Monday, January 30

Sem Break !


Assalamualaikum .

Lama gila tak update blog . Busy tahap puaka dengan assignment plus tutorial plus quiz . So for this entry just nak cerita aktiviti yang entah apa - apa entahnya sepanjang Wadik cuti sem . Oh ya , dia je cuti sem aku ada kelas macam biasa . Minggu ni pula minggu paling busy dengan mooting . Suka killer tahap wasabi . Bestnya !


Gambar Naqibah dengan Wadik ni waktu kenduri Aqiqah Muhammad Anas Yusuf merangkap anak sedara Wadik yang ke - 19 : ) Gambar mak , ayah , mummy dan yang lain - lain tak pula aku snap . Rugi betul tak snap picture waktu dorang open table . Even gambar baby Anas pun aku tak snap . Too bad =,= Segan barangkali . Haha . Tapi tak sesegan waktu open house dekat rumah bang chik la . Mungkin juga sebab kali ni aku datang bersama - sama keluarga kecuali papa yang ada kerja last minutes .  

Buruk gila kamera bb Wadik ni =,=
Then aku keluar dengan Wadik dan Ajat pergi hangout - dengan - bajet - paling - sikit - dan - murah : D Kita orang tatau nak enjoy mana and the end kita orang lepak Times Square sebab nak enjoy dalam Times Square Theme Park . Apa jadah buang tabiat meronggeng dalam Times Square sebab aku perempuan yang anti kesesakkan dalam shopping mall . Bila shopping mall penuh dengan manusia - manusia maka aku akan rasa nak mengamuk secara luar biasa pada semua orang . Maybe waktu tu CNY so tak ramai sangat plus tak sesak macam semut maka aku pun sukaaa ( Y )


Oh yeah oh yeah ni pula gambar Wadik - konon - badjet - manja - manja dengan Atam padahal tak pun . Bhahahaha . Wadik ni pagi - pagi buta dah terpacak dekat rumah aku kemudian dia buat macam rumah sendiri dengan muka tak malu membuta tanpa segan silu . Oh pity him actually , sebab dia sangat penat dalam bas yang mengambil masa selama 6 jam . 


Last but not least Wadik dan Ajat teman aku pergi Festival Penulis Grup Buku Karangraf . Macam yang dalam entry Festival Penulis Grup Buku Karangkraf , tujuan aku ke sini bukan untuk mencari dan membeli buku tetapi semata - mata nak menambahkan lagi koleksi Tudung Aidijuma - cetusan IDea Datin Norjuma . Konon sebelum pergi dah janji dengan Wadik nak beli dua helai je tudung bawal dua tone , warna merah dan orange . Tapi bila dah sampai booth dia aku beli empat helai . Hihihi . Balik dari festival ni aku siap main badminton dengan Wadik . Hebat sungguh aku ni . Hahaha ! 

* P / S : Hoii , dah tak ada kerja lain ke asyik nak stalk life orang . Get your own life !



Thursday, January 12

QOMA's Boutique !


Assalamualaikum .

QOMA's Boutique merupakan satu butik Muslimah yang dimiliki oleh Nurul Kamariah Rosli . QOMA's Boutique menawarkan fashion muslimah yang terkini dengan harga yang sangat berpatutan dan kualiti yang tinggi ! Terdapat pelbagai jenis barangan yang dijual seperti tudung , dress , skirt , cardigan dan sebagainya .






Tudung Bawal Nurul Dual Tone  ni sangat laris sampai overwhelming response ! Harga dia pula hanya RM49 sehelai . Sangat berpatutan dengan kualiti kain dia . Terdapat pelbagai jenis warna yang ditawarkan .




Yang ni pula Exclusive 3 Layer Chiffon Shawl with Roses yang berharga RM65 dengan high quality chiffon ! Dihiasi dengan rose membuat si pemakai tampak lebih manis dan ayu . Sesuai di pakai untuk ke majlis mahupun ke pejabat .




Shawl Exclusive Pasley ni custom made by QOMA's Boutique sendiri . Harga dia pula RM29.90 sahaja untuk sehelai . Korang akan nampak simple dan kemas bila keluar bersantai sambil memakai shawl ini .




Untuk Shawl Exclusive ni sangat unik dan menarik sebab shawl ni both side dia ada corak . So korang boleh la guna kedua - dua belah side . Harga dia pula RM45 untuk setiap helai . Material dia yang soft cotton membuatkan korang senang nak pakai shawl ni .



QOMA Exclusive Apparels ni sangat sesuai untuk Muslimah . Boleh digayakan dengan skirt mahupun seluar . Harga dia RM80 untuk ready made dan RM89 untuk customized sangat berpatutan dengan material dia yang menggunakan High Quality Viscose Cotton .



