Friday, March 23

Maxis Blogger Engagement 2012


Assalamualaikum .

13 Mac yang lepas aku pergi event Maxis Blogger Engagement 2012 di Menara Maxis . Disebabkan aku tengah cuti sem so I'm free like a bird . Event tu start pukul 6.30pm . Thanks to Thara for invite me ! Next event invite lah lagi ya : ) 



Aku pun dah lupa pukul berapa aku gerak dari Shah Alam tapi yang pasti aku dapat melepasi traffic jammed dalam keadaan yang tenang dan sabar . Kira tu first time lah aku masuk dalam Menara Maxis . Selalunya aku pergi yang dekat services centre tu je .



Kalau tak salah aku , terdapat 40 orang blogger dan media yang hadir dalam event tu dan setahu aku juga event ni akan diadakan dua kali dalam setahun oleh Maxis .



Event malam tu aku siap jumpa Kak Jemah lagi tau . Tapi dia penat sebab baru balik dari kerja . Gambar yang kedua tu pula Afni . Dia assistant specialist corporate affairs dekat Maxis ! Afni ni sangat comel orangnya dan peramah . Serius event ni best , plus makanan dia sangat sedap . Tapi aku lupa nak snap untuk tunjuk dekat korang . Hee : )

* P / S : Ya Allah , please protect me from people who are close to me but secretly want the worst for me . You know best - amin .



Monday, March 19

BAGUS !


Assalamualaikum .

Minggu lepas aku dapat satu jemputan daripada nuffnang untuk event Maxis FIRST Blogger Engagement 2012 . Dalam event tu ada dua presentation , pertama mengenai Maxis Apps dan yang kedua mengenai plan terbaru tapi untuk entry kali ni aku nak cerita pasal plan terbaru daripada Hotlink untuk rakyat Malaysia ! 


Plan terbaru yang dilancarkan oleh Hotlink ini dikenali sebagai BAGUS . Plan yang paling murah dan sesuai diguna pakai dari golongan pelajar , pelancong mahupun orang yang bekerjaya . Kadarnya yang rendah bukan sahaja untuk membuat panggilan di dalam negara bahkan di 132 buah negara lain termasuklah di United Kingdom dan Sri Lanka .


Selain itu , seperti yang korang tengok pada gambar di atas , plan BAGUS ini merupakan plan yang paling murah untuk korang melayari mobile internet . Terdapat tiga jenis pas yang korang boleh pilih iaitu pas harian , pas mingguan dan pas bulanan serta facebook pas juga ditawarkan oleh plan BAGUS ini .


Sudah terang lagi bersuluh , kalau korang guna plan BAGUS ni banyak kelebihan serta keistimewaan yang akan korang perolehi . Bukan setakat call malah kadar untuk sms pun sangat murah ! Jadi apa tunggu lagi , korang boleh cepat - cepat pergi beli kad prabayar untuk plan BAGUS ni dengan harga hanya RM5 !

* P / S : I've learn something new from this event : )



Sunday, March 11

Gorgeous Chocolate !


Assalamualaikum .

Kesinambungan daripada surprise birthday party Wadik yang lepas , aku nak berkongsi cerita mengenai persediaan makanan untuk hari kejadian . Fuhh , pendahuluan ayat yang skema =,= So disebabkan aku ni sangat cerewet dan teliti terhadap sesuatu perkara maka tiga bulan sebelum birthday Wadik aku telah me - research mengenai desert yang aku nak beli untuk birthday party Wadik .

Hari demi hari aku me - research dan akhirnya aku sangat berpuas hati dengan hasil kerja tangan Kak Ita dan juga merupakan pemilik Gorgeous Chocolate . Ternyata keputusan aku untuk membeli PopCake sangat lah tepat sebab rasa dia sangat sedap ohh ! Rugi kalau korang tak beli . Disebabkan tema aku warna orange so aku suruh lah Kak Ita buat PopCake ni warna orange dan korang boleh request apa - apa warna mengikut tema dan citarasa korang .

For surprise birthday party Wadik !
Selain daripada rasa dia yang sedap dan enak , harga dia pula sangat berpatutan ! Dan servis yang diberikan sangat lah tidak mengecewakan . Selain daripada PopCake terdapat pelbagai lagi dessert yang boleh korang jadikan hadiah harijadi , door - gift , nak buat surprise dan ditujukan untuk seseorang malah gubahan hantaran untuk perkahwinan pun ada . Antara yang famous ialah ; 

Dipped Strawberry in vase 


Dipped Apple & Strawberry 


Oreo 


Chocolate with Box Special Love


Kerja tangan Kak Ita yang kemas dan comel ni lah yang menambat dan memukau hati aku untuk membeli PopCake buatannya . Tapi bukan setakat hasil yang kemas sahaja bahkan rasa dia yang sedap buat korang rasa nak beli dan beli lagi ! So apa tunggu lagi , mari ramai - ramai terjah Gorgeous Chocolate ya !


WEBSITE : Gorgeous Chocolate



Thursday, March 8

Three Weeks With Love !


Assalamualaikum .

The holiday begins now , booyeaaah ! I know it's a little late to celebrate , but booyeaaah still . I'm free like a bird ! 

THREE WEEKS WITH LOVE !

* P / S : Qada' tidur itu adalah wajib !



♥ Designed by ✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ ™ © 2014 | Best view with Google Chrome ♥