pengajian dalam asasi undang - undang dan telah menyambung pengajian dalam jurusan yang sama diperingkat yang seterusnya tidak bermakna aku telah jatuh cinta pada law . Ramai orang tanya kalau tak suka kenapa masih sambung law ? Why ehh ? Actually I don't have the answer . But I believe , kalau parents merestui apa yang kita ceburi nescaya berjaya lah kita . Ececeyy ! Well , I just follow the flow guys !

Susah tak ambil law ? Kalau tak belajar semua benda jadi susah kan ? Menjadi sebahagian penuntut undang - undang , aku tak cakap law ni susah tapi aku tak cakap juga law ni senang . Susah atau senang sama sahaja macam course lain seperti medic , account , engineering etc cuma yang membezakannya selepas korang dah bertungkus - lumus study korang ada extra kerja lagi iaitu korang kena hafal semua akta yang berkaitan dan baca semua case dari dalam dan luar negara . Lepas tu paling heaven bila dah sampai depan gate Chancellor Hall untuk exam korang terlupa akta - akta yang korang dah hafal malam sebelum tu . Dan waktu tu baru korang akan rasa susahnya jadi budak law . Hahaha !

Why law ? Walaupun law bukanlah satu course yang aku idam - idamkan suatu masa dahulu tapi aku still bersyukur sebab law subjek yang sangat banyak membaca ! Well , aku sangat allergic terhadap kira - kira . What do you expect bro kalau law subjek mengira ? Confirm tahap puaka every sem aku repeat paper ! But pretty please yeah , memang law subjek yang sangat banyak membaca tapi aku bukanlah seorang yang ulat buku sampai 24/7 study . Oh mannn , boleh muntah pink dohh . Nak - nak pula bab Jurisprudence . Aku salute doh siapa budak law yang suka bab Jurisprudence ni ! SERIUS !

Honestly , I'm not interested to be a lawyer ! Kenapaaaaaa ? Kalau nak tahu korang pergi tengok perbicaraan yang tengah berjalan dekat mana - mana court then korang akan tahu kenapa aku tak nak jadi lawyer . Tambahan lagi kalau perbicaraan pasal civil case . Mengantuk doh . Serius tak tipu . Agaknya kalau aku jadi lawyer , habis sahaja hujah aku , aku dah buat kilang taik mata =,= So apa aku nak jadi tu masih belum difikirkan sebab kalau ikut flow dia insyaAllah kalau tiada aral melintang 2015 baru aku habis . Mungkin boleh jadi housewife yang berjaya keeeee . Hee : ) 

Nasihat aku kepada sesiapa yang teringin untuk ambil jurusan undang - undang ni jangan cepat melatah dan give up dengan apa yang korang belajar . Tak telaah buku setiap hari pun okay janji dalam kelas tumpukan perhatian sepenuhnya . Lupakan sekejap boyfriend / girlfriend korang , tinggalkan masalah korang dekat tepi dulu dan FOKUS ! Jangan malu untuk bersuara walaupun entah apa - apa yang korang merepek janji yakin untuk ke depan . Dan yang penting sentiasa berdisipilin because discipline is everything !



Friday, August 17

Cafe Marmalade , Bangsar Village 2 !


Assalamualaikum .

Hello mello peeps ! Pada Selasa yang lepas aku berpeluang untuk menghadiri majlis DiGi Buka Puasa di Cafe Marmalade , Bangsar Village 2 . Come on guys , what do you expect from Shah Alam to Bangsar dengan melalui Federal Highway pada waktu - waktu nazak selain jam yang teruk . Tapi alhamdulillah , aku dengan Mira selamat sampai ke Cafe Marmalade setelah masuk waktu berbuka : )

  
Makanan dia sangat sedap dan aku paling suka dia punya lasagna ! Selesai makan , ada pelbagai game yang menarik disediakan . Kemudian , kitaorang dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk permainan yang seterusnya . Aku dan Mira ditempatkan di dalam DiGi Team 1 . Kepada para pemenang aku ucapkan tahniah dan syabas !


Selesai semua permainan , maka tamat lah majlis DiGi Buka Puasa pada tahun ini . Sebenarnya dress code untuk event kali ini ialah sporty bersempena dengan Olympic sebab tu aku semangat pakai jersey Man Utd bagai tapi disebabkan ramai yang datang dari tempat kerja dan sebagainya maka tak ramai lah yang mengikut dress code. Overall , this event really awesome and thanks to Nuffnang and DiGi yeah ! 