QOMA's Boutique juga ada menjual High Waist A Cut Skirt dengan pelbagai jenis warna dan hanya pada harga RM65 untuk yang ingin menggunakan material cotton viscose dan sesiapa yang tak nak menggunakan material cotton viscose , korang juga boleh menggunakan material lycra yang berharga RM49 sahaja . 







Terdapat pelbagai jenis Dress & Skirt yang ditawarkan oleh QOMA's Boutique ! Untuk menempah Long Cardigan & Dress korang perlu la memilih design dan material yang korang nak . Korang boleh memilih untuk menggunakan material cotton viscose atau lycra . Pemilihan design adalah seperti berikut ;

1. A - Cut Maxi Dress ( Kembang )
* Long Sleeve ( Cotton: RM95 / Lycra: RM85 )
* Sleeveless ( Cotton: RM85 / Lycra: RM75 )

2. Straight Cut Maxi Dress ( Ala Yuna & Hana Tajima )
* Long Sleeve ( Cotton: RM85 / Lycra: RM75 )
* Sleeveless ( Cotton: RM75 / Lycra: RM65 )

3. Long Cardingan ( Labuh sampai ke tumit / lutut )
* Long Sleeve ( Cotton: RM95 - tumit @ RM70 - lutut / Lycra: RM85 - tumit @ RM60 - lutut )
* Sleeveless ( Cotton: RM85 - tumit @ RM60 - lutut / Lycra: RM75 - tumit @ RM50 - lutut )

4. A - Cut Skirt 
* ( Cotton: RM65 / Lycra: RM49 )

5. Extra Long Top ( Kemeja Cotton berlengan panjang & labuh sehingga lutut )
* ( Cotton: RM89 / Lycra: RM75 )


Sebarang tempahan boleh dilakukan di blog QOMA sendiri dan korang juga boleh like page facebook QOMA untuk mengetahui sebarang update barangan QOMA dari semasa ke semasa . Kepada sesiapa yang menetap di Raub atau yang berhampiran dengan Raub , korang boleh terus beli barangan QOMA di butik dia sendiri yang terletak di No. 16 , Jalan Perdagangan Utama , 27600 Raub , Pahang .

BLOG : QOMA Shawls

FACEBOOK : QOMA's Boutique

* P / S : QOMA's Boutique is very trendy Muslimah and have a reasonable price !




Saturday, January 7

Festival Penulis Grup Buku Karangkraf !


Asslamualaikum .

FESTIVAL PENULIS GRUP BUKU KARANGKRAF !

Tarikh : 27 - 29 Januari 2012
Masa : 9.00 pagi - 9.00 malam
Tempat : Perkarangan Kompleks , Kumpulan Media Karangkraf , Lot 2 , Jalan Sepana 15/3 , Off Persiaran Selangor Seksyen 15 , 40200 Shah Alam, Selangor .


Nantikan Festival Penulis Grup Buku Karangkraf bersempena dengan Karnival Buku Karangkraf 2012 . Terdapat pelbagai aktiviti . Antaranya Sembang Buku selama tiga hari berturut - turut , beramah mesra dengan penulis prolifik : Aisha Sofea , Ramlee Awang Murshad , Aleeya Aneesa , Siti Nur Dhuha , Dr. HM Tuah Iskandar dan ramai lagi . 


Selain diskaun dan hadiah yang menarik , pelbagai aktiviti ekslusif juga bakal menggamatkan festival selama tiga hari ini seperti demonstrasi memasak dan kraftangan oleh selebriti popular , gerai jualan kanak - kanak dan remaja , buku agama , buku kraf dan buku resipi juga turut di jual dengan harga yang istimewa !


Dan yang paling menarik or the main reason aku promote festival ni sebab Tudung Aidijuma - cetusan IDea Datin Norjuma yang bakal membuka gerai di Festival Penulis Buku Karangkraf nanti . Secara tulus dan jujurnya aku nak pergi festival ni bukan untuk membeli buku atau novel tapi demi menambahkan lagi koleksi Tudung Aidijuma - cetusan IDea Datin Norjuma semata - mata . 


Siapa yang dah pernah beli dan pakai Tudung Aidijuma - cetusan IDea Datin Norjuma mesti setuju dengan pandangan aku yang tudung bawal dia sangat tip top . Kain dia sangat best dan harga dia sangat murah ! Seriously , aku sendiri dah ada 10 helai koleksi tudung bawal dia . Tapi kalau nak beli through online memang memerlukan kesabaran yang tinggi sebab kena Q panjanggggg so dah alang - alang dia buka gerai dekat festival tu nanti memang senang la nak borong : ) Anda semua dijemput hadir untuk memeriahkan  lagi festival ini !

* P / S : Remark your calendar .



♥ Designed by ✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ ™ © 2014 | Best view with Google Chrome ♥