Wednesday, May 30

Nuffnang Trip to Awana Genting Highlands ! (PART 3)


Assalamualaikum .

Kesinambungan daripada PART 2 yang lepas , aku nak story dekat PART 3 ni pasal dinner kitaorang yang ala - ala klasik gitu . Bila aku join trip ke Awana Genting Highlands ni baru aku tahu yang Resort World Genting ada banyak keistimewaannya selain daripada Theme Park dia yang famous amos tu : )



So untuk dinner malam itu kitaorang dapat menikmati makanan di Restoran Pasar Ikan Bakar ! Disebabkan Restoran Pasar Ikan Bakar ini special makanya kalau korang nak makan dekat sini korang kena bawa dalam 20 orang ( minimum ) dan nanti korang akan rasa sangat bahagia sebab bila korang dah reserved dia takkan buka untuk orang lain lepak makan dekat sini . Menarik bukan ? Kalau korang nak booking korang boleh call nombor ni : 03 - 6101 3015 | 7605 , dari pukul 9am sehingga 5pm .



Disebabkan dah banyak tenaga aku habis masa aktiviti Treasure Hunt , itu makanya aku lebih excited untuk makan dan makan dan terus makan tanpa peduli orang kira kanan dan dek kerana itu aku tak snap banyak pun gambar makanan . Nampak tak gambar Chef yang bersemangat nak membakar ayam , ikan , sotong , daging kambing dan daging lembu untuk kitaorang semua ? Chef tu bakar tak terlalu garing tetapi isinya masak dengan secukupnya . Ecececeyyy , suka - suka je aku nak menilai . Black pepper and BBQ sauce dia paling aku suka ! SEDAP ! !


Muka - muka bahagia selepas dapat makan ! 


Perut happy wajah pun riang !


Antara blogger yang sama - sama dapat menikmati dinner dekat Restoran Pasar Ikan bakar ialah MiraCikCit , Kak Ruby , Kak Lily Putih , Putra , Daniel Chiam , Nazrul , Nisa Kay , Kak Pen merah , Nisa Fuzi dan ramaaaaaaaaaai lagi ! Tunggu part yang seterusnya untuk edisi pacat oh pacat ! ! : )



Saturday, May 26

She Said . . .


Assalamualaikum .

Oh heyy haiii ! Next week will be the last week for my foundation plus I'll be having final exam and pretty handsome please PRAY for me okayysss ! Pasal exam kita letak tepi kejap , nak sambung course apa for degree pun kita letak jauh - jauh dulu because for this short entry I wanna share with you guys about my favourite brandsss : ) Tetapi , jenama - jenama ini hanya akan menjadi kegemaran aku sekiranya aku membeli - belah dengan menggunakan duit tabungan aku sendiri kerana bila boss besar belanja kita boleh demand lebih sikit ya bro .


Charles & Keith is my crush !


ZARA is my prince charming .


MNG is my superhero .

Charles & Keith , ZARA dan MNG antara jenama yang paling aku gemari sehingga tahap puaka . Perkara wajib bila masuk daripada salah satu butik di antara tiga butik ni memang confirm akan berlaku perang dunia ketujuh dengan Wadik . Aku baru pusing satu round dekat ZARA atau MNG untuk beli baju / dress / cardigan / etc dah kena halau keluar . Buruk betul perangai Wadik ni . Cuba kalau time dia jelajah Padini Concept Store , gempar bumi dekat luar pun belum tentu dia sedar gamaknya . Annoying gila mamat ni =,=

Barangan Charles & Keith yang paling aku obsess sudah tentu beg dia yang trendy , cheapest , simple but nice dan memang majoritinya sesuai untuk remaja dalam lingkungan usia aku . The main reason kenapa aku terlampau obsess dengan ketiga - tiga jenama ni sebab kualiti dia sangat tip top berbanding dengan harga yang ditawarkan sangat reasonable . Kalau tak percaya , korang try lah berkunjung ke butik dia yang berdekatan dengan mall ditempat korang . Boleh tengok sendiri kualiti produk dorang yang superB !


ThePopLook is my scandal .

ThePopLook is one of the biggest website yang berjaya mencuri hati aku untuk membeli melalui online . Serius cakap , kalau nak beli dress / baju / skirt / aksesori / etc yang trendy tetapi murah dengan kualiti kelas pertama korang boleh beli dekat ThePopLook . Antara artis yang selalu beli dekat ThePopLook ialah Lisa Surihani , Aishah Sinclair , Liyana Jasmay dan Misha Omar plus blogger Maria Elena dan Shea Rasol pun golden customer dekat butik online ni . Service yang diberikan pun sangat berpuas hati . Kalau tak percaya , korang kena try beli satu ke dua item dari ThePopLook ! Selamat mencuba dan selamat membeli : )



Monday, May 21

Nuffnang Trip to Awana Genting Highlands ! (PART 2)


Assalamualaikum .

Seperti yang telah dijanjikan di dalam entry PART 1 , selepas check - in hotel dan lunch dekat Rajawali Restaurant maka tibalah masa yang ditunggu - tunggu untuk outdoor activities yang mencabar iaitu Treasure Hunt !