Monday, August 13

Lion Dance !


Assalamualaikum .

Hi peeps and good morning Monday ! Entry kali ini adalah kesinambungan daripada entry New York Hotel . Believe me , tarian singa ini telah wujud di Malaysia since 1998 lagi . Dan yang lebih membanggakan , kumpulan tarian singa daripada Malaysia ini merupakan ranking pertama di DUNIA . I repeat , di ranking pertama DUNIA . When I heard this from Mr. Tan Chong Hing (chairman) , I was like SERIOUSLY ? ? ? Why so hebat meyh until negara - negara lain seperti China dan Hong Kong pun kalah .


You know why this group superB amazing ? Ini kerana , setiap kali latihan dijalankan , mereka akan berlatih seperti dalam competition tau . Dari mula sehinggalah akhir mereka memang berlatih dengan serius dan akan dipantau oleh Mr. Loo Poi Giap . Macam dalam gambar diatas , palang pink itu merupakan skema di dalam pertandingan untuk Resorts World Genting manakala warna kuning itu pula skema di dalam pertandingan peringkat Asia .


Sebelum mereka ini dilatih untuk membuat pergerakkan , mereka akan melihat dulu keupayaan dan cara kucing berjalan . Kemudian , mereka akan biasakan diri dengan berlatih di palang - palang yang rendah tanpa menggunakan costume Singa dan selepas itu baru mereka akan berlatih di palang - palang mengikut skema yang telah ditetapkan . Dan jangan terkejut di dalam kumpulan ini , terdapat dua anak muda Melayu yang sangat hebat dalam tarian singa ini . Sangat menggagumkan !


Kumpulan ini juga sangat bertuah sebab Mr. Tan Chong Hing (chairman) telah berkecimpung dalam dunia tarian singa ini selama 24 tahun . Pengalaman yang diperolehinya begitu mendewasakan kumpulan ini . Kalau ditanya pada setiap ahli kumpulan tetang luka dan kemalangan ketika latihan mahupun pertandingan , masing - masing menjawab mereka tidak serik untuk terus berlatih dan bertanding . I really really hope , kumpulan ini akan terus membawa nama Malaysia di persada dunia dan terima kasih kepada Nuffnang dan Resorts World Genting for this memorable trip ! : )



Sunday, August 12

Iftar MIA Dan MB !


Asslamualaikum .

Semalam sebaik sahaja habis kelas Malaysian Legal System pada pukul 4.30pm , aku bergegas pulang dan bergerak menuju ke Kuala Lumpur untuk ke Domino's Pizza The Weld bagi menghadiri majlis iftar bersama Mia Sara Nasuha dan Melaka Boy ! Iftar Mia ini dihadiri oleh pihak media , blogger dan peminat yang bertuah .

Keluar sahaja exit Shah Alam dekat NKVE highway , traffic jam macam semut berbaris mencari makanan . Seriously , no joke no drama . Memang jam tahap puaka sampai rasa nak panggil Doraemon untuk minta alat bantuan . LOL ! 



Alhamdulillah , tepat sahaja pukul 7.30pm aku selamat sampai di Domino's Pizza The Weld . Kitaorang semua pihak media , blogger dan peminat bertuah Mia Sara yang dijemput hadir bagi memeriahkan majlis iftar bersama Mia Sara Nasuha dijamukan dengan Domino's Pizza sebagai juadah untuk berbuka . Suasa hening seketika semasa berbuka dek kerana kusyuk menjamah makanan . 

Selepas itu , bersempena dengan 100 store celebration , Domino's Pizza akan melangsungkan 100,000 Meals - For - The - Needy - Fund . Setiap RM 0.10 daripada setiap pembelian akan di dermakan ke dalam program ini untuk membeli 100,000 jenis makanan dan disumbangkan kepada insan - insan yang memerlukannya . Mia merupakan salah seorang duta untuk program ini . Selain itu , Lisa Surihani dan Fizo Omar juga merupakan duta untuk 100,000 Meals - For - The - Needy - Fund .




