Friday, April 20

LG Cinema 3D Smart TV


Assalamualaikum .

9 Mei 2012 yang akan datang LG akan melancarkan satu lagi produk terbaru dia yang super awesome di Malaysia , LG Cinema 3D Smart TV ! Kalau hari ni hati aku remuk bagaikan rumah dipukul ombak dengan pelancaran Apple yang melancarkan iPad 3 , maka tahap keterujaan aku juga begitu tinggi dengan pelancaran LG Cinema 3D Smart TV ini .


Aku ni boleh dikatakan penggemar wayang daripada TV tapi dengan wujudnya LG Cinema 3D Smart TV mana tahu aku boleh jadi kaki TV pula ke. So lepas ni aku boleh lah feeling - feeling 3D bila tengok TV , tak ada lah bila menonton wayang sahaja aku dapat merasa effects 3D tu . Bila dekat TV pun dah ada effects 3D maka gambar - gambar daripada skrin pun lebih real dan superB .


Selain itu, skrin dia juga direka khas dengan gred skrin yang paling bagus ! Then , LG Cinema 3D Smart TV ni juga , sangat awesome sebab skrin dia sangat nipis ohh . Disebabkan aku tak mampu nak beli apatah lagi memiliki LG Cinema 3D Smart TV ni , so kalau dapat hadirkan diri waktu pelancaran dia pun aku dah sangat bangga dan terharu sebab dapat tengok dan merasai LG Cinema 3D Smart TV secara live ! Aawww , I'm touched *kesat-kesat airmata* 

For more information : LG Cinema 3D Smart TV



Friday, April 13

Nothing Important !


Assalamualaikum .

Bulan April ni bulan yang tunggang langgang dengan pelbagai perkara I guess . Baik fizikal mahupun mental . Nak kena arrange dua event dalam satu masa serius memenatkan . Ke hulu dan hilir tapi tak juga siap - siapnya . Waktu short sem la macam - macam berlaku . Lagi excited bila 23 - 27 / 4 ni dah midterm : ( Dan kalau tak dipercepatkan atau diperlambatkan maka final exam aku akan bermula pada 28 / 5 - 1 / 6 after that bbooooyyeeaaaahhh ! *dancing*

Bila dah penat memang balik rumah dengan muka kelat semangkuknya dan aku akan mula beremosi yang tahap empangan Misissippi punya . Pantang salah sikit memang pecah lah empangan tu dan selalunya kalau bukan Wadik yang kena marah confirm adik aku Naqibah yang akan jadi mangsa . Kesian memang kesian tapi nak buat macam mana . Hee : ) Involuntary action I told you dude ! 

Last but not least , aku tak sabar nak habiskan saki - baki asasi aku di University Pilihan : ) Tapi sedih bila difikirkan dah tak duduk sekali dengan family . It's okay Hanis , just 4 years to go . You can survive with a new experience !

* P / S : Counting day : )



Wednesday, April 4

Teater Muzikal Gerimis Mengundang !


Assalamualaikum .

Semalam dapat empat tiket percuma daripada Sis Ruby untuk menonton teater Gerimis Mengundang dekat Istana Budaya . Just one word to describe everything about this amazing theatre , AWESOME ! Korang semua patut tengok teater arahan Ahmad Idham ini sebab korang memang akan ketawa non - stop yang tahap puaka punya .




Barisan para pelakon dia yang menggabungkan tiga buah negara iaitu Malaysia , Indonesia dan Singapura . Hero dan heroin dia serius thumb ups because Kamal Adli apparently can really sing and dance ! Very entertaining . Heroin dia Mikha Tambayong juga sangat awesome . Serius suara dia sedap dan lunak bila menyanyi secara live . Serius cakap , korang kena tengok teater ni . Superduperbupermuper AWESOME !




Teater Muzikal Gerimis Mengundang ini juga turut menampilkan kumpulan Zerro dari rancangan realiti tv , Raja Lawak Musim ke - 6  dan tidak kurang hebat dengan lakonan Najua P.Ramlee yang sangat berkesan kepada para penonton . Disebabkan aku duduk line ketiga dari pentas , so aku rasa sangat puas untuk menonton setiap babak yang dipersembahkan . Selain teater , pada 31 Mei 2012 yang akan datang Gerimis Mengundang juga akan turut ditayangkan diseluruh pawagam di Malaysia .




So untuk event semalam aku ditemani oleh kakak - kakak medic yang sangat sporting even though kelas dorang macam office hours . Masuk pukul 8am habis pukul 5pm so thanks a lot to Kak Fiffy , Kak Syahira and Kak Malina ! Really appreciate it :  )

* P / S : 6 weeks to go !



♥ Designed by ✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ ™ © 2014 | Best view with Google Chrome ♥