Treasure Hunt ini dilakukan disekitar hotel sahaja tetapi mahu semput juga aku dibuatnya . Naik bukit turun bukit , lari sana lari sini dan sebelum aktiviti ini bermula kitaorang dibahagikan kepada tiga kumpulan dan aku kumpulan yang ketiga plus aku lah ketua kumpulan tiga . This is RANDOM sebab aku orang ketiga daripada belakang yang berdiri dalam barisan makanya aku pun dipilih untuk jadi ketua .



Dan yang paling menarik walaupun kumpulan aku kumpulan yang terakhir dilepaskan di garisan permulaan , sebab kitaorang tak berapa nak teror main sudoku tetapi semangat berpasukan kitaorang sangat hebat ! Semua semangat nak menang walaupun hadiah tidak disediakan : ) Outdoor activities yang paling aku gemari for sure Treasure Hunt so bila first aktiviti pun dah Treasure Hunt maka tahap excited aku pun mendidih macam minyak panas lah dude !



Terdapat enam orang ahli kumpulan dalam setiap kumpulan . Kumpulan aku terdiri daripada empat orang blogger iaitu aku , CikLilyPutih , MiraCikCit dan Tony manakala Darren daripada Nuffnang dan Lin pula daripada Resort World Genting . Kumpulan aku kumpulan yang paling happening dan paling bersemangat nak habiskan Treasure Hunt secepat yang mungkin . Hee : )



See the picture bro . Kitaorang boleh relax - relax bagai sebab kitaorang dah menang so kena tunggu kumpulan lain habiskan tugasan mereka . Menarik bukan ? Bermula dipetak yang terakhir , tamat dipetak yang pertama . Woott - woottt , you guys really AWESOME ! Di mana pula dinner yang akan aku nikmati ? Haa , kena tunggu dan baca untuk next part lah pula ya ! !



Thursday, May 17

Between West To East !


Assalamualaikum .

Selepas empat bulan tak jumpa Wadik so this week dalam dua tiga kali jugalah aku jumpa dengan dia . But for this entry bukan nak berkongsi cerita tentang ke mana kitaorang pergi , apa aktiviti yang kitaorang buat , siapa kitaorang jumpa , or this and that , but I just wanna share something about us in REMAJA . That's all .



Okay look that ! Korang nampak picture diatas ni ? Hah , artikel ni ada dalam majalah REMAJA untuk keluaran 15 April 2012 . Disebabkan kebosanan aku ditahap yang melampau pada cuti sem tiga yang lepas maka aku pun gatal tangan untuk menghantar ceritera cinta pada team majalah REMAJA . Tak sangka pula terpilih . Haha . Tujuan asalnya nak kenakan Wadik tapi entah macam mana bila dah di - publish - kan aku pun dapat merasa tempias malu tu .



Selepas itu , aku dapat panggilan pula daripada team majalah REMAJA untuk muatkan cerita aku dengan Wadik dalam ruangan ISU sempena dengan Hari Guru . So , if let say korang nak baca serba sedikit tentang perkenalan aku dan Wadik , ( but just the BASIC STORY about us ) , korang boleh pergi dekat mana - mana kedai yang berdekatan yang ada menjual majalah REMAJA keluaran 15 Mei 2012 dan membelinya dengan kadar yang segera ! Terima kasih team REMAJA : )

* P / S : Keep praying .



Wednesday, May 16

Nuffnang Trip to Awana Genting Highlands ! (PART 1)

Assalamualaikum .

Pada 9 dan 10 Mei yang lepas aku dapat single invitation daripada Nuffnang dengan kerjasama Resort World Genting untuk menyertai trip ke Awana Genting Highlands selama 2 hari 1 malam . Tahap keterujaan aku untuk join trip ni sampai aku sanggup ponteng kelas Islamic Studies . Hehe . Maaf ya Ustaz , demi menghilangkan tension maka ku terpaksa korbankan kelas mu Ustaz : )



Antara blogger yang join trip ke Awana Genting Highlands ialah Putrakry , Kak Ruby , Kak Lily Putih dan MiraCikCit . Sampai sahaja di perkarangan hotel aku terus pergi ke lobi hotel bersama yang lain . Sementara menuggu kunci bilik diagih - agihkan , dengan muka yang penuh kebahagian dan keseronokan kitaorang pun memulakan aktiviti menangkap gambar .



See the dessert I told you dude ! Dalam banyak - banyak makanan yang dihidangkan di Rajawali Restaurant , dessert dia yang paling menarik perhatian aku ! Bukan sahaja comel dan molek malah rasanya sungguh enak . Aku tak ingat apa nombor bilik aku tapi yang pasti dalam satu bilik ditempatkan dua orang blogger dimana katilnya bersaiz queen okay . Aku sebilik dengan MiraCikCit : ) Ni baru PART 1 , nanti aku cerita dalam kesinambungan part yang seterusnya pula , alright ? Okay byeee ! 



Monday, May 14

From Awana with LOVE !


Assalamualaikum .

Give me a walk to remember . . . . . . . . . . 



The Hardest Month !


Assalamualaikum .

Happiness is when  . . . . . . . . . .



♥ Designed by ✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ ™ © 2014 | Best view with Google Chrome ♥