Monday, March 21

Berhenti Berblog


Assalamualaikum dan selamat malam .

Jujurnya sudah lama tak online dengan mana - mana laman sesawang . Whatever website . Baik blog , facebook , twitter and so on . I'm really quite busy right now . Ada pelbagai event dan berbagai aktiviti . Setiap hari keluar rumah waktu pagi then waktu malam baru balik . 

Esok , lusa dan tulat sudah ada event yang patut dihadiri . Di akhir - akhir cuti baru datang pelbagai eventOh man sangat penat ! Ada sesiapa boleh tolong sorongkan bantal untuk aku nescaya tidak mengambil beberapa saat sudah terlelap dibuai mimpi indah . 

PLUS laptop buah Apple aku yang gila dek kerana sang virus menyerang dan membaham membuatkan aku tak boleh nak online pada lewat malam . Yang tinggal hanya notebook yang membosankan dan komputer di bilik bacaan menambahkan lagi virus malas aku untuk online . 

Dek kerana itu aku membuat keputusan untuk berhenti daripada berblog buat seketika waktu . Selepas semuanya sudah kembali seperti asal akan ku saji semula dengan entry - entry yang baru .Oh ya , untuk interview tempoh hari yang aku post dekat entry Ku Curious alhamdulillah semuanya berjalan lancar

Aku merupakan orang yang sangat bertuah kerana dipanggil untuk kumpulan pertama =,=" Sekali panggil 5 orang . So the first question is introduce myself . Aku dengan yakin dan percayanya nak jawab la ala - ala minah salleh dah yang tanya pun speaking kan

Tapi bila aku tengok budak MRSM dan STF pun jawab dalam bahasa ibunda kita so aku decide tak payah nak bajet berspeaking semua la kan Kalau speaking pun macam haram buat malu je namanya tu . Ada la dalam 6 ke 7 soalan yang di tanya semasa interview tu . Waktu interview tak ada nak snap - snap picture bagai .

* P / S : Dear result , please be nice to me . Life is great , result is great and EVERYTHING is great ! 



Wednesday, March 2

Tomorrow Will Be . .


Assalamualaikum semua .

Wohoaaa , esok JPJ test so please pray for me . Tolong la dapat kereta yang tak ada kerosakkan teknikal mahupun pada luaran atau dalamannya . Oh please . Plus , tolong juga jangan dapat JPJ perempuan . Sudah la dapat sesi 3 then turn pula yang ke - 80 daripada 110 orang . 

Oh man , setiap sesi dah beratus - ratus . Confirm muka JPJ semua stok yang macam ni =,= bila dah sampai turn aku . Plus lagi , kalau dekat litar tolong la jangan dapat kereta yang hand break dia bagai minta penampar sampai kena guna both tangan untuk turunkan hand break tu balik. 

Kalau dekat road pula tolang la jangan dapat kereta clutch dia yang trouble bagai minta tendangan penalti . Permintaan terakhir , tolong la jangan dapat jalan 2 . Aku rela jalan 1 atau 3 je . 

Ya aku tahu , berapa banyak kali la mahu minta tolong dalam post ni . Konklusinya , tolong doakan aku cool , jangan nervous , jangan nyanyuk dengan tips - tips serta panduannya plus JANGAN gelabah ayam bila JPJ duduk sebelah * again tolong . Please pray for my best okay : )

* P / S : Wadikkkkk pindah rumah lagi : O



♥ Designed by ✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ ™ © 2014 | Best view with Google Chrome ♥