So korang , sempena bulan mulia dan hari yang baik ini elok lah jika kita semua sama - sama menghulurkan bantuan kepada insan - insan yang memerlukannya . Jikalau korang tak nak beli Domino's Pizza pun its okay sebab korang still boleh menderma ke dalam kotak yang telah disediakan di setiap store Domino's Pizza .

Selain itu , terdapat juga beberapa artis lain yang turut hadir pada majlis iftar bersama Mia ini . Antaranya Kaka Azraaf dan Elfira Loy . Mereka ini sangat lah friendly dan tak sombong plus stunning ! Dan untuk pengetahuan korang , Mia juga telah mengikat kontrak di bawah Syarikat Paranormal Solutions Sdn Bhd .




Mia Sara Nasuha ni memang sangat petah berkata - kata . Walaupun dia masih berumur 7 tahun tapi apapun soalan yang korang tanya , dia akan jawab plus dia SANGAT COMEL ! Tambahan lagi , Mia Sara seorang yang photogenic so memang senang nak suruh dia pose depan kamera .

Semua hadirin yang hadir diberikan kad hari raya khas oleh Mia . Terima kasih Mia dan Melaka Boy atas jemputan ke majlis iftar kali ini . Panjang umur murah rezeki mungkin kita boleh bersua lagi di Majlis Hari Raya pula ke ? : ) Thanks to Domino's Pizza juga untuk hidangan sajian yang marvelous . YUMS !



Tuesday, August 7

Discount For Samsung GALAXY S III !


Assalamualaikum .

Eheeem ! Great news everyone ! TingggTonggg ! Demi meraikan kejayaan Dato' Lee Chong Wei , seperti kata pepatah biar kalah asalkan bermaruah , Samsung Malaysia Electronics akan menawarkan diskaun sebanyak 10% bagi setiap pembelian Samsung GALAXY S III pada hari RABU bersamaan 8 Ogos 2012 hanya di semua pengedar yang berdaftar dibawah Samsung Elite Partner ( SEP ) sahaja ! 


Bagi mendapatkan info yang lebih lanjut , korang boleh click sini untuk mengetahui dan mengenal pasti pengedar yang berdaftar dibawah Samsung Elite Partner ( SEP ) . Terdapat 35 pengedar yang berdaftar dibawah Samsung Elite Partner ( SEP ) di seluruh Malaysia . Selain itu , setiap seorang customer hanya dibenarkan untuk membeli satu unit Samsung GALAXY S III sahaja . So peeps , grab this before late ! Just one day promotion : )




Monday, August 6

New York Hotel In Johor Bahru


Assalamualaikum .

Entry ini paling lama tertunggak mungkin disebabkan kekangan masa yang sangat terhad . Sekarang baru boleh tarik nafas dalam - dalam sebab midterm telah habis dengan jayanya cuma tinggal untuk siapkan beberapa assignment sebelum menyambut kedatangan Aidilfitri . Alhamdulillah . 

Jadi untuk event kali ini sangat - sangat unik dan menarik sebab aku belajar sejarah Lion Dance di Malaysia . Aku begitu teruja sebab dapat bertemu dengan pengasas dan tenaga pengajar Lion Dance di Malaysia dan kalau korang nak tahu kumpulan Lion Dance Malaysia ini sangat terkenal dan digeruni oleh pasukan Lion Dance seantero dunia tapi sebelum itu aku nak review mengenai penginapan selama 2 hari 1 malam di New York Hotel .



Bilik dia sangat selesa dengan dihiasi wallpaper ditambahkan pula dengan pemandangan yang menarik boleh menampakkan sekitar bandar Johor Bahru . Kalau korang nak pergi Singapura atau nak makan angin di USS , aku syorkan korang untuk menginap di New York Hotel ini sebab pihak hotel ada menyediakan shuttle van secara PERCUMA ! Untuk keterangan lanjut korang boleh melayari website dia di New York Hotel in Johor Bahru

Pernah tak korang dengar Lion Dance yang disertai oleh orang melayu ? Aneh tetapi itulah realitinya . Untuk mengetahui kisah yang sebenar, korang kena nantikan for the next entry okay peeps ! Again , thank you Nuffnang and Resort World Genting for this valuable trip ! : )



♥ Designed by ✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ ™ © 2014 | Best view with Google Chrome ♥